Malaysian Attention Engine
Live wire
53World : New White House Press Secretary Katie Zacharia Steps Down46Dua beranak sesat ketika cari akar kayu di Besut45Agong seru rakyat tolak fitnah, kebencian di media sosial44Akses pembiayaan, latihan perdagangan penting jadikan Malaysia hab petroleum serantau42Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Johor Jaya – TNB41Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi41Pemimpin kanan parti politik ditangkap khalwat40Singapura keluar notis amaran kepada 7 syarikat Indonesia dikenal pasti jadi punca jerebu35Bukit Aman probing Filipino, Bangsamoro links in Laos meth bust35Polis buru suspek curi kabel MRT34‘Bonet sampai terangkat’ – Wany Hasrita cemas kemalangan34PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Bentuk juga jiwa, bukan sekadar ilmu

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 09:28 MYTLatest activity 17 Oct, 09:28BMconfidence 60%

What happened

Apabila kita membaca berita tentang pergaduhan, buli, kecederaan serius sehingga kehilangan nyawa yang melibatkan pelajar sekolah, hati pasti tertanya-tanya: apakah yang sedang berlaku kepada anak-anak kita? Lebih mudah untuk menuding jari. Ibu bapa menyalahkan sekolah, sekolah dipersalahkan masyarakat, masyarakat menyalahkan media sosial dan teknologi, manakala sistem pendidikan pula menjadi sasaran. Namun, jika benar kita mahu mencari penyelesaian, soalan yang lebih penting bukan sekadar "salah siapa?", tetapi "apakah tanggungjawab kita yang telah terabai?" (Harian Metro, 09:28)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·5 min read

Bentuk juga jiwa, bukan sekadar ilmu

By Prof Madya Dr Azlan Shaiful Baharum · 17 Oct, 09:28 MYT

Apabila kita membaca berita tentang pergaduhan, buli, kecederaan serius sehingga kehilangan nyawa yang melibatkan pelajar sekolah, hati pasti tertanya-tanya: apakah yang sedang berlaku kepada anak-anak kita? Lebih mudah untuk menuding jari. Ibu bapa menyalahkan sekolah, sekolah dipersalahkan masyarakat, masyarakat menyalahkan media sosial dan teknologi, manakala sistem pendidikan pula menjadi sasaran. Namun, jika benar kita mahu mencari penyelesaian, soalan yang lebih penting bukan sekadar "salah siapa?", tetapi "apakah tanggungjawab kita yang telah terabai?"

Beberapa insiden keganasan membabitkan murid yang dilaporkan kebelakangan ini wajar menjadi loceng amaran. Dalam kes yang masih disiasat pihak berkuasa, masyarakat wajib mengelakkan spekulasi dan menghormati proses undang-undang. Namun, tanpa mendahului siasatan, kita tetap perlu bermuhasabah: sekolah sepatutnya menjadi tempat menuntut ilmu dan membina manusia, bukan ruang yang ditakuti dan dibimbangi oleh anak-anak dan ibubapa.

Islam meletakkan nyawa manusia pada kedudukan yang sangat tinggi. Allah SWT berfirman dalam Surah al-Ma'idah ayat 32 bahawa sesiapa yang membunuh satu jiwa tanpa hak, seolah-olah dia telah membunuh seluruh manusia dan sesiapa yang menyelamatkan satu nyawa, seolah-olah dia telah menyelamatkan seluruh manusia. Ayat ini mendidik kita bahawa keganasan bukan perkara kecil. Nyawa bukan bahan gurauan, kemarahan tidak boleh menjadi lesen untuk mencederakan dan dendam tidak boleh mengatasi nilai kemanusiaan.

Sebab itu pendidikan anak tidak boleh hanya diukur dengan markah peperiksaan. Kita boleh menghasilkan murid yang mendapat semua A, tetapi jika gagal mengajar mereka mengawal amarah dan emosi melampau, menghormati orang lain, menerima teguran dan memahami dosa menzalimi manusia, pendidikan itu masih belum sempurna. Rasulullah SAW bersabda: "Orang yang kuat bukanlah yang menang dalam bergusti, tetapi orang yang mampu menguasai dirinya ketika marah." (Riwayat al-Bukhari) Inilah kecerdasan yang sangat diperlukan generasi hari ini - bukan sahaja kecerdasan akademik, tetapi kekuatan mengawal emosi dan tindakan.

Allah SWT memberikan satu model pendidikan yang indah melalui nasihat Luqman kepada anaknya. Dalam Surah Luqman ayat 13 hingga 19, pendidikan dimulakan dengan tauhid, kemudian kesedaran bahawa setiap perbuatan diperhatikan Allah, mendirikan solat, menyeru kepada kebaikan, bersabar, menjauhi kesombongan dan merendahkan suara. Susunannya cukup bermakna. Anak tidak hanya diberitahu apa yang tidak boleh dilakukan, tetapi dibina jiwa yang mengetahui siapa Tuhannya, memahami pertanggungjawaban dan belajar beradab dengan manusia.

Di sinilah ibu bapa memikul amanah dan tanggungjawab pertama. Allah SWT berfirman: "Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka." (Surah al-Tahrim: 6) Ibn Kathir ketika menghuraikan ayat ini membawa penjelasan salaf bahawa seseorang hendaklah mendidik keluarganya supaya taat kepada Allah dan menjauhi kemaksiatan. Maka menyediakan makanan, pakaian, sekolah terbaik dan gajet tercanggih belum menyempurnakan tanggungjawab keibubapaan jika jiwa anak dibiarkan membesar tanpa batas halal haram, disiplin dan kasih sayang. Kadang-kadang ibu bapa telah berikan yang terbaik, anak-anak pula terlalu mengikut jiwa dan gejolak dalam diri yang membawa kepada kemusnahan masa depan.

Namun, jangan pula semua kesalahan dicampakkan kepada ibu bapa. Guru juga mempunyai amanah besar, tetapi guru bukan ahli silap mata yang mampu membaiki dalam beberapa jam apa yang dibentuk bertahun-tahun di rumah dan persekitaran. Pada masa sama, sekolah tidak boleh melihat tanda-tanda buli, penghinaan, ugutan atau perubahan tingkah laku sebagai perkara remeh.

Pencegahan mesti bermula sebelum suatu tindakan menjadi tragedi. Saluran aduan perlu dipercayai, murid yang takut mesti berasa selamat untuk bersuara dan guru perlu mendapat sokongan sewajarnya untuk menjalankan fungsi pendidikan serta disiplin. Ya, tugasan guru sudah melebihi hadnya, dengan segala sistem dan bebanan tugasan yang begitu menkan. Sesuatu perlu dilakukan pihak berwajib secara tuntas berkenaan perkara ini.

Al-Quran sudah meletakkan asas pencegahan buli jauh sebelum istilah ini digunakan secara meluas. Allah melarang manusia memperolok-olokkan orang lain, mencela dan memanggil dengan gelaran yang buruk dalam Surah al-Hujurat ayat 11 . Ejekan yang dianggap 'sekadar bergurau' boleh meninggalkan luka emosi yang dalam dan panjang. Kata-kata menghina, memalukan seseorang di hadapan rakan atau menjadikannya bahan kandungan media sosial bukan budaya yang boleh dinormalisasikan.

Masyarakat juga tidak terlepas daripada tanggungjawab. Kita hidup dalam zaman apabila kanak-kanak boleh menyaksikan keganasan, penghinaan, bahasa kasar dan budaya mempermalukan orang lain hanya melalui skrin di tangan mereka. Teknologi bukan musuh, tetapi teknologi tanpa bimbingan boleh mempercepatkan kematangan palsu tanpa kematangan jiwa. Anak mungkin tahu banyak perkara lebih awal, namun belum tentu mempunyai kebijaksanaan untuk menilai apa yang dilihatnya.

Rasulullah SAW mengingatkan bahawa setiap kita ialah pemimpin dan setiap kita akan ditanya mengenai apa yang dipimpin. Seorang pemimpin bertanggungjawab terhadap rakyatnya, seorang lelaki terhadap keluarganya dan seorang wanita terhadap rumah serta anak-anaknya. (Riwayat al-Bukhari) Hadis ini mematahkan budaya saling menuding. Pendidikan generasi ialah amanah bersama.

Sistem pendidikan pula perlu terus menyeimbangkan kecemerlangan ilmu dengan pembinaan insan. Pendidikan akhlak tidak memadai sekadar satu tajuk dalam buku teks. Nilai menghormati nyawa, mengurus kemarahan, menyelesaikan konflik, meminta maaf, menerima perbezaan dan berempati mesti hidup dalam budaya sekolah. Dalam mendisiplinkan pula, Islam tidak mengajar kekasaran sebagai jalan utama. Nabi SAW bersabda bahawa Allah itu Maha Lembut dan menyukai kelembutan, serta memberikan melalui kelembutan apa yang tidak diberikan melalui kekerasan. (Riwayat Muslim)

Kita tidak akan menyelesaikan masalah salah laku murid hanya dengan mencari siapa yang patut dipersalahkan selepas tragedi berlaku. Kita perlu kembali membina manusia sebelum berlaku kerosakan. Ibu bapa mesti hadir dalam kehidupan anak, guru mesti diperkasakan, sekolah mesti menjadi ruang selamat, masyarakat mesti berhenti menormalisasikan kekasaran dan negara mesti memastikan dasar pendidikan benar-benar memanusiakan manusia.

Anak-anak hari ini ialah aset keluarga, masyarakat, bangsa dan negara pada masa hadapan. Jangan tunggu apabila mereka melakukan kesalahan besar barulah kita bertanya di mana silapnya. Didiklah ketika mereka masih mahu mendengar, dekati ketika mereka masih mahu bercerita dan tegurlah sebelum kemarahan bertukar menjadi tindakan. Dalam zaman penuh cabaran dan fitnah ini, menyelamatkan seorang anak daripada jalan keganasan bukan sekadar menyelamatkan masa depannya - bahkan mungkin menyelamatkan nyawa orang lain. Semoga Allah SWT melindungi anak-anak kesayangan kita dari terjerumus ke lembah kehinaan dan keaiban.

Penulis Pensyarah Kanan di Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow10:00
Latest 10:50 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
17 Oct, 09:28 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    09:28

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Bentuk juga jiwa, bukan sekadar ilmu
Harian MetroNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Bentuk juga jiwa, bukan sekadar ilmu · Malaysian Attention Engine