
Bila tubuh tak lagi mampu bekerja, siapa lindungi diri dan keluarga?
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Tuntutan bekerja setiap hari mencari rezeki bagi menyara diri dan keluarga menjadikan aspek kesihatan dan keselamatan perlu diberi keutamaan. (Berita Harian, 21:59)
Read the reporting
1 report
Bila tubuh tak lagi mampu bekerja, siapa lindungi diri dan keluarga?
KUALA LUMPUR: Tuntutan bekerja setiap hari mencari rezeki bagi menyara diri dan keluarga menjadikan aspek kesihatan dan keselamatan perlu diberi keutamaan.
Perjalanan pergi balik dan ketika bekerja tidak dapat dinafikan ada risiko keselamatan yang perlu dihadapi setiap pekerja yang sekali gus memerlukan perlindungan khusus.
Berupaya bekerja keras mencari rezeki setiap hari belum tentu menjamin masa depan yang selamat.
Apabila berlaku kemalangan, tidak sedikit yang berdepan risiko kehilangan pendapatan sekelip mata atau mengalami masalah kesihatan berpanjangan sehingga tidak lagi mampu bekerja.
Lebih membimbangkan, perlindungan keselamatan sosial ini masih dipandang ringan oleh ramai pekerja khususnya mereka yang bekerja sendiri dan menganggap caruman perlindungan sebagai beban kewangan.
Kurangnya kesedaran terhadap ketiadaan perlindungan sebenarnya boleh menyebabkan pekerja dan keluarga terpaksa menanggung kesan kewangan yang jauh lebih besar apabila perkara luar jangka berlaku.
Dalam situasi kos sara hidup terus menuntut komitmen kewangan harian, persoalannya adalah bagaimana pekerja dapat meneruskan kehidupan sekiranya sumber pendapatan itu tiba-tiba terputus, kerana bil, hutang dan keperluan keluarga tetap perlu berjalan tanpa noktah.
Pada masa sama, tidak semua orang mampu membeli insurans kesihatan yang biasa dan membayar premium bulanan tinggi.
Skim LINDUNG 24 antara alternatif
Justeru, Skim LINDUNG 24 Jam (Lindung 24) yang diperkenalkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) muncul menjadi antara pilihan terbaik kerana kos yang mampu milik dengan caruman yang rendah tetapi memberikan perlindungan asas yang pekerja boleh bergantung melindungi pekerja sektor formal daripada kemalangan di luar waktu bekerja.
Bagi mereka yang mendapat manfaat daripada skim ini selepas kemalangan tanpa diduga, perlindungan bukan sekadar soal mencarum, sebaliknya menjadi 'talian hayat' yang membantu meringankan beban kewangan ketika berdepan kehilangan pendapatan, kos rawatan dan tempoh pemulihan.
Seorang Penolong Pengurus di Prasekolah Antarabangsa, di Johor Bahru, Noor Ashikin Mohd Anif, 36, membuktikan kepentingan memahami perlindungan keselamatan sosial apabila beliau menerima faedah PERKESO selepas mengalami kecederaan di rumah sebelum ke tempat kerja pada Ogos lalu.
Untuk cuti sakit selama tiga hari, beliau menerima RM299.73 selepas permohonan faedah berkaitan kemalangan yang dialaminya lulus dalam tempoh singkat.
Pengalaman itu menyedarkannya bahawa caruman dan perlindungan sosial bukan sekadar potongan pada penyata gaji, sebaliknya mekanisme bantuan PERKESO yang boleh meringankan beban pekerja ketika berdepan kesukaran.
"Pada 18 Ogos lalu, seperti biasa, saya bersiap untuk pergi bekerja pada waktu pagi. Ketika hendak menuju ke kereta di kawasan tempat letak kereta, saya tidak menyedari terdapat beberapa anak tangga di hadapan. Saya tersalah langkah, terpelecok dan terus terjatuh ke bawah.
"Ketika itu, tiada sesiapa bersama saya kerana suami sudah keluar bekerja. Saya cuba bangun sendiri dan masuk semula ke dalam rumah. Selepas terjatuh, saya berasa sakit dan apabila cuba memijak lantai, saya menyedari buku lali semakin sakit dan membengkak.
"Saya pergi ke klinik swasta untuk mendapatkan pemeriksaan dan mendapati buku lali saya bengkak sehingga menenggelamkan tulang buku lali. Saya diberikan cuti sakit selama tiga hari namun keadaan selepas itu masih belum pulih dan terpaksa ke Klinik Kesihatan Tampoi untuk pemeriksaan lanjut.
"Sepanjang tempoh itu, pergerakan saya sangat terhad. Hendak berjalan pun sakit, apatah lagi melakukan aktiviti harian seperti biasa. Sedang berehat di rumah, saya mula terfikir, 'adakah saya boleh membuat tuntutan PERKESO untuk kemalangan yang berlaku di rumah, sebelum pergi bekerja?" katanya kepada BH, baru-baru ini.
Noor Ashikin berkata, beliau akhirnya mengambil inisiatif untuk menyemak skim perlindungan yang bersesuaian dengan keadaan dirinya dan membuat permohonan secara dalam talian pada 23 Ogos lalu.
"Proses permohonan nampak mudah, tetapi sebenarnya kita perlu menyediakan dokumen yang lengkap. Antaranya ialah maklumat pengenalan diri, butiran kejadian, dokumen rawatan dan MC yang berkaitan. Dokumen yang lengkap dan kronologi kejadian yang jelas sangat penting dalam proses tuntutan malah borang tidak boleh diisi sambil lewa.
"Pastikan maklumat yang diberikan tepat, jujur dan selaras dengan dokumen sokongan," katanya.
Beliau dihubungi pegawai PERKESO tidak sampai seminggu kemudian.
Kata Noor Ashikin, dia menerima notifikasi berkaitan bayaran faedah PERKESO pada awal bulan September, dengan bayaran sekitar RM299.73.
"Mungkin bagi sesetengah orang jumlah itu nampak kecil. Namun, bagi saya yang terpaksa berehat daripada bekerja, menanggung kos rawatan dan menggunakan MC selama beberapa hari, bantuan tersebut sangat bermakna," katanya.
Katanya, kes beliau mungkin nampak ringan dan bersyukur kerana tidak cedera parah, tetapi pengajaran yang diperolehi dan boleh dikongsi ialah kefahaman dan tindakan yang betul bagi setiap pekerja melindungi diri dan secara tidak langsung keluarga ketika hilang pendapatan.
Disengat haiwan berbisa
Seorang lagi pencarum PERKESO, Nurul Amira atau dikenali sebagai @amieradolce di laman Threads berkata, dia mendapat faedah selepas disengat haiwan berbisa hanya selepas sebulan skim Lindung 24 diperkenalkan.
Katanya, pada peringkat awal, beliau mendapatkan rawatan di klinik biasa selepas disengat haiwan berbisa, namun keadaannya semakin teruk sehingga mengalami jangkitan yang disifatkan sebagai selulitis (cellulitis) dan memerlukan rawatan di hospital.
"Pada mulanya saya belum memerlukan rawatan di wad hospital tetapi keadaan yang semakin serius menyebabkan saya terpaksa dimasukkan ke hospital.
"Ketika proses menuntut tuntutan saya akui agak mencabar kerana proses dokumentasi antaranya keperluan menyediakan laporan perubatan sebagai dokumen tambahan, sedangkan syarat berkenaan tidak dinyatakan secara jelas dalam maklumat di laman web PERKESO yang dirujuknya.
"Tetapi pegawai PERKESO begitu membantu dan menghubungi saya dalam tempoh dua atau tiga hari untuk meminta dokumen tambahan, iaitu laporan perubatan dan penyediaan dokumen ini sebenarnya mengambil masa kira-kira dua minggu. Tetapi selepas ia dihantar tuntutan diluluskan dalam tempoh satu hingga dua hari," katanya ketika berkongsi pengalaman itu.
Nurul Amira turut mengakui, proses berkenaan secara keseluruhannya berjalan pantas selepas dokumen yang diperlukan dilengkapkan, sekali gus membantunya mendapatkan faedah berkenaan.
"Saya rasa berbaloi mencarum setiap bulan untuk perlindungan seperti ini. Apabila berlaku perkara tidak dijangka, sekurang-kurangnya ada bantuan yang boleh dimohon," katanya.
Seorang barista, Ahmadi Aliuddin, 28, pula berkata, pastinya ramai beranggapan caruman PERKESO setiap bulan tidak memberikan manfaat yang jelas kepada mereka.
"Namun pada pandangan saya, kita perlu memahami dahulu tujuan setiap jenis caruman dan perlindungan yang disediakan kerana PERKESO mempunyai beberapa skim yang berbeza. Setiap skim mempunyai syarat, jenis faedah dan proses tuntutan tersendiri.
"Sebab itu, jangan terus membuat kesimpulan bahawa kita tidak layak hanya kerana kita tidak pernah membuat tuntutan sebelum ini," katanya.
Nasihatnya, sekiranya berlaku kemalangan atau kehilangan pekerjaan, semak dengan PERKESO mengenai skim yang berkaitan dengan keadaan dihadapi.
"Simpan dokumen rawatan, sijil cuti sakit, laporan perubatan dan bukti lain yang berkaitan. Catat kronologi kejadian dengan tepat serta berikan kerjasama apabila pegawai meminta maklumat tambahan," katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian21:59
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.