
Polis buru suspek curi kabel MRT
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Polis buru suspek curi kabel MRT (Harian Metro, 10:14)
Read the reporting
1 report
Polis buru suspek curi kabel MRT
austin@nst.com.my
Kuala Lumpur: Polis sedang menjalankan siasatan bagi mengesan individu yang disyaki mencuri kabel berhampiran landasan Transit Aliran Massa (MRT) antara stesen Phileo Damansara dan Pusat Bandar Damansara, semalam.
Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook, berkata kejadian itu dikesan selepas seorang juruteknik berusia 27 tahun menemui beberapa gulung kabel yang sudah dipotong ketika menjalankan rondaan rutin bersama anggota polis bantuan, 2.30 pagi.
Beliau berkata, kabel berkenaan ditemui di kawasan terbuka di sepanjang jajaran MRT, kira-kira 200 meter dari stesen Pusat Bandar Damansara.
"Juruteknik itu menemui sembilan gulung kabel tembaga kosong berukuran 150 milimeter dengan panjang keseluruhan kira-kira 90 meter, selain empat gulung kabel negatif berukuran 400 milimeter sepanjang kira-kira 12 meter.
"Hasil pemeriksaan mendapati kabel berkenaan sudah dipotong," katanya ketika dihubungi.
Hoo berkata, juruteknik terbabit bagaimanapun tidak menyaksikan kejadian pemotongan kabel itu dan tidak dapat mengesahkan pemilikan atau asal usul kabel berkenaan.
Beliau berkata, laporan polis dibuat pada 5.36 pagi susulan penemuan itu.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 511 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan cubaan mencuri. Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti individu yang terbabit serta menentukan keadaan sebenar kejadian," katanya.
Hoo turut menggesa orang ramai yang menyaksikan sebarang aktiviti mencurigakan di kawasan berkenaan atau mempunyai maklumat berkaitan kejadian supaya tampil membantu siasatan polis.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- 2 independent sources, 1 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro10:14
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 2 established outlet(s): Berita Harian, Harian Metro
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.