
Mufti P Pinang gesa dakwaan Muslim sertai ritual agama lain disiasat segera
Only social or community posts, or a single source.
What happened
GEORGETOWN: Pihak berkuasa agama perlu menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus berhubung dakwaan seorang individu beragama Islam menyertai ritual keagamaan bukan Islam yang tular di media sosial. (Berita Harian, 12:21)
Read the reporting
1 report
Mufti P Pinang gesa dakwaan Muslim sertai ritual agama lain disiasat segera
GEORGETOWN: Pihak berkuasa agama perlu menjalankan siasatan segera, menyeluruh dan telus berhubung dakwaan seorang individu beragama Islam menyertai ritual keagamaan bukan Islam yang tular di media sosial.
Mufti Pulau Pinang, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman, berkata isu berkenaan amat serius kerana membabitkan kesucian akidah umat Islam, khususnya jika membabitkan penyertaan dalam upacara pemujaan, penyembahan atau ritual yang bertentangan dengan prinsip tauhid.
Islam mengiktiraf kebebasan penganut agama lain untuk mengamalkan kepercayaan masing-masing, namun umat Islam perlu memelihara batas akidah yang tidak boleh dikompromi.
"Allah SWT berfirman dalam Surah al-Nisa', ayat 48, yang bermaksud: 'Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik kepada-Nya dan Dia mengampunkan dosa selain daripada itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya.'
"Perlu ditegaskan bahawa menghormati agama lain tidak bermaksud seseorang Muslim boleh menyertai ritual ibadat agama itu," katanya dalam kenyataan.
Mohd Sukki berkata, sekiranya dakwaan individu berkenaan terbabit dalam ritual pemujaan itu benar, perbuatan tersebut jelas bertentangan dengan tuntutan akidah Islam.
Bagaimanapun, beliau menegaskan penentuan hukum terhadap individu tertentu, termasuk persoalan murtad, memerlukan penelitian terhadap fakta, niat, pengetahuan dan keadaan sebenar serta tidak boleh diputuskan sewenang-wenangnya menerusi media sosial.
Dalam pada itu, Mohd Sukki berkata, pihak berkuasa agama perlu memperhebat pendidikan dan pemantauan terhadap penyebaran fahaman spiritual yang mencampuradukkan unsur kepercayaan pelbagai agama.
Ini termasuk fahaman New Age Movement yang menurut beliau, boleh menimbulkan kekeliruan mengenai konsep ketuhanan, ibadat dan batas akidah Islam.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian12:21
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.