
Bekalan tinggi hadkan kenaikan harga sawit - CIMB Securities
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka terus tertekan dalam tempoh terdekat akibat paras stok tinggi dan corak pengeluaran bermusim. (Berita Harian, 15:52)
Read the reporting
1 report
Bekalan tinggi hadkan kenaikan harga sawit - CIMB Securities
KUALA LUMPUR: Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka terus tertekan dalam tempoh terdekat akibat paras stok tinggi dan corak pengeluaran bermusim.
Bagaimanapun, kemungkinan berlakunya fenomena El Niño dijangka menyokong harga komoditi itu pada 2027, menurut beberapa firma penyelidikan.
Hong Leong Investment Bank (HLIB) berkata, paras inventori tinggi berkemungkinan berterusan sehingga Oktober 2026 ketika pengeluaran menghampiri kemuncak bermusim, sekali gus memberi tekanan kepada harga MSM.
"Bagaimanapun, inventori dijangka berkurangan selepas tempoh berkenaan apabila pengeluaran bermusim mulai perlahan dan kesan tertangguh fenomena El Niño mula mempengaruhi hasil pengeluaran," menurut HLIB dalam satu nota penyelidikan hari ini.
Firma itu mengekalkan unjuran purata harga MSM pada RM4,450 setan bagi 2026 dan RM4,500 setan bagi 2027, selain mengekalkan saranan wajaran tinggi terhadap sektor perladangan.
MBSB Investment Bank Bhd pula menjangkakan harga MSM kekal rendah pada Oktober 2026 dengan purata sekitar RM4,518 setan, susut 2.1 peratus berbanding bulan sebelumnya.
Kebarangkalian berlakunya fenomena El Niño kini meningkat kepada 90 peratus, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap kemungkinan gangguan bekalan.
Namun, paras stok yang kekal tinggi dijangka menyebabkan harga bergerak dalam julat terhad.
MBSB berkata, risiko penurunan harga dalam tempoh terdekat sebahagian besarnya didorong faktor permintaan.
Paras stok mungkin kekal sekitar tahap psikologi penting tiga juta tan dan boleh menghampiri empat juta tan sekiranya pengeluaran terus meningkat, sekali gus mengehadkan potensi kenaikan harga.
CIMB Securities Sdn Bhd pula mengunjurkan harga MSM didagangkan antara RM4,400 hingga RM4,600 setan dalam tempoh terdekat, walaupun paras inventori tinggi boleh mengehadkan kenaikan harga.
Menurut firma itu, harga tenaga lebih tinggi meningkatkan daya maju ekonomi biodiesel.
Pada masa sama, keadaan cuaca kering berpanjangan dan jerebu di beberapa kawasan di Indonesia serta Malaysia, ditambah pengurangan penggunaan baja, mungkin menjejaskan pengeluaran minyak sawit mulai 2027.
Pasaran hadapan turut memberi petunjuk bekalan dijangka lebih terhad apabila kontrak niaga hadapan minyak sawit bagi April hingga Mei 2027 didagangkan pada premium melebihi RM494 setan berbanding kontrak Disember 2026.
Gangguan penghantaran dari perairan Laut Hitam juga berpotensi menyokong permintaan minyak sawit.
CIMB Securities merujuk kepada episod El Niño pada 2015 dan 2016 apabila kemarau teruk di Indonesia serta Malaysia mengurangkan pengeluaran minyak sawit, diikuti penyusutan inventori pada separuh kedua 2016.
Firma itu mengekalkan unjuran harga MSM masing-masing pada RM4,450 setan bagi 2026 dan RM4,550 setan bagi 2027, selain mengulangi penarafan wajaran tinggi untuk sektor perladangan.
Apex Securities Bhd pula menganggarkan pengeluaran kumulatif MSM sehingga September sudah mencapai 71 peratus daripada unjuran keseluruhan 2026 sebanyak 20.7 juta tan.
Firma itu mengekalkan unjuran pengeluaran bagi 2026, namun menjangkakan kesan tertangguh fenomena El Niño mungkin menjejaskan pengeluaran pada separuh pertama 2027.
"Kami mengekalkan unjuran purata harga MSM bagi 2026 pada RM4,500 setan, RM4,800 setan bagi separuh pertama 2027, dan RM4,600 bagi separuh kedua 2027," menurut Apex Securities.
Firma itu berkata, kenaikan gaji minimum menerusi Belanjawan 2027 kepada RM2,000 daripada RM1,700, yang berkuat kuasa mulai Jun 2027, menjadi faktor pertimbangan utama bagi sektor perladangan.
Kenaikan 17.6 peratus itu boleh memberi tekanan kepada pendapatan syarikat perladangan dan menjejaskan keuntungan bersih antara dua hingga 10 peratus.
"Walaupun Belanjawan 2027 merangkumi langkah-langkah lain, seperti komitmen berterusan terhadap pembangunan industri dan tuntutan semula cukai jualan pembuatan, kenaikan gaji minimum itu berkemungkinan memberi impak paling ketara kepada sektor berkenaan," menurut Apex Securities.
– BERNAMA
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian15:52
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.