
Beri keselesaan tempat duduk pada orang lain
Only social or community posts, or a single source.
What happened
RAMAI di antara kita pernah menaiki bas mini dan juga bas panjang henti-henti suatu ketika dahulu. Biasanya tempat duduk yang disediakan merupakan bangku lebar untuk dua orang duduk berserta dengan tempat bersandar, kecuali bangku belakang sekali. (Utusan Malaysia, 09:00)
Read the reporting
1 report
Beri keselesaan tempat duduk pada orang lain
RAMAI di antara kita pernah menaiki bas mini dan juga bas panjang henti-henti suatu ketika dahulu. Biasanya tempat duduk yang disediakan merupakan bangku lebar untuk dua orang duduk berserta dengan tempat bersandar, kecuali bangku belakang sekali.
Setelah lama menunggu, akhirnya dapat juga menaiki bas, dengan harapan dapat duduk di bangku setelah penat berdiri tadi.
Dari jauh terlihat ada satu tempat duduk yang diduduki oleh seorang lelaki sahaja. Setelah dihampiri, rupa-rupanya lelaki tersebut sedang duduk mengangkang dengan sudut kangkangan seluas 120 darjah, seolah-olah bangku tersebut ditempah olehnya.
Perkara yang serupa pernah juga berlaku ketika menghadiri majlis perasmian, ucapan, ceramah, persidangan dan sebagainya. Saiz dan bentuk badan manusia berbeza-beza bagi orang tempatan dan luar negara.
Terasa kasihan apabila melihat ketidakselesaan para peserta, terutamanya dari luar negara, yang terpaksa duduk di kerusi plastik yang disusun rapat oleh pihak penganjur.
Sebagai panduan, jangan susun kerusi mudah alih dengan rapat antara satu dengan lain. Berikan jarak susunan yang sesuai, misalnya jarak sekaki antara sisi kerusi kanan dan kerusi kiri.
Ruang kosong di kiri dan kanan boleh digunakan untuk meletak beg dan barang-barang lain. Manakala ruang kosong di antara dua kerusi di hadapan dapat mengurangkan hadangan pemandangan peserta di belakang.
Bagi kerusi hadapan dan belakang, berikan jarak dua setengah kaki di antaranya. Ini membolehkan peserta mudah untuk keluar ke tandas, keluar menjawab panggilan telefon ataupun mengunjurkan kaki ke hadapan jika berasa lenguh.
Jarak sebegini juga boleh mengelak peserta ketika bergerak keluar daripada terpijak kain, kasut ataupun tersadung kaki peserta lain.
Sebelum tempah dewan untuk diadakan sesuatu majlis, tentukan jumlah peserta yang akan hadir. Kemudian kira jarak kerusi antara kiri dan kanan, jarak kerusi antara hadapan dan belakang, jarak laluan pada kiri, kanan dan belakang dinding dewan.
Laluan-laluan ini adalah bagi tujuan pergerakan orang ramai dan juga logistik.
Pastikan jarak antara pentas dengan barisan hadapan jemputan khas tidak terlalu jauh, sekadar dengar suara sederhana kuat tanpa menggunakan mikrofon. Jarak ini termasuk juga meja untuk meletak bunga hiasan dan air minuman serta perabot lain.
Akhirnya, tentukan saiz dewan yang diperlukan berdasarkan jarak ruang yang selesa untuk para peserta, saiz perabot, saiz pentas, ruang laluan dan ruang serbaguna.
Keselesaan duduk bagi para peserta adalah penting untuk mereka memberi tumpuan penuh pada ucapan perasmi, penceramah atau ahli panel. Ketidakselesaan duduk akan menyebabkan mereka rasa terganggu. – UTUSAN
MARISSA QT,
Kuala Lumpur
The post Beri keselesaan tempat duduk pada orang lain appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia09:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.