
Banjir: Selangor jalankan kajian kenal pasti lokasi perlu kolam takungan baharu, tambah baik perparitan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KLANG: Kerajaan Selangor sedang menjalankan kajian terperinci bagi mengenal pasti lokasi kritikal yang memerlukan pembinaan kolam takungan baharu atau penambahbaikan sistem perparitan untuk mengatasi masalah banjir kilat di negeri ini. (Berita Harian, 19:57)
Read the reporting
1 report
Banjir: Selangor jalankan kajian kenal pasti lokasi perlu kolam takungan baharu, tambah baik perparitan
KLANG: Kerajaan Selangor sedang menjalankan kajian terperinci bagi mengenal pasti lokasi kritikal yang memerlukan pembinaan kolam takungan baharu atau penambahbaikan sistem perparitan untuk mengatasi masalah banjir kilat di negeri ini.
EXCO Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Izham Hashim, berkata kajian berkenaan penting bagi mengenal pasti kawasan yang memerlukan langkah penyelesaian segera, terutama di bandar seperti Shah Alam, Klang dan Kajang.
"Ketika ini, Selangor menerima pelbagai projek tebatan banjir daripada Kerajaan Persekutuan yang dianggarkan bernilai lebih RM4 bilion, dengan sebahagiannya sedang dilaksanakan dan hampir siap, manakala selebihnya masih dalam perancangan.
"Bagaimanapun, kita akui masih ada keperluan untuk menyelesaikan isu banjir kilat terutama di kawasan bandar seperti Shah Alam, Klang dan Kajang.
"Jadi, kita akan mengkaji dengan mengenal pasti lokasi kritikal terbabit supaya kolam takungan atau pembesaran parit boleh dilakukan kelak," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Dialog Awam Belanjawan Selangor: Kita Anak Muda 2026, di sini, hari ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika membentangkan Belanjawan 2027 pada 9 Oktober lalu mengumumkan peruntukan RM100 juta bagi membangunkan kolam takungan dan menyelenggara sungai sebagai usaha mengurangkan risiko banjir kilat di Lembah Klang.
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor turut menyepakati lima langkah utama bagi menangani isu itu, termasuk menilai keupayaan Empangan Batu serta Empangan Klang Gate untuk memenuhi keperluan bagi tempoh 30 tahun akan datang.
Mengulas lanjut, Izham memaklumkan selain pembinaan kolam takungan dan sistem perparitan, beliau turut mencadangkan kaedah alternatif bagi mengatasi masalah banjir, termasuk pembinaan 'lebuh raya air' di Lembah Klang.
Katanya, cadangan itu telah dibentangkan kepada Perdana Menteri yang meminta supaya ia dikaji secara teliti sebelum dimasukkan ke dalam Pelan Induk Air 2.
Dalam pada itu, beliau berkata, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan RM40 juta bagi menangani masalah banjir kilat di sekitar Bukit Raja, termasuk i-City.
Bagaimanapun, katanya, projek menaik taraf itu masih dalam proses reka bentuk dan memerlukan masa sebelum dapat dilaksanakan.
Beliau berkata, pihaknya juga dijangka menerima peruntukan tambahan daripada kerajaan negeri melalui Belanjawan Selangor 2027 yang akan dibentangkan bulan depan, bagi membiayai projek berkaitan jalan raya dan penanganan banjir bawah Jabatan Kerja Raya serta Jabatan Pengairan dan Saliran.
"Kita memang mempunyai projek yang bernilai tinggi. Perkara itu akan diumumkan Menteri Besar (Datuk Seri Amirudin Shari) kelak," katanya.
Ditanya mengenai isu kemalangan yang kerap berlaku di Persiaran Mokhtar Dahari pula, Izham berkata, cadangan menaik taraf laluan berkenaan kini dalam proses dimuktamadkan.
Beliau berkata, antara cadangan dikemukakan ialah menambah bilangan lorong daripada dua kepada tiga, termasuk di persimpangan kawasan itu, namun pelaksanaannya membabitkan kos agak tinggi.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian19:57
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.