Malaysian Attention Engine
Live wire
61Lelaki tular lakukan perbuatan tidak senonoh pada kucing ditahan54Kes berkait Lee Zii Jia dan keluarga selesai secara baik54Anwar dijadual beri penjelasan isu 'mafia korporat', rasuah FELDA di Dewan Rakyat esok49Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi46FAM dijangka meterai MoU dengan 2 penaja baharu45Amirudin teliti pembubaran PN, tak jejas CSA Bersatu kerajaan negeri44General : Corporate Mafia: RM4.3 Billion Frozen, RM1 Billion Seized Since Late 2022 - PM Anwar44Business : National Carmakers To Sustain 2026 Sales Momentum - HLIB Research44Kerajaan tak pernah keluar arahan tangguh siasat kes Felda43Anwar akui kelemahan proses pelaburan KWAP di Jakarta42General : Gombak-Kota Bharu ECRL Tickets To Start At RM125, Sales Begin Mid-November42Dagangan Malaysia catat pencapaian luar biasa sembilan bulan pertama 2026
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Bekas guru buktikan wanita mampu takluk puncak dunia

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 10:22 MYTLatest activity 20 Oct, 10:22BMconfidence 60%

What happened

BERDIRI megah di puncak dua gunung ikonik dunia yang merentasi benua Afrika dan Eropah bukan sekadar pencapaian peribadi buat Claire George, 48, sebaliknya bukti keberanian mencabar diri tidak mengenal usia. (Berita Harian, 10:22)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·3 min read

Bekas guru buktikan wanita mampu takluk puncak dunia

By Samadi Ahmad · 20 Oct, 10:22 MYT

BERDIRI megah di puncak dua gunung ikonik dunia yang merentasi benua Afrika dan Eropah bukan sekadar pencapaian peribadi buat Claire George, 48, sebaliknya bukti keberanian mencabar diri tidak mengenal usia.

Wanita kelahiran Sabah yang juga bekas guru Bahasa Inggeris itu berjaya menakluki Gunung Kilimanjaro di Tanzania pada ketinggian 5,895 meter (m) dan Gunung Elbrus di Russia setinggi 5,642m selepas menjadikan aktiviti pendakian sebagai sebahagian daripada kehidupan selepas bersara.

Bagi Claire, setiap langkah menuju ke puncak bukan hanya menguji kekuatan fizikal, malah mengajar erti kesabaran, disiplin, kerjasama serta kepentingan keselamatan dan keluarga yang sentiasa menanti kepulangannya.

"Saya mula aktif dalam aktiviti lasak kira-kira tiga tahun lalu selepas bersara. Saya mahu mencabar diri, pada masa sama, mengisi masa lapang dengan aktiviti yang sihat.

"Namun, setiap kali menyertai pendakian, suami dan anak-anak menjadi sumber kekuatan terbesar kerana mereka sentiasa memberikan sokongan dan dorongan," katanya.

Ibu kepada dua cahaya mata itu berkata, setiap ekspedisi membawa pengalaman berbeza kerana setiap gunung mempunyai cabaran tersendiri.

Menurutnya, pengalaman mendaki turut mengajarnya supaya tidak terlalu mengejar puncak sehingga mengabaikan keselamatan diri.

"Prinsip saya tidak pernah berubah. Yang paling penting bukan sekadar sampai ke puncak, tetapi pulang semula dengan selamat dan bertemu keluarga.

"Gunung tidak akan ke mana-mana, tetapi keselamatan kita perlu menjadi keutamaan," katanya.

Sebelum menguji kemampuan pada peringkat antarabangsa, Claire terlebih dahulu membina pengalaman dengan menakluki pelbagai gunung di tanah air, termasuk Gunung Kinabalu yang sudah didakinya sebanyak tujuh kali, selain Gunung Sinsing-Kaingaran, Tambuyukon, Murud, Batu Puteh, Yong Yap dan Semangkok.

Katanya, sejak berjinak-jinak dengan dunia pendakian, dia tidak pernah menyangka hobi itu membawanya ke dua puncak tertinggi di Afrika dan Eropah.

"Sememangnya saya sukakan cabaran, pada masa sama, dapat menikmati keindahan alam semula jadi. Setiap pendakian memberi pengalaman baharu dan membuatkan saya lebih mengenali kemampuan diri sendiri," katanya.

Menurut Claire, faktor usia bukan penghalang untuk seseorang mencabar diri dalam aktiviti pendakian, asalkan persediaan dilakukan dengan baik serta mempunyai stamina dan tahap kesihatan yang sesuai.

Baginya, pendakian bukan sekadar aktiviti fizikal, sebaliknya proses membentuk kekuatan dalaman, melatih kesabaran, kerjasama, disiplin dan fokus.

Bercerita mengenai Kilimanjaro dan Elbrus, Claire berkata, ketinggian sesebuah gunung bukan ukuran mutlak tahap kesukarannya.

Walaupun Kilimanjaro hampir 300m lebih tinggi berbanding Elbrus, pengalaman mendaki Elbrus jauh lebih mencabar kerana memerlukan kemahiran teknikal, disiplin serta ketahanan mental lebih tinggi.

Impi daki Gunung Aconcagua

Pengalaman paling mendebarkan berlaku ketika mendaki Elbrus bersama jurupandu apabila seorang pendaki di belakangnya terjatuh di laluan ais dan meluncur ke bawah.

"Dalam keadaan sedemikian, kesilapan kecil mampu mengundang padah. Permukaan ais yang licin, angin kencang dan altitud tinggi menjadikan setiap langkah perlu dilakukan dengan penuh berhati-hati," katanya.

Claire berkata, sebelum menyertai ekspedisi, dia membuat persediaan, termasuk membaca pengalaman pendaki terdahulu bagi memahami cabaran yang bakal dihadapi.

Beliau turut aktif dalam aktiviti pendakian di bawah kelolaan bekas pendaki Everest, Azim Afif Ishak, selain bersama kumpulan pendaki wanita yang menjalankan ekspedisi dalam dan luar negara.

Katanya, persaraan membuka ruang untuk meneroka dunia yang sebelum ini terbatas kerana tuntutan kerjaya.

"Dulu ketika bertugas sebagai guru, saya tidak mempunyai banyak masa. Selepas bersara, saya boleh memberi lebih tumpuan kepada hobi dan melihat keindahan alam," katanya.

Selagi diberikan kesihatan dan kemampuan, Claire belum berhasrat meninggalkan dunia pendakian. Selepas Kilimanjaro dan Elbrus, dia memasang impian mendaki Gunung Aconcagua di Argentina, puncak tertinggi Amerika Selatan pada ketinggian 6,961 meter.

"Selagi masih sihat, saya akan teruskan. Saya mahu mencabar diri, tetapi bukan untuk membuktikan sesuatu kepada orang lain.

"Saya mahu melihat sejauh mana kemampuan diri, menikmati keindahan alam, pada masa sama, memastikan setiap perjalanan membawa saya pulang dengan selamat kepada keluarga," katanya.

Claire berkata, puncak ditawan mungkin menjadi kenangan, namun pengalaman sepanjang perjalanan itulah yang membentuk dirinya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow11:00
Latest 11:46 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
20 Oct, 10:22 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    10:22

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.