
Bank Muamalat lancar Kad Kredit-i Awwal
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Bank Muamalat Malaysia Bhd (Bank Muamalat) melancarkan Kad Kredit-i Awwal yang menawarkan akses kepada pembiayaan lebih telus, mampu milik dan berhemah berlandaskan prinsip Syariah. (Berita Harian, 13:13)
Read the reporting
1 report
Bank Muamalat lancar Kad Kredit-i Awwal
KUALA LUMPUR: Bank Muamalat Malaysia Bhd (Bank Muamalat) melancarkan Kad Kredit-i Awwal yang menawarkan akses kepada pembiayaan lebih telus, mampu milik dan berhemah berlandaskan prinsip Syariah.
Kad Kredit-i Awwal diperkenalkan dengan tumpuan kepada pembiayaan bertanggungjawab, selaras dengan namanya yang membawa maksud 'permulaan' atau 'langkah pertama', bagi menawarkan pendekatan pembiayaan yang lebih berhemah kepada pelanggan.
Antara ciri utama kad berkenaan ialah kadar keuntungan efektif 14 peratus setahun, tanpa yuran tahunan, selain menggunakan konsep keuntungan tidak berganda.
Pelanggan turut menikmati perlindungan takaful percuma bagi baki tertunggak sebagai manfaat promosi sempena pelancaran kad itu, tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Datuk Khairul Kamarudin, berkata pelancaran Kad Kredit-i Awwal mencerminkan komitmen bank itu untuk menyediakan penyelesaian kewangan yang lebih mudah diakses, telus dan bertanggungjawab kepada masyarakat.
Beliau berkata, kad berkenaan dibangunkan dengan mengambil kira keperluan pelanggan untuk mengurus perbelanjaan secara lebih bijak, selain memastikan kemudahan kredit digunakan secara bertanggungjawab.
"Kad Kredit-i Awwal dibangunkan dengan mengambil kira keperluan pelanggan untuk mengurus perbelanjaan dengan lebih bijak, di samping memastikan kemudahan kredit digunakan secara bertanggungjawab. Ia selari dengan aspirasi kami untuk menyediakan penyelesaian kewangan yang memberi nilai sebenar dan menyokong kesejahteraan kewangan pelanggan," katanya.
Pelancaran kad kredit Islam itu disempurnakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, sempena Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF) ke-21, yang menjadi platform antarabangsa bagi membincangkan kerjasama strategik dalam industri kewangan Islam.
KLIFF ke-21 menghimpunkan perbincangan berkaitan usaha memacu pasaran modal, perbankan, takaful dan teknologi kewangan (fintech) berlandaskan Syariah.
Menurut Bank Muamalat, pelancaran itu turut memperkukuh aspirasi institusi berkenaan untuk merealisasikan slogan 'Kehidupan Lebih Baik, Bersama' menerusi penyelesaian kewangan Islam yang inklusif, bertanggungjawab dan memenuhi keperluan semasa masyarakat.
Orang ramai boleh memohon Kad Kredit-i Awwal mulai hari ini menerusi laman sesawang rasmi Bank Muamalat atau di mana-mana cawangannya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian13:13
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.