Malaysian Attention Engine
Live wire
78General : Budget 2027: STR, SARA Aid Raised To RM150 A Month - Anwar71General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon69Perbelanjaan pembangunan naik, lonjakan projek baharu belum ketara69RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202763Belanjawan 2027: Rakyat dijangka nikmati lebih banyak manfaat59Had pelepasan cukai individu dinaikkan kepada RM12,00058Syarat ketat potongan cukai perbelanjaan gaji pekerja asing56General : F1 Success Shows Unity Is One Of Malaysia's Greatest Strengths - Anwar51Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi50Pertumbuhan global dijangka meningkat kepada 3.4 peratus pada 202747Anwar inspects final preparations for 2027 Budget46General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am
NewConfirmedupdated 1 h ago

Bapa rayu bantuan RM100,000 biaya pembedahan jantung anak

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
24
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
2
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 13:19 MYTLatest activity 9 Oct, 14:44BMconfidence 80%

What happened

BUKIT MERTAJAM: Sepasang suami isteri yang menanti kehadiran cahaya mata pertama selama lima tahun berdepan ujian berat apabila anak perempuan mereka, berusia setahun disahkan menghidap penyakit jantung kongenital serius dan memerlukan RM100,000 bagi menjalani pembedahan segera. (Berita Harian, 13:19)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Bapa rayu bantuan RM100,000 biaya pembedahan jantung anak

By Nur Izzati Mohamad · 9 Oct, 13:19 MYT

BUKIT MERTAJAM: Sepasang suami isteri yang menanti kehadiran cahaya mata pertama selama lima tahun berdepan ujian berat apabila anak perempuan mereka, berusia setahun disahkan menghidap penyakit jantung kongenital serius dan memerlukan RM100,000 bagi menjalani pembedahan segera.

Aleeya Mikayla Muhammad Syahir dilahirkan dengan kecacatan jantung dikenali sebagai Tetralogi Fallot (TOF) dan Pulmonary Atresia (PA), yang menyebabkan aliran darah dari jantung ke paru-paru untuk mendapatkan oksigen terganggu.

Bapanya, Muhammad Syahir Mohd Nasir, 37, berkata, dia dan isteri, Balqis Ahmad Radzi, 30, tidak menyangka kegembiraan menyambut kelahiran anak sulung bertukar menjadi kebimbangan apabila doktor mengesan masalah kesihatan serius sejurus bayi itu dilahirkan.

"Ketika kandungan isteri sudah cukup bulan dan dia bersedia untuk bersalin, doktor mendapati degupan jantung bayi agak lemah sebelum melakukan pembedahan caesarean kecemasan.

"Selepas dilahirkan, Aleeya Mikayla hanya sempat menangis sekali sebelum seluruh tubuhnya bertukar kebiruan akibat kekurangan oksigen.

Dia kemudian segera dimasukkan ke dalam inkubator untuk mendapatkan bantuan oksigen," katanya ketika tampil memohon bantuan daripada pertubuhan kebajikan One Hope Charity and Welfare, baru-baru ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut mengesahkan anaknya mengalami kecacatan jantung kongenital serius yang memerlukan rawatan segera.

Ketika berusia seminggu, Aleeya Mikayla menjalani pembedahan pertama bagi memasukkan stent untuk meluaskan saluran darah yang sempit.

Bayi itu kemudian dirawat di hospital sebulan sebelum dibenarkan pulang, namun masih memerlukan tiub penyusuan dan mengambil masa untuk belajar minum susu sendiri.

Muhammad Syahir berkata, keadaan anaknya turut menyebabkan dia dan isteri sentiasa bimbang, terutama apabila bibir serta kuku jari Aleeya Mikayla kerap bertukar kebiruan, selain mengalami sesak nafas ketika bermain atau menangis.

Katanya, keadaan itu semakin membimbangkan apabila tubuh anaknya membesar, sedangkan saluran darah yang sempit tidak lagi mampu memenuhi keperluan tubuhnya.

"Ketika pemeriksaan susulan pada Julai lalu, doktor memaklumkan keadaan anak saya tidak boleh ditangguhkan lagi dan pembedahan perlu dilakukan secepat mungkin kerana dikhuatiri boleh mengancam nyawanya.

"Pembedahan kali ini membabitkan pembaikan jantung, termasuk membuang stent sedia ada, memasukkan saluran jantung buatan dan membina semula laluan aliran darah dari jantung ke paru-paru," katanya.

Muhammad Syahir berkata, dia buntu memikirkan kos pembedahan yang mencecah RM100,000, sedangkan kemampuan kewangan keluarga tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan berkenaan.

Justeru, dia terpaksa mendapatkan bantuan orang ramai bagi memastikan anaknya dapat menjalani pembedahan yang diperlukan.

Sementara itu, Pengerusi One Hope Charity and Welfare, Datuk Chua Sui Hau, berkata pihaknya tampil membantu keluarga berkenaan berasal dari Ipoh, Perak, bagi mengumpul dana untuk menampung kos pembedahan Aleeya Mikayla.

Menurutnya, bapa bayi itu bekerja sebagai anggota polis bantuan, manakala ibunya suri rumah.

"Keluarga ini hanya mampu menyediakan RM20,000 dan memerlukan bantuan orang ramai bagi menampung baki kos pembedahan berjumlah RM100,000 lagi" katanya dalam kenyataan hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow14:0015:0016:00
Latest 16:31 MYT
24New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
9 Oct, 13:19 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    13:19

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.