Malaysian Attention Engine
Live wire
55World : Jordan's King Abdullah II To Begin State Visit To Malaysia On Sunday49Business : Steel Price Index Rises 0.1 Pct To 5.1 Pct In September - DOSM49Sultan Selangor titah perjanjian 'tripartite' pengurusan sisa pepejal dicapai segera44Pemandu warga Pakistan sebabkan kemalangan maut pelajar 15 tahun direman44Pindaan Akta Pengangkutan Jalan: Rang undang-undang dibentang awal 2027 - Loke43Hanya 34.1 peratus kes kecemasan kritikal terima respons bawah 15 minit42Bayi antara 2 maut kemalangan 4 kenderaan di Gua Musang41JPJ gantung sementara VTA Chery Omoda 539General : Sinkhole: JKR To Install Bailey Bridge On Gua Musang-Kota Bharu Road37DAP Melaka cabar pindaan Perlembagaan ADUN Lantikan37Penganggur tak mengaku tikam isteri, cederakan ibu mentua37Rai anugerah sehari dua, selepas itu dilupakan - Namron
AcceleratingConfirmedupdated 37 min ago

Angka ekonomi cantik tapi rakyat masih terhimpit – Hamzah

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
42
+100% / 60 min
Momentum
52
2 vs 1 mentions/h
Sources
3
3 mentions
Platforms
1
News
First detected 12 Oct, 13:23 MYTLatest activity 12 Oct, 14:17BMconfidence 70%

What happened

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak seharusnya berpuas hati dengan pencapaian ekonomi yang dipaparkan melalui angka dan statistik, sebaliknya perlu memastikan pertumbuhan negara benar-benar mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. (Utusan Malaysia, 13:23)

Read the reporting

3 reports
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Angka ekonomi cantik tapi rakyat masih terhimpit – Hamzah

By HAFIZ SAIDINA · 12 Oct, 13:23 MYT

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak seharusnya berpuas hati dengan pencapaian ekonomi yang dipaparkan melalui angka dan statistik, sebaliknya perlu memastikan pertumbuhan negara benar-benar mengurangkan beban kos sara hidup rakyat.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, tekanan perbelanjaan harian masih dirasai rakyat meskipun kerajaan memaparkan penurunan kadar inflasi dan pengangguran.

Beliau berkata, penurunan kadar inflasi kepada 1.9 peratus pada Ogos tidak bermakna harga barangan kembali turun, sebaliknya kenaikannya hanya berlaku pada kadar lebih perlahan.

“Kerajaan juga gemar memperagakan kadar inflasi yang menurun, tetapi inflasi 1.9 peratus pada Ogos tidak bermakna harga turun.

“Realitinya harga barang tidak turun selepas naik, yang berlaku cuma harga itu meningkat dengan kadar lebih perlahan. Bahkan dalam kebanyakan barangan harian, harganya melambung.

“Sebab itu, kita mahu pertumbuhan ekonomi benar-benar bermakna dan kesannya dirasai di dapur rakyat. Sebagai kerajaan, inilah tanggungjawab yang perlu dilunaskan.

“Realitinya, kos sara hidup kekal tinggi. Angka cantik atas kertas tidak mencerminkan perit jerit dan kepayahan rakyat di bawah sana,” katanya ketika membahaskan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat hari ini.

Hamzah berkata, kerajaan wajar diberi pengiktirafan atas usaha meneruskan dan memperluas beberapa inisiatif bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Program Jualan Rahmah.

Bagaimanapun, beliau mempersoalkan sama ada bantuan berkenaan mencukupi untuk menyelesaikan masalah kos sara hidup yang terus membelenggu rakyat.

“Tapi kita juga mesti tanya, adakah dengan bantuan ini sudah mencukupi untuk kerajaan menyelesaikan masalah kos sara hidup yang membelenggu rakyat? Sudah tentu tidak,” katanya.

Beliau turut membangkitkan isu pekerjaan berkemahiran rendah dan ketidakpadanan pekerjaan dengan kelayakan pendidikan, meskipun kadar pengangguran menunjukkan penurunan.

Menurutnya, penurunan kadar pengangguran tidak semestinya menggambarkan pekerja memperoleh pekerjaan yang setimpal dengan kelayakan dan kemahiran mereka.

Dalam pada itu, Hamzah memberi contoh kenaikan harga sayur-sayuran di Pasar Chow Kit, termasuk pucuk paku yang meningkat kepada RM9 sekilogram berbanding RM5 sebelum ini.

Katanya, harga tomato dan timun Jepun juga meningkat antara RM3 hingga RM4 sekilogram, sekali gus menggambarkan tekanan harga yang dihadapi pengguna.

“Ini yang saya cakap berulang kali di Dewan ini, mahu pun di luar sana, tengok kepada realiti sebenarnya di bawah sana. Jangan hanya syok dengan angka yang muluk-muluk di atas kertas saja,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, prestasi ekonomi negara perlu dinilai berdasarkan kemampuan rakyat mendapatkan makanan, mempunyai wang untuk berbelanja dan memiliki tempat tinggal yang selamat.

Hamzah berkata, ukuran berkenaan lebih mencerminkan kesejahteraan rakyat berbanding angka pertumbuhan ekonomi semata-mata.

“Rakyat hidup berdasarkan harga barang yang mereka bayar setiap hari. Mereka lihat harga beras, ayam, ikan, minyak, kos sewa rumah, kos pendidikan, kos pengangkutan dan bil utiliti.

“Tanyalah kepada rakyat, lepas bayar semua itu, berapa duit poket yang tinggal. Insya-Allah saya yakin kita akan dapat jawapan yang jujur,” katanya. – UTUSAN

The post Angka ekonomi cantik tapi rakyat masih terhimpit – Hamzah appeared first on Utusan Malaysia .

As published in Utusan Malaysia’s feed.Read at Utusan Malaysia

1 / 3 · arrow keys switch reports

Why it is accelerating

  • Mention velocity 2.0× the previous hour (2 vs 1 mentions)
  • Current hour is 1.8 standard deviations above this event's own baseline
  • 3 independent sources, 2 new in the last hour
  • Driven by news coverage (4 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 3 mentions/hpeak 50first news pick-upNEWRISINGnow14:00
Latest 14:34 MYT
42Accelerating
Mentions / h2Velocity0.03/minSources3Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source
  2. News
    First news outlet reports it (Free Malaysia Today) source
  3. State
    Rising

    3 sources, growth +300%, z 0.0

  4. State
    Accelerating

    growth +100% with positive acceleration

Where it started

Utusan Malaysia (News)
12 Oct, 13:23 MYT
Origin confidence 90% · 20 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    13:23

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 3 established outlet(s): Free Malaysia Today, Sinar Harian, Utusan Malaysia

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (4)

'Jangan malu kembalikan GST' - Hamzah
Sinar HarianNewsmainstreamBM
Kerajaan tidak perlu malu kembalikan GST
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBMnear-duplicate

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.