Malaysian Attention Engine
Live wire
52‘Suami arwah hubungi adik, dia sudah bunuh isteri’50Sindiket transit minyak masak di lokasi terpencil sebelum seludup ke negara jiran475 sekolah di Nilai terima bungkusan misteri46General : Malaysia Airlines To Resume Flights To Jeddah, Madinah Tomorrow45General : Suspicious Packages At Schools: MOE Leaves Probe To Police - Fadhlina45Penemuan barang mencurigakan di sekolah perlu dilapor segera44'Saya sudah lakukan yang terbaik' - Ramanan yakin Sungai Buloh kekal kerusi selamat44ATM kaji semula elaun Askar Wataniah44Arteta yakin Gyokeres mampu tamatkan kemarau gol42Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB41MOT rangka pindaan undang-undang kes curi kabel rel40Singapura keluar notis amaran kepada 7 syarikat Indonesia dikenal pasti jadi punca jerebu
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Eyka Farhana masih aktif berlakon

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 12:18 MYTLatest activity 17 Oct, 12:18BMconfidence 60%

What happened

SHAH ALAM: Pelakon Eyka Farhana menafikan dakwaan memperlahankan kerjaya seni selepas mendirikan rumah tangga dan dikurniakan cahaya mata, sebaliknya menegaskan masih aktif serta terbuka menerima tawaran lakonan. (Berita Harian, 12:18)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Eyka Farhana masih aktif berlakon

By Affan Rostam · 17 Oct, 12:18 MYT

SHAH ALAM: Pelakon Eyka Farhana menafikan dakwaan memperlahankan kerjaya seni selepas mendirikan rumah tangga dan dikurniakan cahaya mata, sebaliknya menegaskan masih aktif serta terbuka menerima tawaran lakonan.

Eyka atau nama sebenar, Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, 31, berkata, perubahan rutin kehidupan selepas bergelar isteri dan ibu menuntutnya lebih bijak mengatur masa bagi memastikan tanggungjawab terhadap keluarga tidak terabai.

"Saya bukan tidak mahu berlakon lagi, tetapi lebih kepada soal masa. Daripada segi lakonan, saya masih aktif dan terbuka menerima tawaran pada masa akan datang.

"Saya belum buat keputusan untuk berhenti berlakon selepas berkahwin dan dikurniakan cahaya mata. Selagi masih berkemampuan, saya akan terus berlakon kerana banyak lagi karakter yang mahu dicuba.

"Lakonan adalah minat saya. Saya masih mahu teroka lebih banyak naskhah, karakter dan peluang baharu dalam bidang ini," katanya ketika ditemui pada penggambaran telefilem TV3, Gerimis Rindu di sini, semalam.

Berkongsi perkembangan kerjaya, Eyka mengakui merindui suasana bekerja dan berada di set penggambaran, namun, dia bersyukur kerana dapat mengimbangi komitmen seni dengan tanggungjawab terhadap keluarga.

"Saya rindu untuk kembali bekerja dan berada di set penggambaran. Bagi saya, sekarang sudah ada keseimbangan antara kerjaya dengan keluarga.

"Ada masa saya menjalani penggambaran, tetapi selepas itu mungkin ada tempoh rehat selama dua hingga tiga bulan. Jadi, saya boleh meluangkan masa bersama anak dan suami," katanya.

Mengulas pemilihan tawaran lakonan, pelakon itu berkata, beliau terbuka menerima naskhah menarik terutama jika jalan cerita dan karakter yang ditawarkan mampu memberi impak serta kepuasan dari sudut seni.

"Kalau jalan cerita menarik, saya sanggup luangkan masa untuk menjayakannya. Sebagai pelakon, saya juga mahu menerima naskhah yang bagus dan watak menarik.

"Sekurang-kurangnya, jika saya perlu meninggalkan anak untuk bekerja, saya tahu pengorbanan itu berbaloi demi menjayakan cerita dan karakter yang baik.

"Bagaimanapun, pemilihan tawaran juga bergantung pada kesesuaian masa. Ada bulan tertentu yang kurang sesuai untuk bekerja kerana anak lebih memerlukan perhatian saya. Jadi, perkara itu akan saya pertimbangkan," katanya.

Pelakon filem Anak Perjanjian Syaitan 2 itu berkata, minatnya terhadap dunia lakonan masih utuh, malah beliau teruja untuk meneroka lebih banyak naskhah dan karakter yang mampu mengembangkan kemahirannya sebagai pelakon.

Dalam perkembangan lain, Eyka kini kembali ke set penggambaran menerusi telefilem Gerimis Rindu yang bakal disiarkan di TV3 tidak lama lagi.

Eyka mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak kebangsaan yang juga tonggak Negeri Sembilan FC (NSFC), Akhyar Rashid, pada 2 Mei tahun lalu.

Pasangan itu dikurniakan cahaya mata sulung, Muhammad Luay Khayr Muhammad Akhyar, pada 16 Mei lalu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow13:0014:00
Latest 14:04 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
17 Oct, 12:18 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    12:18

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Eyka Farhana masih aktif berlakon
Berita HarianNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Eyka Farhana masih aktif berlakon · Malaysian Attention Engine