
Tunku Zain terajui SRAM, misi emas LA28 jadi keutamaan
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Tunku Zain terajui SRAM, misi emas LA28 jadi keutamaan (Google News Malaysia (BM), 21:18)
Read the reporting
1 report
Tunku Zain terajui SRAM, misi emas LA28 jadi keutamaan
Kuala Lumpur: Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Muhriz dipilih sebagai Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) selepas menang tanpa bertanding pada Mesyuarat Agung Tahunan badan induk itu ke-54 di sini hari ini.
Putera kedua Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir yang berusia 44 tahun itu menggantikan Gerard Monteiro yang menerajui SRAM sebelum ini.
Turut menang tanpa bertanding ialah bekas pemain skuasy negara, Azlan Iskandar bagi jawatan timbalan presiden, Sharon Wee sebagai naib presiden dan Ramlee Abdullah sebagai bendahari kehormat.
Sementara itu, Nik Razeen Adam Daud dilantik sebagai setiausaha kehormat oleh presiden, manakala Margaret Kechendai, Wan Sazril Wan Zaid dan Conrad Louis dipilih sebagai anggota jawatankuasa SRAM.
Selepas dipilih menerajui SRAM, Tunku Zain Al-'Abidin berkata antara fokus utama kepimpinan baharu badan induk itu adalah memperkukuh persiapan pemain negara dalam misi memburu pingat emas pada Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28).
Beliau berkata penampilan sulung skuasy di pentas Olimpik membuka peluang besar kepada Malaysia untuk mencipta sejarah pada temasya sukan berprestij itu.
Justeru, segala keperluan termasuk sokongan kepada pemain akan diberi perhatian bagi membantu mereka mencapai prestasi terbaik menjelang LA28.
"Saya fikir perkara penting sekarang ialah perjalanan menuju Sukan Olimpik kerana skuasy buat kali pertama dipertandingkan di temasya itu. Jadi, kita mempunyai peluang untuk meraih pingat.
"Saya akan menggembleng usaha untuk benar-benar memberi tumpuan kepada misi memburu pingat emas," katanya kepada media selepas mesyuarat berkenaan di Akademi Badminton Malaysia di sini hari ini.
Mengulas harapan tinggi terhadap skuasy yang dilihat antara prospek menyumbang pingat kepada negara pada LA28, Tunku Zain Al-'Abidin mengakui wujud tekanan terhadap pemain negara untuk merealisasikan impian berkenaan.
Bagaimanapun, beliau berkata tanggungjawab kepimpinan SRAM adalah memastikan persiapan atlet menuju temasya itu berjalan lancar menerusi penyediaan sistem sokongan yang berkesan.
Dalam pada itu, Tunku Zain Al-'Abidin berkata beliau tidak bercadang melakukan perubahan besar terhadap struktur sedia ada SRAM, sebaliknya mahu meneruskan kejayaan dan usaha yang telah dilaksanakan kepimpinan terdahulu.
Beliau berkata skuasy telah membuktikan kedudukannya sebagai antara sukan paling berjaya di Malaysia berdasarkan pencapaian pingat dan kejuaraan di peringkat antarabangsa.
Pada masa sama, beliau mahu memperkukuh kerjasama dengan persatuan skuasy negeri bagi memastikan pembangunan bakat baharu terus dipergiat dan negara tidak ketandusan pemain berkualiti pada masa hadapan.
Untuk rekod, juara Sukan Asia 2026, Ng Eain Yow dan S Sivasangari menjadi dua pemain skuasy negara pertama layak ke LA28.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in mixed-language, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)21:18
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Google News Malaysia (BM), Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.