Malaysian Attention Engine
NewConfirmedupdated 2 h ago

Banjir Istanbul : Tiada rakyat Malaysia terjejas

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
21
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 20:54 MYTLatest activity 15 Oct, 21:16BMconfidence 80%

What happened

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat banjir di Istanbul, Turkiye, susulan hujan lebat luar biasa dan angin kencang sejak lewat malam kelmarin. (Berita Harian, 20:54)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Banjir Istanbul : Tiada rakyat Malaysia terjejas

By Asyiha Ariffin · 15 Oct, 20:54 MYT

KUALA LUMPUR: Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat banjir di Istanbul, Turkiye, susulan hujan lebat luar biasa dan angin kencang sejak lewat malam kelmarin.

Konsul Malaysia di Istanbul, Mardhiah Sabri, berkata pihak konsulat memantau rapat keadaan itu bagi memastikan keselamatan rakyat Malaysia di bandar berkenaan.

"Sehingga tengah hari waktu tempatan, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas secara serius. Konsulat juga terus berhubung rapat dengan wakil komuniti Malaysia dan persatuan pelajar bagi memastikan bantuan konsular dapat diberikan dengan segera sekiranya diperlukan.

"Nasihat keselamatan turut dikeluarkan menerusi saluran rasmi konsulat," katanya kepada Buletin Utama TV3.

Beliau berkata, hujan lebat sejak kelmarin menyebabkan beberapa kawasan di Istanbul dinaiki air, sekali gus menjejaskan jalan raya dan kawasan perumahan.

Antara kawasan paling teruk terjejas ialah Beykoz, Sarıyer dan Eyüpsultan yang merekodkan jumlah hujan tertinggi, selain Esenyurt dan Kağıthane.

"Menurut Pusat Penyelarasan Bencana (AKOM) Perbandaran Metropolitan Istanbul, jumlah hujan di beberapa daerah melebihi 240 milimeter, manakala kelajuan angin diramalkan mencecah antara 50 hingga 80 kilometer sejam.

"Bagaimanapun, perkhidmatan pengangkutan awam menunjukkan tanda-tanda pemulihan apabila kebanyakan jalan yang ditutup dibuka semula, manakala perkhidmatan metro dan trem yang terjejas kembali beroperasi seperti biasa.

"Namun, beberapa laluan feri masih dibatalkan atau dilencongkan, manakala larangan sementara terhadap penggunaan motosikal di jalan raya bandar turut dikuatkuasakan," katanya.

Mardhiah menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di Istanbul, termasuk mereka yang merancang untuk berkunjung ke bandar itu, supaya mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan serta mengikuti nasihat keselamatan yang dikeluarkan menerusi saluran rasmi konsulat.

Mereka turut dinasihatkan supaya menjauhi kawasan banjir, laluan bawah tanah dan ruang bawah tanah bangunan, serta tidak cuba meredah jalan yang dinaiki air.

"Rakyat Malaysia yang dijadualkan berlepas ke Istanbul dinasihatkan supaya menyemak status penerbangan masing-masing dengan syarikat penerbangan sebelum bertolak ke lapangan terbang.

"Konsulat Jeneral Malaysia di Istanbul akan terus memantau perkembangan semasa dengan kerjasama pihak berkuasa Turkiye serta menyalurkan maklumat terkini kepada rakyat Malaysia," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 independent sources, 1 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35first news pick-upNEWnow21:0022:00
Latest 22:14 MYT
21New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Berita Harian (News)
15 Oct, 20:54 MYT
Origin confidence 90% · 23 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    20:54

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat banjir besar di Istanbul
Harian MetroNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.