
Bantuan ‘mencurah’ lepas kisah disiar Kosmo!
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SEREMBAN – Kisah tiga beranak yang hidup dalam kesempitan di Kampung Machang Hilir Lenggeng di sini mendapat perhatian beberapa pihak yang tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban hidup mereka. (Kosmo!, 08:30)
Read the reporting
1 report
Bantuan ‘mencurah’ lepas kisah disiar Kosmo!
SEREMBAN – Kisah tiga beranak yang hidup dalam kesempitan di Kampung Machang Hilir Lenggeng di sini mendapat perhatian beberapa pihak yang tampil menghulurkan bantuan bagi meringankan beban hidup mereka.
Ahli Dewan Undangan Negeri Lenggeng, Datuk Mohd. Asna Amin tampil memberi sumbangan RM3,000 selepas membaca kisah hidup mereka yang terpaksa menjadikan telur masak kicap sebagai hidangan harian selepas disiarkan Kosmo!.
Selain itu, dua beradik kembar berusia 14 tahun, Nur Alya Shafiqa Ibrahim dan Muhammad Fariz Adam Ibrahim, akan dibantu melalui urusan pemindahan sekolah serta pencarian rumah sewa yang lebih selesa dan berdekatan dengan sekolah baharu mereka.
Mohd Asna berkata, beliau bersama Pengarah Pembangunan Negeri mengadakan kunjungan bagi meneliti masalah dihadapi ibu tunggal, Nurain Afeeza Ab. Ghani, 37, dan dua anaknya.
Menurutnya, kedua-dua beradik itu akan dipindahkan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Klana Putra, Lenggeng, dengan bantuan Pengarah Pendidikan Negeri.
“Selepas persetujuan dicapai, kita akan memohon supaya urusan pemindahan sekolah mereka dapat dilakukan segera.
“Kita juga akan mencari rumah sewa lebih selesa dan berdekatan dengan sekolah, selain menyediakan basikal untuk setiap seorang bagi memudahkan pergerakan mereka,” katanya.
Menurut Mohd. Asna, keluarga berkenaan menerima bantuan bulanan berjumlah RM1,000 melalui bantuan bakul makanan, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Tambahnya, pihaknya akan memastikan tiada keluarga yang ketinggalan terutamanya di kawasan Lenggeng, memandangkan Negeri Sembilan menyasarkan sifar kemiskinan.
Terdahulu, Kosmo! melaporkan kehidupan daif Nurain bersama dua anaknya yang terpaksa berjimat cermat sehingga telur goreng berlaukkan kicap menjadi hidangan harian mereka.
Keadaan itu menyebabkan kedua-dua anaknya ke sekolah tanpa wang saku.
The post Bantuan ‘mencurah’ lepas kisah disiar Kosmo! appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!08:30
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.