Malaysian Attention Engine
Live wire
45Politics : Mahmud Epah Named New Sarawak PKR Chairman45PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang45NCID officer seriously injured in machete attack during drug raid in Tanah Merah, says Kelantan police chief41Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB37Nafuzi mahu benteng kebal, buru keputusan positif37Politics : BN Candidates List For Melaka: State Election To Be Announced On Oct 28 - Ab Rauf37Pendaki wanita tidak sedarkan diri di Air Terjun Langsir36Slain border agency officer’s remains to be buried in Tumpat tonight, says home minister36Kanak-kanak lelaki maut terjatuh dari tingkat 1135Gabungan dipimpin Saudi tembak jatuh 4 dron di Riyadh, wilayah timur dan selatan Arab Saudi35General : Fire Destroys 26 Workers' 'Kongsi' Houses In Labuan35PSG fight back to beat Strasbourg after Dembele penalty miss
NewConfirmedupdated 2 h ago

Banteras rempit perlu sasar penganjur

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
23
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 07:23 MYTLatest activity 18 Oct, 07:25MixedBMconfidence 80%

What happened

PETALING JAYA: Usaha membanteras kegiatan lumba haram dalam kalangan belia tidak seharusnya tertumpu kepada penguatkuasaan undang-undang semata-mata, sebaliknya perlu turut menangani punca yang mendorong mereka terlibat dalam aktiviti berbahaya itu. (Utusan Malaysia, 07:23)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Banteras rempit perlu sasar penganjur

By FATIN NORIZATI MAT ISA · 18 Oct, 07:23 MYT

PETALING JAYA: Usaha membanteras kegiatan lumba haram dalam kalangan belia tidak seharusnya tertumpu kepada penguatkuasaan undang-undang semata-mata, sebaliknya perlu turut menangani punca yang mendorong mereka terlibat dalam aktiviti berbahaya itu.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Ahmad Fahmi Mohd. Samsudin berkata, tindakan juga perlu menyasarkan penganjur, pembiaya dan pihak yang memudahkan kegiatan lumba haram berdasarkan bukti serta peruntukan undang-undang sedia ada.

Katanya, tindakan yang menyeluruh penting bagi memastikan usaha membanteras kegiatan itu tidak hanya menyasarkan individu yang menunggang motosikal, sebaliknya turut mengambil kira pihak yang memungkinkan aktiviti berkenaan terus berlangsung.

“Punca belia terlibat dalam lumba haram perlu dikenal pasti supaya langkah pencegahan dapat dilaksana lebih berkesan.

“Pada masa sama, tindakan undang-undang perlu turut menyasarkan penganjur, pembiaya dan pihak yang memudahkan kegiatan itu berdasarkan bukti serta peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya kepada Mingguan Malaysia .

Akhbar ini semalam melaporkan, perbuatan merempit atau lumba haram, termasuk menunggang motosikal secara melulu kini menjadi kesalahan jalan raya yang boleh didenda sehingga RM10,000 apabila Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2026 mula berkuat kuasa kelmarin.

Mengulas lanjut, Ahmad Fahmi berkata, penguatkuasaan terhadap kegiatan lumba haram perlu disertai pembangunan belia bagi menangani pengaruh rakan sebaya, pencarian identiti dan kecenderungan mengambil risiko dalam kalangan golongan itu.

Katanya, memahami punca penglibatan golongan itu dalam kegiatan lumba haram tidak bermakna membenarkan kesalahan.

“Kementerian Pengangkutan bersama agensi berkaitan menyelaraskan program pencegahan dan pemulihan melalui kerjasama rentas kementerian serta pertubuhan masyarakat.

“Program hendaklah disesuaikan mengikut umur, tahap risiko dan rekod kesalahan, merangkumi pendidikan keselamatan jalan raya, pendampingan berterusan serta peluang latihan kemahiran atau pekerjaan mengikut keperluan,” katanya

Beliau berkata, ABIM menghargai usaha penguatkuasaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan JPJ, namun pelaksanaannya perlu konsisten, profesional, berintegriti serta adil tanpa mengira umur, kedudukan atau jenis kenderaan.

Tambah beliau, MOT juga wajar menerbitkan penilaian keberkesanan pelaksanaan secara berkala yang merangkumi trend kemalangan, kematian dan kecederaan berkaitan lumba haram serta kadar kesalahan berulang, selain jumlah operasi, tangkapan dan sitaan.

“Ukuran kejayaan adalah berkurangnya kemudaratan di jalan raya dan keberkesanan membimbing belia keluar daripada kegiatan ini,” katanya. – UTUSAN

The post Banteras rempit perlu sasar penganjur appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow08:0009:00
Latest 09:28 MYT
23New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
18 Oct, 07:23 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    07:23

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Banteras rempit perlu sasar penganjur
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBM
Banteras rempit perlu sasar penganjur
utusan.com.myNewsmainstreamMixednear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.