Malaysian Attention Engine
Live wire
41Kelahiran bayi di Malaysia turun 4.5 peratus, kadar kesuburan 1.5 anak pada 202539Business : ICT Industry, e-Commerce Contribute RM476.8 Bln To Malaysia's GDP In 2025 -- DOSM39Ahli Parlimen Rompin gesa kerajaan kaji semula projek lapangan terbang Tioman37Business : CelcomDigi, Maxis Accept MCMC Spectrum Awards36Motorsport: Motor racing-Red Bull extend F1 boss Mekies' contract through 203134Gaji minimum naik dari RM1,700 kepada RM2,000 - PM31Pupils refusing to sit with classmates of other faiths, says MP31RUU hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri antara agenda Mesyuarat Majlis Raja-Raja30IMF ramal pertumbuhan KDNK Malaysia 5.2 peratus pada 2026, 4.7 peratus pada 202730Kualiti udara Singapura kekal tidak sihat, mungkin capai tahap sangat tidak sihat pada Jumaat30Ahli politik Filipina didakwa biaya jet bawa 521kg dadah di Laos30Jerebu: KJ tuntut kerajaan tegas dengan Indonesia
NewUnconfirmedupdated 7 h ago

Big Tree lancar Santuari Kita demi kesejahteraan mental

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 14:56 MYTLatest activity 15 Oct, 14:56BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Big Tree, peneraju industri pengiklanan luaran di Malaysia dan anak syarikat milik Media Prima Berhad, melancarkan kempen Santuari Kita bagi menggalakkan masyarakat berkongsi kata-kata positif serta memperkukuh kesejahteraan mental menerusi papan iklan digital dan taman digital interaktif. (Berita Harian, 14:56)

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Big Tree lancar Santuari Kita demi kesejahteraan mental

By Syakilla Marzuki · 15 Oct, 14:56 MYT

KUALA LUMPUR: Big Tree, peneraju industri pengiklanan luaran di Malaysia dan anak syarikat milik Media Prima Berhad, melancarkan kempen Santuari Kita bagi menggalakkan masyarakat berkongsi kata-kata positif serta memperkukuh kesejahteraan mental menerusi papan iklan digital dan taman digital interaktif.

Kempen yang berlangsung dari 10 Oktober hingga 8 November 2026 itu dilaksanakan di bawah inisiatif Ruang Rehat bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia.

Menerusi kempen berkenaan, orang ramai dijemput melayari laman web ruangrehat.my untuk menghantar mesej semangat, dorongan dan kebaikan kepada masyarakat.

Setiap mesej yang dihantar akan menyumbang kepada perkembangan taman digital interaktif yang melambangkan keprihatinan, ketabahan dan kesejahteraan emosi.

Mesej terpilih turut dipaparkan dalam taman digital berkenaan sepanjang tempoh kempen.

Pada penghujung kempen, sebanyak 12 mesej terbaik akan dipaparkan menerusi papan iklan digital Big Tree untuk tatapan awam, sekali gus menyebarkan kata-kata positif yang mampu memberikan inspirasi dalam kehidupan seharian.

Selain itu, tiga pemenang utama berpeluang memenangi hadiah menarik bernilai sehingga RM5,000, termasuk penginapan di vila atas air, pakej rawatan kecantikan dan spa serta pelbagai hadiah istimewa lain.

Sembilan pemenang saguhati pula akan menerima baucar tunai sebagai penghargaan atas penyertaan dan sumbangan mereka dalam menjayakan kempen berkenaan.

Ketua Pegawai Operasi Big Tree Outdoor Sdn Bhd, Muhamad Fariz Mustafa, berkata pihaknya sentiasa meneroka pendekatan baharu untuk memastikan media pengiklanan luaran mampu memberikan nilai yang lebih luas kepada masyarakat, melangkaui fungsi pengiklanan semata-mata.

"Menerusi Santuari Kita, kami mengubah rangkaian papan iklan digital menjadi sebuah platform untuk penyertaan komuniti, di mana kata-kata semangat menjadi mesej yang bermakna dan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia dalam perjalanan seharian mereka," katanya.

Mengambil inspirasi daripada Ruang Rehat, iaitu inisiatif kesejahteraan mental Media Prima, Santuari Kita menggalakkan masyarakat bergerak melangkaui kesedaran dengan mengambil tindakan melalui perkongsian mesej positif.

Gabungan penyertaan digital dan rangkaian pengiklanan luar rumah digital (DOOH) Big Tree itu turut memperlihatkan bagaimana teknologi, kreativiti dan ruang awam boleh dimanfaatkan untuk menggalakkan perbualan bermakna mengenai kesejahteraan mental.

Orang ramai boleh menyertai kempen Santuari Kita dengan menghantar mesej positif menerusi ruangrehat.my dari 10 Oktober hingga 8 November 2026.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow15:00
Latest 15:58 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source

Where it started

Berita Harian (News)
15 Oct, 14:56 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    14:56

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.