
Bursa Malaysia dijangka diniaga berhati-hati minggu depan
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Bursa Malaysia dijangka diniaga berhati-hati minggu depan (Google News Malaysia (BM), 10:37)
Read the reporting
1 report
Bursa Malaysia dijangka diniaga berhati-hati minggu depan
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dijangka diniagakan berhati-hati pada minggu hadapan, dengan pelabur mengambil sikap yang terkawal dan membina dalam mendepani perkembangan domestik, dalam persekitaran ketidakpastian luaran serta sentimen pasaran serantau yang berbeza.
Ketua Penyelidikan Berjaya Research Sdn Bhd, Kenneth Leong, berkata pelabur akan memantau permulaan musim laporan pendapatan korporat Amerika Syarikat (AS) bagi mendapatkan petunjuk lanjut mengenai keuntungan korporat serta daya tahan ekonomi global.
"Sentimen pasaran dijangka kekal berhati-hati, dengan penanda aras pasaran berkemungkinan dipengaruhi oleh prestasi pasaran serantau serta perkembangan semasa di Asia Barat," katanya kepada Bernama.
Bagi minggu dagangan yang berakhir semalam, Bursa Malaysia kebanyakannya didagang lebih tinggi, didorong oleh keyakinan pasaran dan aktiviti belian berterusan susulan pengumuman Belanjawan 2027, sebelum mengalami penyusutan pada Khamis dan Jumaat akibat tindakan pelabur mengambil keuntungan.
Bagi tempoh Jumaat ke Jumaat, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.69 mata kepada 1,607.76 daripada paras 1,608.45 pada minggu sebelumnya.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 106.56 mata kepada 11,992.27, Indeks FBM Top 100 turun 84.63 mata kepada 11,786.77, manakala Indeks FBM Emas Shariah merosot 209.91 mata kepada 11,919.98.
Indeks FBM ACE berkurangan 223.52 mata kepada 5,431.05 manakala Indeks FBM Mid 70 menguncup 457.17 mata kepada 17,225.94.
Mengikut sektor, Indeks Tenaga susut sebanyak 17.57 mata kepada 821.0, Indeks Perladangan merosot 257.38 mata kepada 8,632.88, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 7.96 mata kepada 172.79 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 327.0 mata kepada 18,862.82.
Jumlah dagangan mingguan menguncup kepada 16.41 bilion unit bernilai RM15.57 bilion daripada 19.63 bilion unit bernilai RM15.72 bilion pada minggu sebelumnya.
Jumlah dagangan Pasaran Utama susut kepada 9.58 bilion unit bernilai RM13.89 bilion daripada 11.86 bilion unit bernilai RM13.68 bilion sebelumnya.
Jumlah dagangan waran merosot kepada 4.23 bilion unit bernilai RM573.41 juta daripada 4.91 bilion unit bernilai RM816.07 juta.
Jumlah dagangan Pasaran ACE berkurangan kepada 2.60 bilion unit bernilai RM1.01 bilion daripada 2.86 bilion unit bernilai RM1.22 bilion pada minggu sebelumnya. - BERNAMA
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsGoogle News Malaysia (BM)10:37
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM)
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.