
'Berita keluarga suspek jumpa kami tidak betul' - Keluarga Irene Sofiya
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
'Berita keluarga suspek jumpa kami tidak betul' - Keluarga Irene Sofiya (Harian Metro, 12:54)
Read the reporting
1 report
'Berita keluarga suspek jumpa kami tidak betul' - Keluarga Irene Sofiya
am@hmetro.com.my
Batu Pahat: Keluarga kepada Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal yang maut selepas disyaki dibunuh meminta orang ramai menghentikan spekulasi kononnya ahli keluarga kepada suspek ada menziarahi mereka.
Sepupunya, Mohamad Fauzi Bujang, 43, berkata, mereka sekeluarga terkejut dengan berita tular di media sosial berhubung dakwaan keluarga suspek sudah berjumpa dengan keluarga remaja itu beberapa hari selepas kejadian tragis itu berlaku.
"Saya tidak tahu dari mana mereka mendapat berita ini. Saya minta mereka di luar sana agar menghormati ahli keluarga kerana mereka masih dalam kesedihan.
"Saya terpaksa menegur mereka (warganet) dan bertanya dari mana mereka mendapat berita ini? Sampai saya terpaksa minta bukti mengenai kedatangan keluarga dia (suspek) ke rumah datuk dan nenek Irene Sofiya.
"Saya sebenarnya malas hendak melayan mereka ini tapi akhir-akhir ini, perbuatan mereka semakin melampau," katanya ketika dihubungi.
Terdahulu, tular di aplikasi Threads menggunakan nama favxilaanxm kononnya terdapat video kedatangan keluarga suspek ke rumah keluarga Irene Sofiya baru-baru ini.
Keluarga suspek kemudiannya dilayan seperti tetamu, namun perkara itu dinafikan keluarga mangsa bunuh itu.
Dalam perkembangan lain, Mohd Fauzi berkata, mereka terharu kerana kediaman datuk dan nenek Irene Sofiya terus dikunjungi orang ramai walaupun kes pembunuhan sudah berlaku seminggu lalu.
"Kami terharu atas sokongan mereka yang sanggup datang menziarahi keluarga kami.
"Semalam, kediaman datuk dan nenek Irene Sofiya terus dibanjiri termasuk rakan, guru, dan jiran.
"Bilangan mereka datang seperti hari pertama kejadian itu berlaku. Pelbagai latar belakang tetamu datang untuk bertanya khabar pada kami," katanya.
Hari ini, Mahkamah Majistret Batu Pahat membenarkan tempoh reman pelajar lelaki Tingkatan Empat yang juga suspek kes bunuh Irene Sofiya di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, di sini, disambung enam hari lagi.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro12:54
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.