
Bivol buru sejarah pertahan empat tali pinggang
Only social or community posts, or a single source.
What happened
London: Yekaterinburg: Dmitry Bivol bakal mempertahankan gelaran juara dunia kelas light heavyweight bersepadu menentang Callum Smith pada 12 Disember ini di Yekaterinburg, Russia. (Harian Metro, 09:29)
Read the reporting
1 report
Bivol buru sejarah pertahan empat tali pinggang
London: Yekaterinburg: Dmitry Bivol bakal mempertahankan gelaran juara dunia kelas light heavyweight bersepadu menentang Callum Smith pada 12 Disember ini di Yekaterinburg, Russia.
Bivol (25-1, 12 KO) akan mempertaruhkan tali pinggang IBF, WBO, WBA dan Ring ketika Smith (31-2, 22 KO) mengintai peluang menjadi juara dunia dalam dua divisyen selepas pernah memegang gelaran WBA kelas super middleweight.
Pertarungan itu diarahkan oleh WBO sebagai pertahanan gelaran wajib buat Bivol.
Kedua-dua petinju hadir selepas melalui tempoh kurang aktif dalam gelanggang.
Smith kali terakhir bertarung pada Februari 2025, ketika menewaskan Joshua Buatsi di Riyadh, Arab Saudi, dalam pertarungan sokongan bagi perlawanan ulangan Bivol menentang Artur Beterbiev.
Petinju Britain itu dijadualkan bertemu David Morrell pada April lalu, namun terpaksa menarik diri akibat kecederaan.
Bivol yang turut berdepan masalah kecederaan hanya beraksi sekali sejak Februari tahun lalu, apabila menewaskan Michael Eifert pada Mei lalu.
Smith hanya mengalami dua kekalahan sepanjang karier profesionalnya, masing-masing kepada Saul 'Canelo' Alvarez pada 2020 dan Beterbiev pada 2024.
Selepas berdepan Smith, Bivol mengintai peluang menyertai pertarungan besar sekiranya berjaya melepasi cabaran petinju Britain itu.
Menerusi program 'Inside the Ring', Bivol menyenaraikan David Benavidez, Canelo dan Beterbiev sebagai antara nama yang mahu dihadapinya.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro09:29
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.