
Bayi perlukan RM106,864 demi hati baharu
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Details are being gathered from the sources below.
Read the reporting
1 report
Bayi perlukan RM106,864 demi hati baharu
PORT DICKSON – Seorang bayi yang menghidap penyakit saluran hempedu tersumbat atau biliary atresia memerlukan bantuan orang ramai bagi mengumpul baki RM106,864 untuk menjalani pembedahan pemindahan hati di China, awal bulan depan.
Dian Jasmeen Ahmad Zahid Fahmi yang berusia 10 bulan kini berdepan keadaan kesihatan semakin merosot apabila bacaan bilirubinnya hampir mencecah 400, selain mengalami pembengkakan hati dan limpa menyebabkan perutnya semakin membesar.
Ibunya, Wan Anis Syahidah Wan Rosli, 30, berkata, anak keduanya itu kini berada di rumah dan bergantung kepada beberapa jenis ubat setiap hari.
“Dia juga sukar tidur dan kerap membuang air besar antara lapan hingga 10 kali sehari.
“Setiap bulan kami perlu membawanya berjumpa pakar gastroenterologi untuk pemeriksaan kerana fungsi hatinya semakin merosot,” katanya kepada Kosmobayo bay! kelmarin.
Menurut suri rumah itu, masalah kesihatan Dian Jasmeen mula dikesan apabila bacaan kuning atau jaundis anaknya tidak menunjukkan penurunan ke paras normal sebelum disahkan menghidap biliary atresia.
“Jun lalu, Dian dirujuk ke Hospital Tunku Azizah bagi menjalani saringan pemindahan hati sebelum pakar memaklumkan anaknya memerlukan pembedahan segera,” katanya.
Menurutnya, suaminya, Ahmad Zahid Fahmi Hasnul Elmi, 30, yang juga anggota tentera, bersedia mendermakan sebahagian hatinya.
“Kos pembedahan dianggarkan RM180,000 di Renji Hospital, Shanghai Jiao Tong University School of Medicine, China, terlalu besar untuk ditanggung kami, lebih-lebih lagi selepas saya berhenti kerja.
“Setakat 9 Oktober lalu, kami berjaya kumpul RM73,135.59, namun masih memerlukan RM106,864.41 bagi membolehkan pembedahan pada awal November ini dilaksanakan,” katanya.
Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 5515 7530 7417 atas nama Pertubuhan Kebajikan Nadi Permata Malaysia dengan rujukan Bantuan Dian BA.
The post Bayi perlukan RM106,864 demi hati baharu appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.
Attention graph
Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.
Timeline
No timeline yet.
Where it started
Unknown.
How it spread
Not enough data to show how this spread.
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Nothing independently established yet.
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.