
Belum sempat pecah rumah, perompak lari disergah CCTV
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KOTA TINGGI – Cubaan sekumpulan individu memecah masuk sebuah rumah di Felda Lok Heng Selatan di sini gagal apabila mereka bertempiaran melarikan diri selepas disergah menerusi mikrofon kamera litar tertutup (CCTV), awal pagi Isnin.Kejadian kira-kira jam 4.20 pagi itu disedari pemilik rumah selepas menerima notifikasi daripada sistem CCTV yang mengesan kehadiran beberapa individu mencurigakan di kawasan kediaman berkenaan.Menerusi hantaran yang tular di Facebook Orang Kota Tinggi, seorang wanita mendakwa rumah bapanya yang tidak berpenghuni ketika kejadian menjadi sasaran kumpulan terbabit.Men (Sinar Harian, 10:15)
Read the reporting
3 reportsBelum sempat pecah rumah, perompak lari disergah CCTV
KOTA TINGGI – Cubaan sekumpulan individu memecah masuk sebuah rumah di Felda Lok Heng Selatan di sini gagal apabila mereka bertempiaran melarikan diri selepas disergah menerusi mikrofon kamera litar tertutup (CCTV), awal pagi Isnin.Kejadian kira-kira jam 4.20 pagi itu disedari pemilik rumah selepas menerima notifikasi daripada sistem CCTV yang mengesan kehadiran beberapa individu mencurigakan di kawasan kediaman berkenaan.Menerusi hantaran yang tular di Facebook Orang Kota Tinggi, seorang wanita mendakwa rumah bapanya yang tidak berpenghuni ketika kejadian menjadi sasaran kumpulan terbabit.Menurutnya, tindakan pantas menyergah suspek melalui mikrofon CCTV menyebabkan mereka melarikan diri sebelum sempat melakukan sebarang jenayah."Alhamdulillah, kami dapat notifikasi CCTV mengenai kehadiran mereka lebih awal dan sempat menyergah mereka melalui mikrofon CCTV sebelum semua terus bertempiaran lari."Mohon semua, terutama penduduk di kawasan sekitar, sentiasa berhati-hati dan lebih peka dengan keadaan sekeliling," katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihak polis mengesan video tular berhubung kejadian tersebut yang dimuat naik di media sosial kira-kira jam 3 petang Isnin.Menurutnya, polis turut menerima laporan daripada seorang wanita tempatan yang merupakan pemilik rumah berkenaan."Kes ini masih dalam siasatan dan orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada mana-mana pihak," katanya dalam satu kenyataan.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 453 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menceroboh rumah serta Seksyen 511 Kanun Keseksaan kerana cubaan melakukan kesalahan.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Hotline Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi di talian 07-883 7222 bagi membantu siasatan.
Why it is accelerating
- 3 mentions in the last hour after none the hour before
- 4 independent sources, 4 new in the last hour
- Driven by news coverage (4 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian10:15
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 4 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro, Kosmo!, Sinar Harian
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (4)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.