Malaysian Attention Engine
Live wire
45'Kotak misteri' terbiar di sekolah selama sebulan, rupanya berisi tepung44Cara sembelihan ayam meragukan, Radzi Jidin gesa siasat premis di Bandar Tun Razak44General : Attendance At Siti Nurhaliza Concert Was By Special Invitation - Anwar37General : 30 Pct Discount On ECRL Economy-class Tickets For First Month Of Operations36Mafia korporat: Pasukan AMLA Bukit Aman beku RM4.3 bilion, sita RM1 bilion36Sport : FAM Expects To Sign MoUs With Two New Sponsors Soon - Syed Mahadi36General : Data Centres' Peak Electricity Demand Expected To Reach 8.39GW By 203036Business : 10 Credit Reporting Agencies Renew Registration For 2026/2027 - MOF35Business : KL20 Startup Investments Generate RM202.64 Bln In Sales Proceeds Since 202435Amirudin teliti pembubaran PN, tak jejas CSA Bersatu kerajaan negeri35Kebakaran hutan di Indonesia: Bantuan luar perlu tunggu pengisytiharan bencana nasional | Sinar Harian35Fatima tak sabar nak Jarir masuk ‘live’ TikTok – Fattah Amin
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Bersama gesa Anwar jawab tiga perkara babit krisis kewangan Zetrix

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 12:51 MYTLatest activity 20 Oct, 12:51BMconfidence 60%

What happened

SHAH ALAM – Parti Bersama Malaysia (Bersama) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan tiga perkara berkaitan krisis kewangan yang sedang dihadapi Zetrix AI Berhad (Zetrix), yang sebelum ini dikenali sebagai MyEG Services Berhad.Pemimpin Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, antara perkara yang perlu diperjelaskan ialah jumlah pegangan saham Zetrix oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) setakat 1 April 2026.Menurutnya, maklumat it (Sinar Harian, 12:51)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·2 min read

Bersama gesa Anwar jawab tiga perkara babit krisis kewangan Zetrix

By AISYAH BASARUDDIN · 20 Oct, 12:51 MYT

SHAH ALAM – Parti Bersama Malaysia (Bersama) menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan tiga perkara berkaitan krisis kewangan yang sedang dihadapi Zetrix AI Berhad (Zetrix), yang sebelum ini dikenali sebagai MyEG Services Berhad.Pemimpin Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, antara perkara yang perlu diperjelaskan ialah jumlah pegangan saham Zetrix oleh syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) setakat 1 April 2026.Menurutnya, maklumat itu penting bagi menunjukkan tahap keterdedahan dana awam terhadap krisis kewangan yang dihadapi syarikat berkenaan.Katanya, penjelasan itu turut perlu melibatkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) termasuk Maybank dan CIMB.Rafizi berkata, Anwar juga perlu memaklumkan jumlah pegangan saham yang masih dimiliki dana-dana berkenaan setakat 20 Oktober serta jumlah kerugian yang ditanggung dana awam susulan kejatuhan harga saham Zetrix."Berapakah kerugian atas kertas bagi saham yang masih dipegang dan jumlah kerugian sebenar bagi saham yang dijual antara 1 April hingga 20 Oktober 2026 berbanding harga pembelian asal?"Selain itu, syarikat manakah yang menjadi pembekal teknologi kepada Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) selepas Zetrix melupuskan pegangan dalam HeiTech Padu Berhad dan apakah kesannya kepada pelaksanaan projek bertaraf keselamatan nasional itu?" katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.Rafizi berkata, rakyat meletakkan harapan tinggi kepada Anwar sebagai pemimpin yang memperjuangkan tatakelola baik untuk menjawab persoalan tersebut secara terbuka.Beliau turut melampirkan laporan kewangan Zetrix yang menunjukkan harga penutupan saham syarikat itu pada 1 April 2026 ialah 75.5 sen sesaham.Menurutnya, harga saham berkenaan merosot kepada lima sen sesaham pada 19 Oktober 2026, iaitu penyusutan sebanyak 93.4 peratus dalam tempoh enam bulan.Berdasarkan laporan kewangan yang boleh diakses orang ramai, Rafizi memperincikan pegangan saham Zetrix oleh beberapa dana awam."KWSP memegang 67,674,000 saham setakat 1 April 2026, KWAP sebanyak 390,090,000 saham setakat 2 Oktober 2025 dan UJSB sebanyak 211,507,500 saham setakat 1 April 2026."Maklumat terkini pegangan dana-dana awam dalam Zetrix tidak diketahui kerana ia belum dilaporkan sehingga Laporan Tahunan Zetrix bagi tahun kewangan 2026 dimuktamadkan," katanya.Bagaimanapun, beliau berkata, berdasarkan pegangan yang direkodkan pada Oktober 2025 dan April 2026, jumlah saham yang dimiliki ketiga-tiga dana awam itu adalah besar.Menurut Rafizi, sekiranya KWSP, KWAP dan UJSB masih memegang saham Zetrix ketika kejatuhan mendadak berlaku bermula 28 Ogos lalu, mereka mungkin terlepas peluang untuk mengehadkan kerugian.Beliau tidak menolak kemungkinan dana awam berkenaan berdepan potensi kerugian sehingga RM472 juta berdasarkan penyusutan nilai sebanyak 70.5 sen sesaham."Krisis kewangan yang melibatkan Zetrix melangkaui soal kerugian dana awam semata-mata."Sejak sebulan lalu, selain kegagalan membayar kutipan hasil kerajaan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebanyak RM314 juta, Zetrix juga terus berdepan masalah aliran tunai."Terbaharu, pelanggaran syarat sukuk RM2 bilion terbitan Zetrix yang sehingga kini masih belum diselesaikan," katanya.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention

Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
20 Oct, 12:51 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    12:51

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.