Malaysian Attention Engine
Live wire
58SPRM kerjasama dengan PDRM teliti isu MyEG54General : Haze: STAM, STPM Examinations In Pahang To Proceed As Scheduled45General : MACC Freezes Assets Worth RM1.27 Billion Since 2022 – Kulasegaran45General : Riyadh Attack: Activities In Makkah, Madinah Proceed As Usual45Muslim man nabbed for allegedly participating in non-Islamic ritual45Garis panduan ketelusan royalti muzik tertangguh, tiga CMO fail semakan kehakiman44Saya tetap berdoa dapat jodoh terbaik – Nora Danish44SEADRILL - Seadrill Announces Contract Awards and...44Lelaki pukul bekas teman wanita dipenjara 6 bulan42Business : Malaysia Targets MEUFTA Signing By End-June 2027 - Johari41Dr Mahathir sudah semakin sihat, lebih aktif – Marina41Five Malaysians held in Japan over RM3.1mil cocaine haul hidden in shoes
NewConfirmedupdated 41 min ago

Saya tetap berdoa dapat jodoh terbaik – Nora Danish

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
45
no previous hour
Momentum
48
2 vs 0 mentions/h
Sources
3
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 13 Oct, 17:59 MYTLatest activity 13 Oct, 18:05BMconfidence 84%

What happened

GOMBAK: Dua kali melalui kegagalan rumah tangga tidak pernah memadamkan impian pelakon dan usahawan, Nora Danish, 44, untuk kembali mengecap kebahagiaan bersama pasangan hidup, malah doa untuk dipertemukan dengan lelaki beriman yang mampu membimbingnya terus menjadi sandaran. (Berita Harian, 17:59)

Read the reporting

2 reports
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Saya tetap berdoa dapat jodoh terbaik – Nora Danish

By Affan Rostam · 13 Oct, 17:59 MYT

GOMBAK: Dua kali melalui kegagalan rumah tangga tidak pernah memadamkan impian pelakon dan usahawan, Nora Danish, 44, untuk kembali mengecap kebahagiaan bersama pasangan hidup, malah doa untuk dipertemukan dengan lelaki beriman yang mampu membimbingnya terus menjadi sandaran.

Bagaimanapun, berbeza dengan fasa kehidupannya sebelum ini yang lebih bersungguh-sungguh mencari teman hidup, Nora kini memilih untuk memberi tumpuan kepada usaha memperbaiki diri, selain menyerahkan urusan jodoh sepenuhnya kepada ketentuan Allah SWT.

Mengakui impian untuk kembali berumah tangga masih ada, Nora berkata, dia percaya setiap wanita mendambakan suami beriman yang mampu menjadi pembimbing dalam kehidupan.

"Sebenarnya, idaman setiap wanita adalah untuk mendapatkan suami yang beriman. Kalau dapat, Alhamdulillah.

"Cuma, kadang-kadang apa yang saya kongsikan di Threads atau media sosial adalah untuk mendekatkan diri dengan peminat dan pengikut. Itu sahaja, supaya ada interaksi dua hala.

"Tetapi dari segi peribadi, saya lebih fokus kepada diri sendiri sekarang, terutama dalam fasa kehidupan saya ketika ini. Kalau dahulu, memang saya mencari kerana saya rasa perlukan teman," katanya.

Nora ditemui ketika penggambaran drama TV3, Perempuan Sesudah Lafaz, di Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI), di sini, hari ini.

Biarpun perjalanan cintanya tidak selalu berakhir seperti yang diimpikan, Nora tidak menafikan kebahagiaan pasangan selebriti seperti Neelofa dan PU Riz serta Bella Astillah dan Syed Saddiq menjadi inspirasi buat dirinya.

Bagaimanapun, pelakon itu sedar perjalanan setiap individu dalam mencari pasangan hidup berbeza dan tidak semestinya berakhir dengan kisah yang serupa.

"Apabila pergi ke acara Neelofa dan melihat dia bersama suami, atau melihat pasangan seperti Bella Astillah dan Syed Saddiq, kita boleh menjadikan mereka sebagai inspirasi.

"Tetapi untuk mendapatkan hubungan seperti yang mereka miliki, mungkin kita akan dapat, mungkin juga tidak. Kita hanya mampu berdoa untuk yang terbaik.

"Gagal dalam perkahwinan itu perkara biasa. Itu ujian kehidupan. Kalau kali ketiga saya berkahwin, mungkin saya gagal lagi, mungkin juga tidak.

"Semua itu lumrah kehidupan. Hendak mendapatkan pasangan yang sempurna memang sukar," katanya.

Mengulas sama ada masih terbuka untuk kembali menjalin hubungan cinta, Nora menegaskan, pintu hatinya tidak pernah tertutup untuk menerima kehadiran insan baharu.

Malah, pelakon itu mengakui dirinya seorang yang hopeless romantic dan percaya cinta tetap menjadi sebahagian penting dalam kehidupannya, biarpun kini lebih selesa mengutamakan diri sendiri.

"Tidak pernah (tutup pintu hati). Saya seorang yang hopeless romantic. Bagi saya, percintaan itu perlu. Malah, pemilihan filem saya pun kebanyakannya berkisarkan kisah romantik.

"Jadi, Nora memang memerlukan cinta dalam kehidupan. Saya tidak pernah menutup hati dan sentiasa berdoa supaya Allah memberikan jodoh yang terbaik untuk saya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Nora membintangi drama Perempuan Sesudah Lafaz arahan Nizam Zakaria yang bakal disiarkan TV3 tidak lama lagi.

Drama itu turut menampilkan Yusuf Bahrin, Riena Diana, Puteri Aishah, Syazwan Zulkifli dan Muhsin Nadzli.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Berita Harian’s feed.Read at Berita Harian

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • 2 independent sources, 2 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 45first news pick-upNEWnow
Latest 18:41 MYT
45New
Mentions / h2Velocity0.03/minSources3Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Berita Harian (News)
13 Oct, 17:59 MYT
Origin confidence 60% · 7 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    17:59

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (3)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.