
Betty Banafe terus berjuang tuntut hak jagaan anak
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
KUALA LUMPUR: "Alhamdulillah, saya anggap ini sebagai satu perjuangan sangat panjang yang melibatkan air mata di mahkamah." (Berita Harian, 11:35)
Read the reporting
1 report
Betty Banafe terus berjuang tuntut hak jagaan anak
KUALA LUMPUR: "Alhamdulillah, saya anggap ini sebagai satu perjuangan sangat panjang yang melibatkan air mata di mahkamah."
Begitu luahan pelakon, Betty Banafe, 47, mengenai perkembangan kes tuntutannya terhadap bekas suaminya Bruce Dargus di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, baru-baru ini.
Menurut Betty atau nama sebenar Betty Ibtisam Abu Bakar Banafe, ketika ini pihak mahkamah menetapkan sebutan kes hadhanah (hak jagaan anak) pada 1 Disember depan.
Justeru, katanya, dia berusaha untuk menyelesaikan kes terbabit sekali gus mahu memperjuangkan hak anak-anak tanpa bertolak ansur.
"Saya memang nak selesaikan kes ini dengan cepat, cuma kali ini saya nak demi kepentingan saya, bukan kepentingan dia.
"Kalau dulu mungkin saya fikir untuk kepentingan dia, tetapi sekarang hanya kepentingan saya sahaja," katanya lagi.
Dalam pada itu, pelakon drama Spa Q ini turut meluahkan rasa bimbang terhadap kesejahteraan mental anak-anaknya iaitu Julia Claire, 13, dan Bruce Dean, 10, yang tertekan dengan situasi berkenaan.
"Saya rasa kasihan dengan anak-anak saya. Mereka rasa keliru, tekanan sampai anak-anak saya terpaksa berpura-pura dan bermuka-muka.
"Saya tidak suka mereka menjadi begitu. Saya ajar anak-anak saya untuk berfikir untuk buat keputusan dan ajar mereka macam mana cara nak menghadap manusia yang suka memanipulasi.
"Tiada satu pun perkataan cinta kepada anak-anak. Saya sampai tahap sudah tidak boleh telefon dia lagi. Apa lagi tidak baiknya saya, saya sudah berkorban macam-macam.
"Sebab itu bila bercerai, tengok amanah yang saya terima, saya rasa bertanggungjawab sepenuhnya untuk saya bangkit, untuk saya bantu anak saya menjadi kuat.
"Anak-anak saya melalui kehidupan yang rumit di awal usia, mereka tidak sepatutnya berada dalam situasi yang sangat negatif," katanya.
Walaupun melalui proses turun naik mahkamah hampir lapan tahun, Betty tetap bersyukur dan reda dengan ujian Allah sekali gus memilih untuk terus bersabar.
"Tengoklah Allah punya jalan. Macam mana Allah jalankan, walaupun dia (bekas suami) cuba nak burukkan kita, tapi kita masih dapat kebaikan. Sebab itu jangan takut untuk bersabar. Percaya dengan kuasa Allah.
"Saya pujuk diri saya. Tidak mengapa, kita punya doa makbul. Kita minta Allah yang balas. Walaupun orang cuba nak mengadu domba, kita masih sabar," katanya.
Terdahulu, Betty hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 8 Oktober lalu ditemani peguam syarie, Noorhaiza Mariena bersama anak sulungnya, Julia Claire, 13.
Untuk rekod, Betty berkahwin dengan Bruce pada 8 Disember 2012 sebelum bercerai pada 10 Julai 2019.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian11:35
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.