
Bimbang hilang pendapatan punca kerajaan negeri halang pilihan raya PBT, kata Muda
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Muda deputy president Zaidel Baharuddin proposed introducing a directly elected mayor for Kuala Lumpur as a pilot project for local democracy. (Facebook pic) KUALA LUMPUR: State governments fear a loss of reliance if local councils are elected, Muda deputy president Zaidel Baharuddin told a forum here today. He said opposition to local elections extended to political parties on both sides, and was no longer confined to Barisan Nasional. (Free Malaysia Today, 19:34)
Read the reporting
2 reports
Bimbang hilang pendapatan punca kerajaan negeri halang pilihan raya PBT, kata Muda
Timbalan Presiden Muda, Zaidel Baharuddin juga mencadangkan supaya jawatan datuk bandar Kuala Lumpur dipilih menerusi pilihan raya sebagai projek perintis demokrasi tempatan. (Gambar Facebook) KUALA LUMPUR: Kerajaan negeri bimbang kehilangan sumber kebergantungan sekiranya ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) dipilih melalui pilihan raya, kata Timbalan Presiden Muda, Zaidel Baharuddin.
Beliau berkata bantahan terhadap pilihan raya kerajaan tempatan melibatkan parti politik di kedua-dua belah pihak dan tidak lagi terhad kepada Barisan Nasional (BN) sahaja.
Berucap dalam satu forum politik, Zaidel berkata kerajaan negeri mempunyai kuasa percukaian yang terhad, manakala PBT menjana pendapatan melalui cukai taksiran harta, lesen dan fi lain.
PBT juga memainkan peranan penting dalam melaksanakan dasar kerajaan negeri, termasuk yang berkaitan dengan penggunaan tanah dan pembangunan.
Beliau berkata kerajaan negeri berdepan kekangan perlembagaan dan kewangan, menjadikan PBT sumber pendapatan yang penting serta instrumen untuk melaksanakan dasar kerajaan negeri.
“Masalahnya apabila datuk bandar tidak dipilih melalui pilihan raya ialah mereka tidak bertanggungjawab kepada anda,” katanya dalam sesi mengenai reformasi kerajaan tempatan.
Beliau mencadangkan supaya jawatan datuk bandar Kuala Lumpur dipilih secara pilihan raya sebagai projek perintis demokrasi tempatan.
Beliau berkata penduduk Kuala Lumpur kini boleh mengundi Ahli Parlimen, tetapi tidak mempunyai perwakilan di peringkat negeri, manakala pentadbiran bandar itu berada di bawah kerajaan Persekutuan.
“Lihat Kuala Lumpur bukan sebagai sebuah negeri, tetapi sebagai sebuah bandar,” katanya.
"Walaupun pilihan raya PBT tidak akan menghapuskan rasuah atau kegiatan melobi, persaingan pilihan raya boleh meningkatkan akauntabiliti dan tadbir urus."
Zaidel turut menolak kebimbangan bahawa pilihan raya kerajaan tempatan terlalu rumit untuk diadakan.
Beliau mencadangkan bahawa kelayakan pengundi boleh disahkan melalui resit cukai taksiran harta atau bil utiliti yang menunjukkan bahawa penyewa telah menetap di sesuatu kawasan selama dua hingga tiga tahun.
Beliau mengkritik sistem semasa yang menggunakan mesyuarat libat urus awam, dengan berkata penjadualan dan struktur mesyuarat tersebut menyukarkan penduduk yang bekerja untuk mengambil bahagian.
Katanya, pemilihan ahli majlis yang boleh menghadiri mesyuarat perancangan dan pengezonan secara berkala akan lebih berkesan.
Pensyarah kanan di institut dasar awam Universiti Malaya, Helmi Abu Yahya berkata kekurangan kemahuan politik dalam kalangan parti pemerintah merupakan halangan utama untuk mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan.
Beliau turut berkata Malaysia tidak mempunyai badan bebas khusus untuk memantau prestasi kerajaan tempatan dan memperjuangkan reformasi perbandaran.
Penyertaan masyarakat yang lebih meluas juga diperlukan, sambil merujuk kepada jumlah kehadiran orang awam yang rendah dalam sesi pendengaran mengenai draf Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040.
“Apabila kehadiran orang awam hampir tidak wujud, pembuat keputusan tertinggi menganggap orang awam belum bersedia untuk demokrasi tempatan,” katanya.
Pilihan raya kerajaan tempatan diadakan dari 1956 hingga 1965 sebelum digantung, kemudian dimansuhkan setahun selepas itu.
Sebuah suruhanjaya diraja yang ditubuhkan pada 1965 mengesyorkan supaya pilihan raya kerajaan tempatan dikembalikan.
Bagaimanapun, kerajaan persekutuan memutuskan untuk tidak berbuat demikian dan menggubal Akta Kerajaan Tempatan 1976, yang secara berkesan menggantung pilihan raya kerajaan tempatan.
Undang-undang itu memberi kuasa kepada kerajaan negeri untuk melantik datuk bandar, yang dipertua dan ahli majlis, dan bukannya memilih mereka melalui pilihan raya oleh orang awam.
Pada 2008, Pulau Pinang dan Selangor yang dipimpin Pakatan Harapan cuba menghidupkan semula pilihan raya tersebut bagi memenuhi janji pilihan raya, tetapi usaha itu tidak berhasil.
Pada Februari 2024, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata pilihan raya kerajaan tempatan bukan keutamaan kerana kementeriannya memberi tumpuan kepada bidang lain, seperti keselamatan jalan raya serta kebersihan tandas awam dan longkang.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
- Discussed in English, Bahasa Malaysia
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsFree Malaysia Today19:34
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Free Malaysia Today
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.