Malaysian Attention Engine
Live wire
51Mayat bayi tanpa kepala, satu tangan ditemukan dalam longkang42General : 24 Flood Victims Evacuated To SK Seri Penanti Relief Centre41‘Suami arwah hubungi adik, dia sudah bunuh isteri’40General : Anwar Congratulates Siti Nurhaliza On Soulful Gema Bumantara performance37Gol lewat Ruventhiran bantu Melaka tewaskan KL City3627 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti36Lawatan Mohamed Khaled ke Jepun perkukuh kerjasama pertahanan35Business : Japan's Yuzu Fruit Taps Malaysia's Halal Market34Jangan tunggu ditimpa musibah, 1.2 juta pencarum disaran kembali carum LINDUNG 24 Jam33Polis pandang serius ugutan bakar kedai warga asing32General : AKPS Officer's Remains Laid To Rest In Kelantan30Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Beban kerja melampau jejas mental

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 09:01 MYTLatest activity 18 Oct, 09:01BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Beban kerja melampau, tekanan majikan dan kebimbangan berdepan stigma menyebabkan ada pekerja berdepan kemurungan, malah mengalami masalah kesihatan mental, namun khuatir untuk mendapatkan sokongan atau mendedahkan penyakit mereka kerana bimbang menjejaskan kerjaya. (Berita Harian, 09:01)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·3 min read

Beban kerja melampau jejas mental

By Suzalina Halid dan · 18 Oct, 09:01 MYT

KUALA LUMPUR: Beban kerja melampau, tekanan majikan dan kebimbangan berdepan stigma menyebabkan ada pekerja berdepan kemurungan, malah mengalami masalah kesihatan mental, namun khuatir untuk mendapatkan sokongan atau mendedahkan penyakit mereka kerana bimbang menjejaskan kerjaya.

Antara kes mengejutkan dikongsi kepada BH membabitkan seorang wanita, pekerja swasta dari Selangor yang menderita kemurungan kronik akibat tekanan di tempat kerja sehingga terfikir untuk membunuh diri.

Hanya mahu dikenali sebagai Nadia, wanita berusia 24 tahun ini mendakwa berdepan tekanan berpanjangan di tempat kerja yang bukan sahaja menjejaskan tumpuan dan prestasinya, malah menyebabkan kemurungan kronik sehingga timbul fikiran untuk membunuh diri.

"Saya mendapatkan rawatan Julai lalu selepas mendapati keadaan kesihatan makin membimbangkan. Punca kemurungan yang kini kronik adalah beban kerja melampau, majikan kerap menekan supaya semua tugas disiapkan segera.

"Paling teruk, saya pernah diberikan memo kerana silap ketika melaksanakan tugas, majikan enggan terima alasan dan anggap saya cuai," katanya menambah penyakit dialami turut jejaskan tumpuan sehingga dia melakukan kesilapan berulang, termasuk dalam tugasan yang biasa dilakukan.

"Malah ketiadaan sistem sokongan yang baik di tempat kerja turut menyukarkan saya menghadapi keadaan itu. Apatah lagi apabila kesilapan yang dilakukan mengundang tindakan majikan," katanya.

Dia mengakui keadaan kesihatannya semakin membimbangkan apabila kerap terfikir untuk membunuh diri, termasuk ketika memandu atau mengambil pil tidur berlebihan, sekali gus mendorongnya segera mendapatkan rawatan.

"Walaupun masih bekerja seperti biasa selepas rawatan, saya rahsiakan diagnosis daripada majikan, bimbang reaksi negatif dan pandangan serong rakan sekerja," katanya berharap majikan lebih peka terhadap kesihatan mental pekerja, termasuk menguruskan beban kerja secara munasabah serta memahami keadaan kesihatan yang boleh menjejaskan prestasi.

Bagi penghantar makanan hanya mahu dikenali Muhamed, 38, yang kemurungan dan berdepan gangguan kegelisahan sejak beberapa tahun lalu, dia belum bersedia mencari pekerjaan tetap kerana bimbang keadaan kesihatannya sukar diterima majikan.

"Simptom tidak menentu seperti keletihan, pemikiran bercelaru dan sukar beri tumpuan menyukarkan saya penuhi tuntutan pekerjaan. Pernah kerja juruwang pasar raya ketika awal 20-an, tapi kesihatan sering terganggu, ada masa saya keliru atau sukar beri tumpuan.

"Sukar untuk minta rehat seketika atau ambil cuti sakit kerana bimbang majikan tidak dapat terima keadaan kesihatan saya," katanya yang menjadi penghantar makanan sepenuh masa pada 2023 bagi menyara isteri dan dua anak.

Lebih berperikemanusiaan

Sementara itu, Ketua Laboratori Kesejahteraan Belia dan Komuniti, Institut Pengajian Sains Sosial, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Aini Azeqa Ma'rof, berkata pekerja berdepan masalah kesihatan mental tidak sepatutnya disisih dan didiskriminasi di tempat kerja.

"Sebaliknya majikan dicadang mengambil langkah proaktif, termasuk penyesuaian semula tugas mengikut keperluan mereka. Antaranya pekerja terbabit diberi kelonggaran menerusi waktu kerja lebih fleksibel supaya mereka boleh ke sesi rawatan.

"Selain itu, beri arahan tugasan secara lebih jelas dan susun semula tugasan.

"Pelan itu perlu dibincangkan bersama pekerja dan disemak mengikut perkembangan mereka. Penyesuaian bukan bermaksud semua tanggungjawab diketepikan, tetapi menyediakan keadaan yang membolehkan tugas dilaksana dengan baik," katanya.

Selain itu, katanya, majikan juga punya tanggungjawab melindungi kerahsiaan pekerja yang berdepan isu mental dengan maklumat kesihatan mereka dikendalikan secara sulit dan akses dihadkan kepada pihak yang benar-benar memerlukannya untuk mengurus sokongan.

"Bermakna, program kesejahteraan perlu disertai semakan terhadap beban tugas, kekurangan tenaga kerja, buli, gangguan dan ketidakjelasan mengenai peranan mereka. Di Malaysia, Garis Panduan Pentaksiran dan Pengurusan Risiko Psikososial di Tempat Kerja (PRisMA) oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan menyediakan kerangka untuk mengenal pasti, menilai dan mengurus risiko psikososial di tempat kerja," katanya.

Menurut Dr Aini Azeqa, majikan juga perlu memastikan dasar antidiskriminasi dilaksanakan secara telus di tempat kerja dengan memastikan pekerja boleh mendapatkan rawatan dan sokongan tanpa takut maruah serta masa depan kerjaya mereka terjejas.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 09:39 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
18 Oct, 09:01 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    09:01

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Beban kerja melampau jejas mental
Berita HarianNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.