Malaysian Attention Engine
Live wire
53Perselisihan rumah tangga disyaki jadi punca51'Saya akui itu adalah suatu kesalahan...' - Nik Nazmi akui ditahan JAIS48General : Selangor KPDN Investigates 10 Complaints Of Suspected Water-mixed Petrol46Baki penerima bantuan khas pemandu akan dibayar melalui EFT - Anthony Loke44Slain border agency officer’s remains to be buried in Tumpat tonight, says home minister4475 peratus tahanan 41 penjara terlibat kes dadah42Dua beranak sesat ketika cari akar kayu di Besut40Jerebu: TASKA masih beroperasi tanpa aktiviti luar - Nancy39Majlis Keselamatan PBB adakan pusingan keenam pungutan suara pilih Setiausaha Agung Baharu39Agong seru rakyat tolak fitnah, kebencian di media sosial39PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang39Nik Nazmi akui ditahan JAIS, nafi perbuatan sumbang, mohon maaf
NewConfirmedupdated 8 min ago

Gajah didakwa musnahkan tanaman, pekebun rugi lebih RM100,000

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
35
no previous hour
Momentum
40
1 vs 0 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 12:31 MYTLatest activity 17 Oct, 16:05BMconfidence 74%

What happened

DUNGUN: Pekebun di Kampung Tepus dekat sini mengalami kerugian lebih RM100,000 selepas kawasan kebun mereka dipercayai diceroboh seekor gajah liar sejak tahun lalu. (Berita Harian, 12:31)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·1 min read

Gajah didakwa musnahkan tanaman, pekebun rugi lebih RM100,000

By BERNAMA · 17 Oct, 12:31 MYT

DUNGUN: Pekebun di Kampung Tepus dekat sini mengalami kerugian lebih RM100,000 selepas kawasan kebun mereka dipercayai diceroboh seekor gajah liar sejak tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Tepus, Mat Zaid Abdulah, 56, berkata kerugian berkenaan membabitkan kemusnahan tanaman kelapa sawit, pisang dan kelapa yang diusahakan di kebun seluas lebih 12 hektar, termasuk yang sudah mengeluarkan hasil.

"Malah pada tahun ini, gajah liar itu menceroboh kawasan kebun lebih 10 kali, menyebabkan sebahagian pekebun tidak lagi berminat mengusahakan kebun mereka kerana tidak sanggup menanggung kerugian berulang.

"Kejadian terbaharu berlaku Rabu lalu apabila haiwan berkenaan memasuki dan memusnahkan kebun pisang yang diusahakan dua pekebun," katanya ketika ditemui di Kampung Tepus di sini, hari ini.

Mat Zaid berkata, pekebun juga bimbang terhadap keselamatan diri berikutan haiwan liar itu dipercayai masih berkeliaran di kawasan berkenaan.

Beliau berkata, kemunculan gajah liar berkenaan sudah dilapor kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dan berharap tindakan segera diambil bagi menangani masalah itu bagi mengelak pekebun menanggung kerugian lebih besar.

"Saya bimbang lebih banyak kebun penduduk akan mengalami kerosakan dan pekebun menanggung kerugian lebih besar sekiranya tiada tindakan segera diambil bagi menangani masalah gajah liar itu," katanya.

Seorang penduduk, Ahmad Nazri Mat Hasam, 58, berkata gajah liar berkenaan dikesan memasuki kebun berhampiran rumah penduduk, sekali gus menimbulkan kebimbangan haiwan itu boleh mengancam keselamatan dan nyawa penduduk.

"Keadaan kampung kini sunyi pada waktu malam apabila penduduk tidak berani keluar rumah kerana bimbang terserempak gajah liar yang sentiasa berkeliaran di kawasan berdekatan kampung," katanya.

Sementara itu, Pengarah PERHILITAN Terengganu, Dennis Ten Choon Yung, ketika dihubungi berkata pihaknya akan mengambil tindakan susulan berhubung pencerobohan gajah liar di kampung berkenaan.

Katanya, ia bagi mengelak pekebun menanggung kerugian lebih besar dan memastikan keselamatan penduduk terjamin. – BERNAMA

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • 2 independent sources, 1 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 35first news pick-upNEWnow13:0014:0015:0016:00
Latest 16:10 MYT
35New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Astro Awani (BM)) source

Where it started

Berita Harian (News)
17 Oct, 12:31 MYT
Origin confidence 90% · 215 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    12:31

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Astro Awani (BM), Berita Harian

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Gajah didakwa musnahkan tanaman, pekebun rugi lebih RM100,000 · Malaysian Attention Engine