Malaysian Attention Engine
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Bina bonding dalam kandang

Only social or community posts, or a single source.

Attention
41
no previous hour
Momentum
48
2 vs 0 mentions/h
Sources
2
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 11 Oct, 07:30 MYTLatest activity 11 Oct, 08:02BMconfidence 77%

What happened

Bina bonding dalam kandang (Harian Metro, 07:33)

Read the reporting

2 reports
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Hanya tujuh hari 'tawan' hati Tai Sen

By Noor Hidayah Tanzizi · 11 Oct, 08:02 MYT

hidayah.tanzizi@hmetro.com.my

Kajang: Hari pertama perkenalan Koperal Siti Salwana Mohd Ismail sudah mendapat 'tanda' pada tangan kirinya selepas digigit Tai Sen, anjing kawalan yang menjadi 'rakan' setugasnya dalam Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Penjara Malaysia.

Bagaimanapun itu tidak mematahkan semangatnya mendapatkan kepercayaan anjing jantan baka Belgian Malinois yang disifatkan sangat agresif pada pertemuan pertama itu sebelum akhirnya dia berjaya 'menundukkan' Tai Sen dalam masa seminggu pada Mac lalu.

Berkongsi kisahnya, Siti Salwana, 32, berkata, Tai Sen bukan anjing yang mudah 'ditawan' kerana ia agresif, tidak mesra dan tidak mudah dikendalikan, malah anggota lain tidak boleh memegangnya.

"Apabila pegawai maklumkan Tai Sen akan diserahkan kepada saya memang agak ragu juga kerana tidak semua orang termasuk anggota lelaki boleh memegangnya. Saya masih ingat kali pertama jumpa Tai Sen sangat agresif hingga gigit saya namun gigitan itu seperti 'lesen' lulus untuk pengendali anjing K9.

"Kali pertama saya pakaikan harness (abah-abah anjing) Tai Sen keluarkan bunyi tidak menyenangkan macam mahu gigit dan ketika mula-mula berikan makanan pun agak takut juga, memang sangat mencabar mahu 'menawan' hati Tai Sen namun saya tetap teruskan.

"Saya bawa berjalan, beri makan, mandikan dan meluangkan masa bersamanya sehingga hubungan kami rapat dalam tempoh kira-kira seminggu dan Tai Sen sudah faham saya adalah 'tuan'," katanya.

Katanya, sama seperti pengendali lain dia juga menggunakan cara dan pendekatan sama dalam mengendalikan anjing berkenaan, malah turut melayan Tai Sen seperti kawan baik dan berbual dengannya.

"Apabila sudah ada bonding dan anjing sudah mengenali kita sebagai pengendalinya ia akan menerima arahan. Setiap kali Tai Sen ikut arahan, kita beri ganjaran supaya ia faham apa yang kita mahu.

"Sekarang orang lain tidak boleh sentuh Tai Sen. Kalau saya kata boleh, maknanya boleh. Kalau saya kata tidak boleh, memang tidak boleh. Tai Sen akan tengok muka saya dan tunggu arahan. Bila saya suruh buat sesuatu, dia akan ikut," katanya.

Anak kelahiran Taiping, Perak itu berkata, Tai Sen anjing kawalan berasal dari China dan ditugaskan untuk pengiringan banduan berpindah, kes kelarian atau situasi rusuhan yang memerlukan kawalan di dalam penjara.

Katanya, pengalaman paling menggembirakan ialah ketika pertama kali membawa Tai Sen menjalankan tugasan kawalan apabila anjing itu patuh dan bertindak mengawal keadaan mengikut latihan.

"Apabila Tai Sen nampak banduan cuba mendekati, ia terus bertindak mengawal dan bagi saya, itu satu kepuasan kerana saya berjaya mendapatkan kepercayaan anjing yang sebelum ini sukar dikendalikan," katanya.

Siti Salwana berkata, jantina dan agama bukan penghalang untuk menyertai Unit K9, sebaliknya minat, keberanian serta kemahiran membina hubungan dengan anjing menjadi perkara penting.

Katanya, sebagai wanita Islam, dia juga tidak menganggap tugasan mengendalikan anjing sebagai sesuatu yang menyukarkan kehidupan beragama kerana hukum berkaitan pekerjaan mempunyai ketetapan, malah keluarganya juga memberi sokongan serta galakkan.

"Ada juga orang bertanya macam mana saya sertu dan mengenai hukum pegang anjing. Saya selalu cakap Islam itu mudah. Kalau dari segi pekerjaan ada hukum yang mengharuskan, jangan kita jadikan ia susah tetapi paling penting kita perlu ikut panduan ditetapkan.

"Saya anggap tugas ini juga sebagai peluang untuk saya terangkan pada orang lain mengenai perkara itu dalam sudut sebagai Muslim. Kami di sini disediakan bahan untuk sertu dan kami melakukannya setiap hari mengikut garis panduan," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Harian Metro’s feed.Read at Harian Metro

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 42first news pick-upNEWnow08:00
Latest 08:26 MYT
41New
Mentions / h2Velocity0.03/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source
  2. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
11 Oct, 07:33 MYT
Origin confidence 90% · 29 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    07:33

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (3)

Bina bonding dalam kandang
hmetro.com.myNewsmainstreamBMnear-duplicate
Bina bonding dalam kandang
Harian MetroNewsmainstreamBM
Hanya tujuh hari 'tawan' hati Tai Sen
Harian MetroNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.