Malaysian Attention Engine
Live wire
63RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202755Belanjawan 2027: Rakyat dijangka nikmati lebih banyak manfaat49Business : Malaysia's Wholesale, Retail Trade Sales Rise 10.5 Pct To RM173 Bln In August -- DOSM46'Tindakan kamu merompak mangsa yang cedera jatuh longkang dan mati, amat keterlaluan' - Hakim4429 warga China, Kemboja disyaki 'scammer' didenda hingga RM10,000 atas kesalahan imigresen44General : eISBN Applications Rise 78.07 Pct In 2025 - National Unity Ministry40Trump says he will not attack before US elections in November40General : Unhealthy API In 37 Areas As At 9.30 Am39PRN Melaka: PKR sedang muktamad calon, umum dua atau tiga minggu lagi37Ganabatirau sues Firdaus Wong over ‘loyalty’ posts37General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon37Penganggur dipenjara 15 tahun bunuh rakan
RisingConfirmedupdated 55 min ago

“Tenang, level kita bukan situ” - Kamal Adli nasihat pengikut tak terpengaruh provokasi netizen Indonesia, usah keruhkan hubungan

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
30
0% / 60 min
Momentum
34
1 vs 1 mentions/h
Sources
3
3 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 12:00 MYTLatest activity 9 Oct, 14:32BMconfidence 72%

What happened

“Tenang, level kita bukan situ” - Kamal Adli nasihat pengikut tak terpengaruh provokasi netizen Indonesia, usah keruhkan hubungan (Google News Malaysia (BM), 12:00)

Read the reporting

2 reports
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Kamal Adli bidas Boy Hamzah cetus provokasi

By Fatin Farhana Ariffin · 9 Oct, 14:32 MYT

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Kamal Adli menyifatkan tindakan aktor Indonesia, Boy Hamzah yang mencetuskan provokasi susulan gerakan boikot rakyat Malaysia terhadap sebuah jenama dari negara itu sebagai tidak profesional, malah berpotensi mengeruhkan hubungan antara kedua-dua negara.

Kamal, 40, berkata isu berkenaan tidak seharusnya diperbesarkan sehingga mencetuskan perbalahan atau mendorong mana-mana pihak merendah-rendahkan negara lain.

Sebaliknya, beliau berpandangan semua pihak perlu lebih matang dalam menangani perbezaan pendapat, selain tidak terus melayan kenyataan yang boleh mengundang ketegangan.

"Saya rasa dia tak profesional. Saya tahu dia 'koyak' sebenarnya. Tapi kita tak payah nak 'koyak' dan tak perlu balas. Kita cuma fokus jaga anak-anak dan keluarga daripada pentingkan isu-isu lain.

"Saya tak kenal siapa dia, tetapi kalau tengok dari Malaysia, mana ada artis atau selebriti yang suka kutuk negara orang? Tak ada pun.

"Tak perlu campur hal-hal begini. Pada mulanya cuma mengenai bola dan kemudian mengenai sebuah jenama. Tak payahlah sampai nak merendahkan negara orang," katanya ditemui pada sidang media dan pelancaran Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2026 X Cuckootopia di Ballroom, Hyatt Regency Kuala Lumpur, di sini, malam tadi.

Mengulas lanjut, Kamal berkata setiap kenyataan yang ingin dilontarkan kepada umum perlu diteliti terlebih dahulu bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.

Katanya, isu yang pada awalnya berkisar mengenai bola sepak sepatutnya berakhir selepas selesai dibincangkan, tanpa dibawa ke perkara lain yang boleh mengundang perselisihan lebih besar.

"Apa dia cakap, orang dengar dan ia boleh membuatkan keadaan bertambah buruk. Pada asalnya hanya pasal sukan bola sepak sahaja. Bila sudah habis, habislah. Tak payahlah kita nak bawa lagi benda itu," katanya.

Justeru, Kamal berharap rakyat Malaysia tidak terus mengulas atau melayan provokasi berkenaan bagi mengelakkan ketegangan antara kedua-dua negara semakin memuncak.

Katanya, rakyat Malaysia sudah menyuarakan pendirian masing-masing dan tidak perlu meneruskan pertelingkahan sehingga melibatkan penghinaan terhadap pemimpin atau rakyat negara jiran itu.

"Untuk kita sebagai rakyat Malaysia, kita sudah suarakan apa yang sepatutnya. Jadi, saya rasa kita patut hentikan. Biar mereka dengan bayang-bayang mereka. Cukuplah. Tahap kita bukan macam ini.

"Kita tak perlu sampai menghina pemimpin atau rakyat mereka. Kita pun ada berkawan dengan rakyat mereka di sini dan ada yang bekerja bersama-sama.

"Netizen kita, cukuplah, tak payah layan. Baik fokus pada isu jerebu yang makin teruk ini," katanya.

Terdahulu, Boy Hamzah mengulas gerakan boikot rakyat Malaysia terhadap sebuah jenama produk penjagaan diri menerusi hantaran video di media sosial.

Dalam video itu, pelakon Indonesia berkenaan membandingkan jumlah penduduk Indonesia yang jauh lebih ramai berbanding Malaysia, selain mendakwa tindakan boikot rakyat Malaysia tidak akan memberi impak besar kepada jenama terbabit.

Beliau turut menyentuh soal sejarah dengan mendakwa Malaysia tidak akan wujud tanpa Indonesia, sekali gus mengundang perhatian susulan kenyataan berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Berita Harian’s feed.Read at Berita Harian

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is rising

  • 3 independent sources, 1 new in the last hour
  • Driven by news coverage (3 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 46first news pick-upNEWRISINGnow13:0014:0015:00
Latest 15:22 MYT
30Rising
Mentions / h1Velocity0.02/minSources3Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Google News Malaysia (BM)) source
  2. News
    First news outlet reports it (Utusan Malaysia) source
  3. State
    Rising

    3 sources, growth +0%, z 1.8

Where it started

Google News Malaysia (BM) (News)
9 Oct, 12:00 MYT
Origin confidence 90% · 121 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Google News Malaysia (BM)
    12:00

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 3 established outlet(s): Berita Harian, Google News Malaysia (BM), Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (3)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.