Malaysian Attention Engine
Live wire
52‘Suami arwah hubungi adik, dia sudah bunuh isteri’5012 rakyat Palestin, wartawan AS cedera dalam serangan peneroka Israel di Tebing Barat4727 mangsa dipindahkan ke PPS SK Seri Penanti40Politics : BN Candidates List For Melaka: State Election To Be Announced On Oct 28 - Ab Rauf40Koperal polis parah ditetak suspek ketika operasi antidadah39World : OIC Foreign Ministers Discuss Regional Crises, Cooperation At Baghdad Meeting39Bursa Malaysia dijangka diniaga berhati-hati minggu depan37Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi37Gajah didakwa musnahkan tanaman, pekebun rugi lebih RM100,00036Baby’s body found in Kuala Berang drain missing head and hand, police investigating35Around 550,000 people take part in protests across France, about 400 arrested: minister35World : Man City Edge Ipswich 3-2 As Liverpool Come From Behind To Beat 9-man Brentford
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Bendung salah guna AI eksploitasi seksual

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 07:05 MYTLatest activity 18 Oct, 07:05BMconfidence 60%

What happened

Bendung salah guna AI eksploitasi seksual (Harian Metro, 07:05)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Bendung salah guna AI eksploitasi seksual

By Amir Abd Hamid · 18 Oct, 07:05 MYT

am@hmetro.com.my

Cyberjaya: Penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan kandungan palsu berunsur seksual yang membabitkan kanak-kanak dan orang dewasa perlu dibendung menerusi kerjasama semua pihak, termasuk platform digital, agensi penguat kuasa dan ibu bapa.

Ketua Pegawai Eksekutif Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF), Mediha Mahmood berkata, kemudahan menghasilkan imej atau video seksual menggunakan AI tanpa persetujuan individu jelas adalah berisiko serius terhadap maruah, privasi dan keselamatan mangsa.

Katanya, penyedia platform digital perlu mengutamakan keselamatan pengguna sejak peringkat reka bentuk perkhidmatan, termasuk menerusi ciri perlindungan yang diaktifkan secara lalai bagi mengurangkan risiko penyalahgunaan teknologi.

"Platform perlu memastikan perkhidmatan yang ditawarkan tidak mudah disalahgunakan, termasuk dengan meneliti sekatan penggunaan aplikasi AI oleh kanak-kanak serta ciri manipulasi imej yang mengambil kira keperluan persetujuan individu

"Ibu bapa perlu memantau penggunaan peranti dan aplikasi digital oleh anak-anak serta memahami ciri keselamatan yang disediakan platform bagi melindungi mereka daripada risiko eksploitasi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi media mengenai penyalahgunaan AI dan perlindungan maruah di ruang digital di Ibu Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), di sini.

Mediha berkata, pendidikan dan kesedaran juga penting kerana masih ada ibu bapa yang tidak mengetahui risiko penggunaan AI serta cara mengaktifkan ciri keselamatan untuk anak-anak.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan semula kandungan seksual palsu, termasuk melalui aplikasi pesanan atau kumpulan WhatsApp, walaupun bertujuan memberi amaran kepada orang lain.

"Apabila kita berkongsi semula, kita sebenarnya menerbitkan semula kandungan itu dan boleh dipertanggungjawabkan terhadap penerbitan berkenaan.

"Jangan sebarkan semula perkara yang sepatutnya tidak dikongsi. Buat aduan kepada platform dan jika tiada tindakan, laporkan kepada MCMC atau CMCF. Jika membabitkan jenayah, laporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya.

Mediha berkata, orang ramai juga tidak sepatutnya menganggap sesuatu kes tidak boleh dilaporkan hanya kerana pautan kandungan sudah dipadam, kerana pihak berkuasa masih boleh berusaha mendapatkan bukti digital untuk siasatan.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, CMCF sedang menambah baik Kod Kandungan dengan memasukkan peruntukan berkaitan AI dalam edisi baharu yang dirancang, selain menyasarkan penerbitan garis panduan kandungan AI pada 2027.

Katanya, garis panduan itu akan meneliti amalan terbaik dan piawaian berkaitan kandungan AI, yang juga termasuk membabitkan kanak-kanak dan pengiklanan, dengan pandangan industri serta orang awam turut akan diambil kira.

Beliau menegaskan, usaha membendung penyalahgunaan AI memerlukan kerjasama rentas agensi serta penglibatan penyedia perkhidmatan, pertubuhan bukan kerajaan, ibu bapa, guru dan masyarakat bagi memastikan ruang digital lebih selamat.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 07:38 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
18 Oct, 07:05 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    07:05

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Bendung salah guna AI eksploitasi seksual
Harian MetroNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.