Malaysian Attention Engine
Live wire
61Lelaki tular lakukan perbuatan tidak senonoh pada kucing ditahan54Kes berkait Lee Zii Jia dan keluarga selesai secara baik54Anwar dijadual beri penjelasan isu 'mafia korporat', rasuah FELDA di Dewan Rakyat esok49Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi46FAM dijangka meterai MoU dengan 2 penaja baharu45Amirudin teliti pembubaran PN, tak jejas CSA Bersatu kerajaan negeri44General : Corporate Mafia: RM4.3 Billion Frozen, RM1 Billion Seized Since Late 2022 - PM Anwar44Business : National Carmakers To Sustain 2026 Sales Momentum - HLIB Research44Kerajaan tak pernah keluar arahan tangguh siasat kes Felda43Anwar akui kelemahan proses pelaburan KWAP di Jakarta42General : Gombak-Kota Bharu ECRL Tickets To Start At RM125, Sales Begin Mid-November42Dagangan Malaysia catat pencapaian luar biasa sembilan bulan pertama 2026
NewUnconfirmedupdated 3 h ago

'Bina rumah praktikal didiami sepanjang hayat'

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 20 Oct, 09:10 MYTLatest activity 20 Oct, 09:10BMconfidence 60%

What happened

SHAH ALAM – Golongan muda berharap pemaju menyediakan kediaman yang selamat, mudah diakses dan praktikal untuk didiami sepanjang hayat supaya mereka tidak perlu berpindah atau melakukan pengubahsuaian besar apabila usia meningkat.Seorang guru tadika, Nur Atiqah Abdul Wahab berkata, pemaju perlu menyediakan rumah yang sesuai untuk didiami setiap peringkat kehidupan, bukan hanya ketika penghuni masih muda."Antara ciri kediaman yang saya diharapkan ialah rumah satu tingkat tanpa tangga, laluan luas dan bilik air yang selamat."Rumah sepatutnya bukan sahaja selesa untuk didiami ketika muda, tetapi (Sinar Harian, 09:10)

Read the reporting

1 report
Sinar Harian·News·BM·2 min read

'Bina rumah praktikal didiami sepanjang hayat'

By RAIHAM MOHD SANUSI · 20 Oct, 09:10 MYT

SHAH ALAM – Golongan muda berharap pemaju menyediakan kediaman yang selamat, mudah diakses dan praktikal untuk didiami sepanjang hayat supaya mereka tidak perlu berpindah atau melakukan pengubahsuaian besar apabila usia meningkat.Seorang guru tadika, Nur Atiqah Abdul Wahab berkata, pemaju perlu menyediakan rumah yang sesuai untuk didiami setiap peringkat kehidupan, bukan hanya ketika penghuni masih muda."Antara ciri kediaman yang saya diharapkan ialah rumah satu tingkat tanpa tangga, laluan luas dan bilik air yang selamat."Rumah sepatutnya bukan sahaja selesa untuk didiami ketika muda, tetapi juga praktikal apabila penghuni semakin berusia atau mempunyai masalah pergerakan," katanya kepada Sinar Harian.Muka depan akhbar ini pada Isnin melaporkan tangga, bilik air licin, ruang sempit dan bilik tidur di tingkat atas boleh menjadikan rumah sendiri satu perangkap apabila usia meningkat, termasuk meningkatkan risiko jatuh atau menyebabkan penghuni terperangkap di satu aras.Disebabkan itu, ada pemilik terpaksa mengeluarkan sehingga RM50,000 daripada simpanan persaraan untuk menyesuaikan kediaman di mana pakar seni bina UKM, Dr Mazlan Mohd Tahir mengingatkan kelemahan reka bentuk rumah akhirnya boleh bertukar menjadi masalah kecukupan simpanan persaraan.Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, isu itu kini diberi perhatian menerusi Dasar Perumahan Negara 2026-2035 yang menekankan rumah baharu lebih mudah diakses selain penambahbaikan kediaman sedia ada.Nur Atiqah, 36, juga memberitahu, dia mengimpikan kediaman sendiri yang mempunyai ruang luas, pengudaraan baik serta bilik tidur dan bilik air yang mudah diakses, selain reka bentuk mesra kanak-kanak dan warga emas.Katanya, kemudahan itu membolehkannya terus tinggal di rumah sendiri sehingga usia tua tanpa perlu berpindah hanya disebabkan faktor usia atau kesukaran bergerak.Sementara itu, Fara Wahidah Norismarshah, 24, yang bekerja dalam bidang percukaian dan menetap di TTDI Jaya, Shah Alam berkata, rumah yang selesa penting supaya penghuni dapat menjalani kehidupan dengan tenang tanpa perlu menyusahkan orang lain apabila semakin berusia."Bagi saya, pemaju bukan sekadar perlu bina tempat tinggal, tapi kena bina tempat kita berteduh sampai tua kelak. Untuk zaman sekarang ini, banyak rumah dibina untuk jual, bukan untuk didiami sepanjang hayat."Harapan saya untuk kediaman sendiri adalah saya boleh hidup tenang di rumah sendiri dan tanpa menyusahkan orang lain. Itulah makna selesa bagi saya bila semakin berusia nanti," ujarnya.Senada dengan pandangan itu, koordinator jualan, Raja Danish Iskandar Raja Daud, 26, memberitahu, disebabkan rumah merupakan aset untuk jangka masa panjang, kawasan kediaman juga perlu mesra penduduk."Selain daripada kemudahan awam yang mampu memberikan kesenangan terhadap penduduk, komuniti yang bagus pun boleh jadi faktor keharmonian hidup juga kalau nak tinggal lama di sesebuah kawasan."Bagi saya hidup ini tak perlu mewah, cukup dengan keadaan rumah yang mesra pelbagai peringkat umur serta mempunyai kemudahan yang lengkap dan selesa," katanya.

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow
Latest 09:41 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Sinar Harian) source

Where it started

Sinar Harian (News)
20 Oct, 09:10 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Sinar Harian
    09:10

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.