
Barcelona 'hilang' Garcia, Kounde menjelang aksi penting
Only social or community posts, or a single source.
What happened
BARCELONA: Barcelona berdepan tamparan menjelang pertembungan penting menentang Paris Saint-Germain (PSG) dalam saingan Liga Juara-Juara dan Real Madrid dalam aksi La Liga selepas Eric Garcia dan Jules Kounde mengalami kecederaan. (Berita Harian, 00:40)
Read the reporting
1 report
Barcelona 'hilang' Garcia, Kounde menjelang aksi penting
BARCELONA: Barcelona berdepan tamparan menjelang pertembungan penting menentang Paris Saint-Germain (PSG) dalam saingan Liga Juara-Juara dan Real Madrid dalam aksi La Liga selepas Eric Garcia dan Jules Kounde mengalami kecederaan.
Kelab itu mengesahkan Garcia bakal diketepikan selama tiga hingga empat minggu akibat kecederaan paha, sekali gus menyaksikan pemain pertahanan tengah berkenaan terlepas kedua-dua perlawanan berkenaan.
Sementara itu, Kounde pula terseliuh buku lali dan disahkan tidak dapat menyertai pasukan untuk aksi menentang PSG, awal pagi Rabu ini.
Bagaimanapun, bek kanan Perancis itu masih berpeluang diturunkan ketika Barcelona berdepan musuh tradisi, Real Madrid, pada 25 Oktober ini, bergantung kepada perkembangan pemulihannya.
Kedua-dua pemain itu mengalami ketidakselesaan ketika membantu Barcelona mencatat kemenangan 5-2 ke atas Real Betis dalam aksi La Liga, Sabtu lalu.
Kemenangan itu menyaksikan skuad kendalian Hansi Flick meneruskan permulaan sempurna dalam kempen liga musim ini dengan meraih kemenangan kesembilan berturut-turut.
Dalam pada itu, PSG turut menerima berita kurang menggembirakan apabila pertahanan kiri Portugal, Nuno Mendes, mengalami kecederaan ketika membantu pasukannya menewaskan Strasourg dalam aksi Ligue 1, Sabtu lalu.
PSG mengesahkan Mendes mengalami kecederaan paha kiri dan dijangka perlu berehat untuk beberapa minggu.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian00:40
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.