
Biarpun kurang promosi tetapi puas hati dengan sokong padu peminat
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Biarpun kurang promosi tetapi puas hati dengan sokong padu peminat (Harian Metro, 06:03)
Read the reporting
1 report
Biarpun kurang promosi tetapi puas hati dengan sokong padu peminat
mohamadridzuan@hmetro.com.my
TUAH dan rezeki seseorang tidak sama. Justeru, ada sebab kenapa penyanyi Atilia Haron sangat bangga dan gembira dengan perkembangan dilaluinya sekarang.
Atilia atau nama sebenarnya Raja Putri Atilia Raja Haron, 52, bukan baru setahun jagung terbabit dalam industri seni, sebaliknya sejak kecil lagi sudah menyanyi.
Menurutnya, segala penat lelah puluhan tahun itu seakan terbayar apabila konsert solonya yang berlangsung di Roberts Theatre, The Campus Ampang, baru-baru ini meninggalkan satu perasaan cukup mendalam dalam dirinya.
"Jujur cakap buat pertama kali, saya benar-benar merasakan diri saya dihargai oleh industri muzik tempatan. Peluang ini pula hadir semasa saya meraikan ulang tahun kelahiran.
"Ia sekali gus menjadikan malam itu cukup istimewa dan peribadi buat saya. Sangat terharu kerana rasa ada sokongan selama Atilia menyanyi puluhan tahun ini.
"Lepas itu di tengahnya 'celebrate' birthday ke-52 pula, rasa macam ya Allah... selama ini aku rasa macam tak dihargai itu, terus rasa dihargai oleh industri muzik Malaysia," katanya.
Bagi Atilia, penghargaan itu tidak semestinya datang dalam bentuk liputan besar-besaran atau sorotan media, sebaliknya sokongan rakan artis dan mereka yang hadir menyaksikan persembahannya sudah cukup memberi makna.
Malah, dia mengakui promosi untuk konsert berkenaan tidaklah sebesar mana kerana pada masa sama berlangsung beberapa acara hiburan lain yang turut mendapat perhatian media.
"Walaupun taklah banyak sangat liputan tentang konsert itu, walaupun video dan sebagainya, kebanyakannya di-post oleh rakan artis," katanya.
Bagaimanapun, kekurangan liputan itu tidak sedikit pun mematahkan semangatnya. Sebaliknya, apa yang berlaku membuatkan Atilia semakin yakin untuk mengulangi pengalaman sama pada masa akan datang.
"Saya rasa macam nak buat sekali lagi lah. Insya-Allah, tahun depan nanti. Saya tengah berangan nak buat dekat Istana Budaya pula," katanya penuh teruja.
Menurutnya, jika impian itu direalisasikan, dia mahu melakukan persiapan lebih besar termasuk membuka ruang kepada lebih ramai peminat bersama-sama menyaksikan persembahannya.
Dalam menjayakan konsert berkenaan, Atilia turut menghargai bantuan pihak yang menyokong dari belakang tabir.
"Saya teruja dan pengalaman ini membuatkan saya semakin ketagih untuk kembali mengadakan konsert," katanya.
Menariknya, antara perkara yang membuatkan Atilia semakin optimis terhadap perkembangan muzik tempatan ialah perubahan sikap jenama dan produk tempatan yang kini dilihat semakin terbuka menyokong artis tempatan.
"Sekarang ini saya rasa macam banyak produk tempatan yang nak 'sponsor' (taja) lokal artis. Itulah yang positifnya saya nampak sekarang ini dalam industri.
"Saya rasa kena buat lagi konsert macam ini. Kecil-kecil pun tak apa, jadi orang boleh hargai lagu-lagu jazz dan R&B.
"Bagi saya, tidak semestinya sesebuah konsert perlu berskala besar untuk memberi kesan. Sebaliknya, persembahan dalam ruang yang lebih dekat dengan penonton juga mampu menjadi jambatan untuk mendekati peminat," katanya.
Pada masa sama, dia cukup bersyukur kerana masih mempunyai kelompok peminat yang setia mengikuti perjalanan seninya sejak dahulu.
"Peminat saya memang sangat setia. Dari dulu sama saja tapi sekarang perlahan-lahan bertambah," katanya.
Baginya kesetiaan peminat itulah yang menjadi antara kekuatan utamanya untuk terus menghasilkan karya dan mengadakan persembahan walaupun menyedari landskap muzik sentiasa berubah.
Lebih menarik, perjalanan Atilia selepas konsert berkenaan tidak terhenti di Malaysia. Penyanyi itu kini sedang mengorak langkah lebih serius untuk melebarkan karier ke Indonesia.
Menurut Atilia, dia kini sudah mempunyai pengurusan di Indonesia selain bekerjasama dengan promoter yang bersedia membantu mengembangkan aktiviti persembahannya di negara jiran itu.
"Perancangan seterusnya untuk tahun depan akan bermula pada Disember ini. Insya-Allah saya akan lebih menyanyi dekat Indonesia juga lepas ini. Insya-Allah doa-doakan," katanya.
Di pentas Roberts Theatre pula, Atilia membuktikan dia masih memiliki daya tarikan tersendiri sebagai penghibur apabila tampil dalam dua segmen persembahan yang menampilkan variasi repertoire sepanjang perjalanan kariernya.
Segmen pertama dibuka menerusi No Fruits For Today sebelum Atilia meneruskan persembahan dengan Salah Sangka, Rekah, Selalu Denganmu, Gelombang dan Bahagiaku.
Tidak hanya bergantung kepada persembahan solo, Atilia turut membawa kumpulan dari Indonesia, Sore, yang tampil dengan tujuh lagu termasuk dua persembahan duet bersama penyanyi itu.
Antara lagu yang dipersembahkan Sore ialah Silly Little Thing dan Dimanakah Kau Sore Ini?, sekali gus memberikan warna berbeza kepada keseluruhan persembahan malam itu.
Atilia kemudian kembali ke pentas untuk segmen kedua dengan Sangkar, Tanpa Dirimu, Aku Curiga, Pelangi Mimpi dan Indah sebelum meneruskan persembahan dengan Cinta Sampai Mati dan Bodoh.
Kemuncak persembahan semakin rancak apabila Atilia membawakan Kekanda Adinda, diikuti Sade Medley yang menggabungkan lagu Your Love Is King, Smooth Operator dan The Sweetest Taboo.
Ceritera Arjuna dan Bunga, Harus Bagaimana, Selagi dan Sudah pula menjadi antara lagu yang melengkapkan set kedua sebelum Atilia kembali untuk persembahan encore menerusi Leka.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro06:03
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.