Malaysian Attention Engine
Live wire
4614 individu termasuk remaja bawah umur direman berkaitan kes bunuh seorang lelaki42Upah RM1,000 jadikan pelancong warga India keldai dadah39Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok37World : Egypt President To Begin Two-Day State Visit To Malaysia3580 peratus pendeposit TH belum cukup simpanan minimum RM15,00035Pengarah syarikat didakwa pecah amanah lebih RM101,00035Sekolah di Pulau Pinang beroperasi seperti biasa, aktiviti luar ditangguh – JPNPP35Holgado rindu Malaysia?34Kawasan panas kebakaran hutan Indonesia turun 67 peratus, cuaca kering kekalkan risiko tinggi34Lelaki miliki 16 rekod jenayah lampau cedera ditembak, rakan wanita ditahan34Haze: Negri schools, educational institutions to close tomorrow33“எலான் மஸ்க், ஸ்டார்லிங்க் உடன் பேசி தீர்வு காணுங்கள்” - டி.ஆர்.பி.ராஜா வலியுறுத்தல்
NewConfirmedupdated 1 h ago

Sewa RM200 sebulan, warga asing bebas tunggang motosikal tanpa lesen

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
44
no previous hour
Momentum
48
2 vs 0 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 9 Oct, 12:26 MYTLatest activity 9 Oct, 12:46BMconfidence 80%

What happened

GEORGE TOWN – Pemilik kenderaan warga tempatan dikesan menyewakan motosikal kepada warga asing pada kadar serendah RM200 sebulan termasuk kepada individu yang tidak mempunyai lesen memandu sah.Perkara itu terbongkar menerusi Operasi Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula jam 5 pagi Jumaat di sekitar bandaraya ini bagi mengesan pelbagai kesalahan lalu lintas membabitkan pemandu warga asing.Dalam operasi itu, sebanyak 694 kenderaan diperiksa dengan 74 daripadanya disita manakala 258 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.Pengarah JPJ Pul (Sinar Harian, 12:26)

Read the reporting

2 reports
Sinar Harian·News·BM·3 min read

Sewa RM200 sebulan, warga asing bebas tunggang motosikal tanpa lesen

By SYAJARATULHUDA MOHD ROSLI · 9 Oct, 12:26 MYT

GEORGE TOWN – Pemilik kenderaan warga tempatan dikesan menyewakan motosikal kepada warga asing pada kadar serendah RM200 sebulan termasuk kepada individu yang tidak mempunyai lesen memandu sah.Perkara itu terbongkar menerusi Operasi Khas Pemandu Warga Asing (PeWA) yang dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bermula jam 5 pagi Jumaat di sekitar bandaraya ini bagi mengesan pelbagai kesalahan lalu lintas membabitkan pemandu warga asing.Dalam operasi itu, sebanyak 694 kenderaan diperiksa dengan 74 daripadanya disita manakala 258 notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan.Pengarah JPJ Pulau Pinang, Zulkifly Ismail berkata, kesalahan paling banyak dikesan ialah memandu tanpa lesen dengan sebanyak 158 tindakan diambil manakala 50 lagi melibatkan kesalahan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan tamat tempoh.Menurutnya, pemeriksaan turut mendapati kenderaan milik warga tempatan yang disewakan kepada warga asing selain kenderaan yang didaftarkan menggunakan nama rakyat tempatan bagi membolehkan warga asing memilikinya."Kalau mengikut pemeriksaan kita, ada kenderaan yang dimiliki warga tempatan disewakan kepada warga asing dan ada juga warga asing menggunakan nama warga tempatan untuk memiliki kenderaan."Kadar sewaan berbeza-beza dan ada yang mencecah sekitar RM200 sebulan," katanya selepas Operasi PeWA di Ibu Pejabat JPJ Batu Uban di sini pada Jumaat.Beliau berkata, kesemua 74 kenderaan yang disita dalam operasi itu membabitkan pemandu warga asing dengan tindakan berkenaan diambil bagi menghentikan kesalahan daripada terus berlaku.Tambahnya, penyitaan dilakukan mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ) apabila kesalahan dikesan khususnya membabitkan individu yang memandu tanpa lesen sah."Sebagai contoh, apabila pemandu warga asing menunggang motosikal tanpa lesen, kita perlu menyita kenderaan itu bagi menghentikan kesalahan berkenaan daripada berterusan."Jika tidak disita, mereka mungkin terus menggunakan motosikal itu walaupun tidak mempunyai lesen memandu," katanya.Dalam operasi sama, beliau berkata, pihaknya turut mengesan seorang lelaki warga Bangladesh berusia lingkungan awal 30-an yang bekerja dengan sebuah syarikat pembinaan dan baru membeli motosikal atas namanya sendiri tiga hari sebelum ditahan.Bagaimanapun katanya, lelaki itu tidak mempunyai lesen memandu menyebabkan motosikal berkenaan disita.Mengulas mengenai pemilikan kenderaan oleh warga asing, beliau menjelaskan undang-undang sedia ada tidak mensyaratkan seseorang memiliki lesen memandu untuk mendaftarkan kenderaan atas nama sendiri.Jelasnya, keadaan itu bukan hanya terpakai kepada warga asing, malah rakyat tempatan yang tidak mempunyai lesen memandu juga dibenarkan memiliki kenderaan."Walaupun tidak mempunyai lesen memandu, seseorang masih boleh memiliki kenderaan tetapi tidak boleh memandunya di jalan raya tanpa lesen yang sah," katanya.Beliau berkata, pemeriksaan turut mendapati kenderaan tersebut mempunyai cukai jalan sah manakala sebahagian lagi tidak memperbaharui LKM masing-masing.Sehubungan itu, sebanyak 50 tindakan saman dikeluarkan bagi kesalahan LKM tamat tempoh dalam operasi berkenaan."Kebanyakan warga asing yang diperiksa bekerja sebagai pekerja kontrak dan pekerja kilang, dengan mereka yang ditahan terdiri daripada rakyat Indonesia, Bangladesh, India dan Myanmar."Antara alasan diberikan ialah keperluan menggunakan motosikal sebagai pengangkutan untuk berulang-alik ke tempat kerja," ujarnya.Bagaimanapun, beliau menegaskan keperluan mendapatkan pengangkutan bagi urusan pekerjaan tidak mengecualikan mana-mana individu daripada mematuhi undang-undang jalan raya.Dalam pada itu, Zulkifly mengingatkan majikan, pemilik kenderaan dan pihak yang bertanggungjawab menguruskan pemandu warga asing supaya memastikan individu yang dibenarkan memandu mempunyai kelayakan serta dokumen yang sah.Beliau berkata, tindakan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan secara tegas, adil dan profesional tanpa mengira kewarganegaraan bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya sentiasa terpelihara."Jangan semata-mata mengejar kepentingan atau keuntungan sehingga mengabaikan aspek keselamatan jalan raya. Orang ramai khususnya warga tempatan dinasihatkan supaya tidak menyewakan atau meminjamkan kenderaan kepada warga asing yang tidak mempunyai lesen memandu dan dokumen sah bagi mengelakkan risiko kemalangan jalan raya."Langkah itu penting memandangkan tindakan membenarkan warga asing tanpa kelayakan sah memandu kenderaan boleh mengundang pelbagai risiko termasuk membahayakan keselamatan pengguna jalan raya lain."Sehubungan itu, warga tempatan diminta lebih berhati-hati dan tidak mengambil mudah perkara berkenaan kerana sebarang kemalangan yang berlaku bukan sahaja melibatkan pemandu terbabit malah turut mengancam keselamatan pihak ketiga yang tidak bersalah," ujarnya.

As published in Sinar Harian’s feed.Read at Sinar Harian

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • 2 independent sources, 2 new in the last hour
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 45first news pick-upNEWnow13:00
Latest 13:10 MYT
44New
Mentions / h2Velocity0.03/minSources2Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Kosmo!) source

Where it started

Sinar Harian (News)
9 Oct, 12:26 MYT
Origin confidence 90% · 20 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    12:26

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 2 established outlet(s): Kosmo!, Sinar Harian

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (2)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.