Malaysian Attention Engine
Live wire
56Irene Sofiya maut dipukul batang besi sepanjang 96 sentimeter – Polis Johor52General : PM Anwar To Table 2027 Budget In Dewan Rakyat This Afternoon50RIM mohon Dana Eksport Muzik dalam Belanjawan 202747Penganggur dipenjara 15 tahun bunuh rakan46Belanjawan 2027: Rakyat dijangka nikmati lebih banyak manfaat46Zara’s mum chokes up as voice recording plays during inquest42Business : Malaysia's Wholesale, Retail Trade Sales Rise 10.5 Pct To RM173 Bln In August -- DOSM39Trump says he will not attack before US elections in November37‘Clean air not a luxury’: Manufacturers in Malaysia demand Asean accelerate haze-free roadmap37Malayan Tigress pesta gol belasah Iraq 4-036Ganabatirau sues Firdaus Wong over ‘loyalty’ posts36Sewa RM200 sebulan, warga asing bebas tunggang motosikal tanpa lesen
NewUnconfirmedupdated 5 h ago

Bermodal RM50, Adline bina jenama kopi

Only social or community posts, or a single source.

Attention
17
no previous hour
Momentum
24
0 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 10:14 MYTLatest activity 9 Oct, 10:14BMconfidence 60%

What happened

Berbekalkan pengalaman hampir tujuh tahun dalam industri makanan dan minuman antarabangsa, Adline Hanah Abdul Aziz, 26, nekad mempertaruhkan kemahiran dimiliki untuk membangunkan jenama kopi dan matcha premium keluaran bumiputera. (Kosmo!, 10:14)

Read the reporting

1 report
Photo: Kosmo!
Kosmo!·News·BM·3 min read

Bermodal RM50, Adline bina jenama kopi

By NOR SHAFAWATI YUP · 9 Oct, 10:14 MYT

Berbekalkan pengalaman hampir tujuh tahun dalam industri makanan dan minuman antarabangsa, Adline Hanah Abdul Aziz, 26, nekad mempertaruhkan kemahiran dimiliki untuk membangunkan jenama kopi dan matcha premium keluaran bumiputera.

Adline bersama suaminya, Muhammad Ainul Yaqin, 25, membina jenama QYN Beverage (QYN Bev) bukan hanya untuk menjana pendapatan, sebaliknya lahir daripada hasrat menyediakan pilihan minuman halal dan toyyiban kepada pengguna.

Berbekalkan pengalaman luas sebagai barista, pasangan itu menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang dikumpul selama bertahun-tahun untuk menghasilkan sendiri pelbagai resipi kopi dan matcha.

Adline berkata, perjalanan mereka sebagai usahawan tidak semudah yang disangka apabila terpaksa melalui pelbagai jatuh bangun sebelum QYN Bev mula mendapat tempat dalam kalangan pelanggan.

Menurutnya, perniagaan itu bermula secara kecil-kecilan sekitar tahun 2023 dengan modal hanya RM50, sebelum berkembang sehingga menjadi sumber pendapatan utama mereka.

“Pada awalnya, kami hanya berniaga kecil-kecilan. Kami bermula dengan apa yang ada, dan tidak mempunyai modal besar.

“Kami mahu menggunakan pengalaman dan kemahiran yang ada untuk membina sesuatu menjadi milik sendiri, khususnya menghasilkan kopi dan matcha yang bukan sahaja sedap serta berkualiti, malah halal dan toyyiban,” katanya kepada K-Wanita.

Adline berkata, niat untuk berniaga didorong oleh keinginan dia dan suami untuk menghidupkan sunah Rasulullah SAW, selain meyakini bahawa setiap rezeki diperoleh adalah daripada Allah SWT.

Katanya, mereka tidak melihat perniagaan sebagai jalan untuk mencari kekayaan, sebaliknya satu perjalanan hidup yang penuh ujian, kesabaran dan pergantungan kepada Allah.

“Meniaga ini adalah sunah. Kami percaya dalam hidup memang kita akan diuji dan kami hanya berusaha sebaik mungkin.

“Selama lebih tiga tahun, kami bergantung kepada perniagaan ini sebagai sumber rezeki. Kami tidak mempunyai pekerjaan tetap dan semuanya bergantung kepada usaha ini.

“Apa yang kami dapat hari ini bukan datang dengan mudah. Ada masa perniagaan perlahan, ada cabaran modal dan pelbagai perkara yang membuatkan kami hampir putus asa, tetapi kami percaya rezeki semuanya datang daripada Allah,” ujarnya.

Mengimbas permulaan perniagaannya, Adline berkata, mereka pada awal hanya menjual minuman secara kecil-kecilan di tapak perniagaan dengan menggunakan khemah.

Hasil sambutan luar jangkaan yang diterima, hampir 100 cawan minuman berjaya dijual dalam tempoh kira-kira dua jam.

“Ketika itu, kami hanya menjual minuman pada harga RM10 secawan. Alhamdulillah, dalam masa lebih kurang dua jam, hampir 100 cawan habis terjual.

“Dari situ, kami mula nampak bahawa ada peluang dan permintaan terhadap produk minuman yang dihasilkan oleh usahawan tempatan,” katanya.

Wanita itu berkata, idea perniagaannya tercetus ketika isu pemboikotan beberapa jenama antarabangsa hangat diperkatakan sekitar tahun 2023, dan mereka melihat terdapat ruang untuk menyediakan alternatif kepada pengguna.

Jelasnya, ramai pengguna khususnya umat Islam mahu mencari pilihan minuman yang mempunyai kualiti dan cita rasa premium, namun dihasilkan oleh pengusaha Muslim menggunakan bahan halal serta diyakini.

“Kami mahu memberi pilihan kepada pengguna. Kalau sebelum ini mereka biasa minum produk daripada jenama tertentu, kami mahu mereka tahu ada juga pilihan lain yang diusahakan oleh Muslim.

“Jadi, kami cuba menggunakan pengalaman yang ada untuk menghasilkan minuman dengan kualiti terbaik supaya pengguna mempunyai pilihan tanpa perlu ragu-ragu terhadap status bahan digunakan,” katanya.

Adline berkata, antara kekuatan QYN Bev adalah dengan melakukan penyelidikan dan pembangunan secara berterusan bagi memastikan setiap minuman dihasilkan menepati cita rasa pelanggan.

Antara menu kopi yang mendapat sambutan ialah Asian dolce latte dan maramel macchiato, manakala matcha strawberry menjadi pilihan utama bagi kategori minuman matcha.

Menurut Adline, mereka turut menghasilkan sebahagian bahan termasuk puree bagi memastikan rasa minuman lebih asli dan berkualiti.

“Kami menghasilkan sendiri puree untuk minuman. Kami cuba mendapatkan rasa buah yang sebenar dan segar.

“Bagi matcha pula, kami menggunakan ceremonial grade matcha yang merupakan antara gred tertinggi bagi memastikan pelanggan menikmati minuman berkualiti premium,” katanya.

The post Bermodal RM50, Adline bina jenama kopi appeared first on Kosmo Online .

As published in Kosmo!’s feed.Read at Kosmo!

1 / 1 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 31NEWnow11:0012:0013:0014:0015:00
Latest 15:42 MYT
17New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Kosmo!) source

Where it started

Kosmo! (News)
9 Oct, 10:14 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Kosmo!
    10:14

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Bermodal RM50, Adline bina jenama kopi · Malaysian Attention Engine