Malaysian Attention Engine
Live wire
53World : New White House Press Secretary Katie Zacharia Steps Down46Dua beranak sesat ketika cari akar kayu di Besut45Agong seru rakyat tolak fitnah, kebencian di media sosial44Akses pembiayaan, latihan perdagangan penting jadikan Malaysia hab petroleum serantau42Gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan sekitar Johor Jaya – TNB41Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi41Pemimpin kanan parti politik ditangkap khalwat40Singapura keluar notis amaran kepada 7 syarikat Indonesia dikenal pasti jadi punca jerebu35Bukit Aman probing Filipino, Bangsamoro links in Laos meth bust35Polis buru suspek curi kabel MRT34‘Bonet sampai terangkat’ – Wany Hasrita cemas kemalangan34PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Black Hanfiah buat laporan polis, ditipu keli kedua

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 09:17 MYTLatest activity 17 Oct, 09:17BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Black Hanifah, 38, telah membuat satu laporan polis berhubung kes pecah amanah membabitkan seorang kakitangan yang bekerja di villanya baru-baru ini. (Utusan Malaysia, 09:17)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·4 min read

Black Hanfiah buat laporan polis, ditipu keli kedua

By . AL FAIZAL ABDUL KARIM · 17 Oct, 09:17 MYT

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Black Hanifah, 38, telah membuat satu laporan polis berhubung kes pecah amanah membabitkan seorang kakitangan yang bekerja di villanya baru-baru ini.

Kata Black, beliau telah menyerahkan bukti dan dokumen perlu kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan terhadap pelaku yang dianggap sebagai keluarga itu.

“Pecah amanah ini membabitkan kakitangan yang bekerja selama lima bulan dengan saya. Kerugian bukan dalam bentuk wang tunai, tetapi kehilangan 100 orang pengunjung villa saya.

“Ianya ini bukan sahaja membabitkan tindakan beliau yang tidak melayan bakal pengunjung yang membuat tempahan tetapi memadam semua data mereka dan melakukan penipuan dengan membuat tempahan palsu di Villa kami sehingga tahun depan.

“Saya dan isteri sudah laporkan perkara ini kepada pihak polis. Kami ada bukti yang kukuh dan bila-bila masa boleh heret dia ke mahkamah. Apa pun, siasatan sedang dijalankan dan kerana itu saya tidak boleh mengulas lanjut berkenaan hal ini,” katanya yang ditemui media dalam Majlis Pelancaran Lagu dan Muzik Video, Terlerai Sudah di ibu negara semalam.

Black berkata dia amat kecewa dan mengakui kesilapannya yang melayan individu berkenaan dan keluarganya sepeti keluarga sendiri sehingga membuka ruang kepada beliau untuk melakukan penipuan.

“Saya kecewa kerana saya melayan dia seperti keluarga. Saya yang tolong hantar anak-anaknya pergi belajar Al-Quran. Bawa dia makan di kedai. Saya gajikan dia RM4000 sebulan untuk jaga sebelas buah bilik di villa tersebut. Nampaknya dia tidak bersyukur dengan kelebihan yang telah saya berikan kepadanya.

“Kesalahan saya adalah melayan kakitangan seperti keluarga. Saya sebenarnya mahukan hubungan yang rapat antara majikan dengan kakitangan. Mungkin dengan cara itu membuatkan kita selesa.

“Tapi, saya silap. Bila saya buat macam itu maka saya ditipu dan ini sudah masuk kali kedua,” ujarnya.

Kata Black lagi kejadian itu turut meranapkan hari percutiannya bersama keluarga kerana terpaksa bertegang urat dengan individu tersebut melalui panggilan telefon.

“Emosi kami sekeluarga terganggu. Saya dapat tahu perkara ini ketika bercuti dengan isteri dan anak-anak saya, hampir setengah hari bergaduh di telefon, maki hamun.

“Anak-anak saya terpaksa dengar perbualan kami. Kasihan mereka, percutian yang sepatutnya dinikmati sekeluarga bertukar tragedi maki hamun di telefon,” kongsinya.

Ujarnya lagi, dia juga perlu menghadap provokasi daripada keluarga pelaku yang secara membabi buta menuduhnya mengabaikan pekerja berkenaan dengan tidak memberi gaji.

“Perkara itu tidak selesai setelah kami pulang bercuti. Kami terpaksa menghadap provokasi di media sosial daripada pihak kakitangan tersebut, mengatakan saya tidak membayar gaji dan bermacam-macam lagi dakwaan.

“Saya ini penyanyi yang bertahan dalam industri seni. Banyak pencapaian saya. Jika saya mahu menganiaya dia, saya bodoh. Saya tak pernah tipu orang,” ujarnya.

Kata Black lagi, terdahulu, dia sempat melakukan soal siasat terhadap pelaku selepas mengetahui perkara itu melalui semakan sistem tempahan.

“Saya siasat dia, tanya kenapa siapa yang hantar dia? Kenapa dia abaikan pesanan WhatsApp pengunjung yang ingin membuat tempahan, termasuk pelanggan yang ingin membuat sambutan hari jadi di kafe saya, semua dia abaikan.

“Saya tak tahu apa tujuan dia. Tapi yang penting sebelum ini laporan polis pernah dibuat terhadap dia, banyak masalah yang dia lakukan di tempat dia bekerja sebelum ini,” kongsinya lagi.

Ujarnya, dia serik untuk mempercayai orang luar bagi menguruskan perniagaannya, justeru akan lebih berhati-hati terhadap mana-mana pihak selepas ini.

“Serik untuk mempercayai orang luar. Alhamdulillah sekarang ini villa kami ada kakitangan yang baik yang kami jaga dengan baik.

“Saya dan isteri akan lebih berhati-hati selepas ini. Tak akan serah hal ehwal pengurusan villa kepada pengurus. Kami akan bersama-sama menguruskan villa tersebut,” jawabnya.

Namun, Black tetap bersyukur atas kejadian menimpanya yang mengajar untuk lebih menghargai kakitangan sedia ada yang setia bekerja dengannya selama ini.

“Saya bersyukur perkara ini terjadi kerana ia mengajar saya dan isteri supaya lebih berhati-hati, isteri saya juga belajar tentang sistem tempahan dan sekarang sudah mahir mengendalikannya.

“Kami juga terus menggajikan kakitangan setia, tiga orang semuanya yang boleh bekerja dengan baik. Insiden ini membuatkan kami serik mengambil orang luar untuk menguruskan villa kami.

“Saya berterima kasih kepada Allah, kerana ujian inilah, kami diberikan perkara tak disangka-sangka, tempahan kami penuh sampai tahun depan,” kongsinya.

Dalam pada itu, Black tidak menaruh dendam malah sedia memaafkan pelaku atas semua kesalahan yang dilakukannya dalam perniagaan itu.

“Saya belum menerima permohonan maaf daripada pelaku. Saya harapkan dia berubah sebab Islam itu hadhari. Orang boleh berubah, kita tak boleh sewenang-wenang bercakap mengenai dia selepas ketiadaan dia dengan kita.

“Saya harap juga kejadian ini boleh menjadi contoh kepada orang lain agar lebih berhati-hati dengan setiap perniagaan yang mereka jalankan. Jangan mudah percaya orang. Sebagai pemilik perniagaan, kita kena tahu selok beloknya,” ujarnya lagi.

Black juga tidak akan meminta ganti rugi, apatah lagi mengheretnya ke mahkamah sekiranya pelaku datang kepadanya untuk meminta maaf.

“Adat perniagaan, ada orang tidak jujur dan ada yang tidak ikhlas bekerja dengan kita. Saya sudah bersedia, tapi ini kali kedua (ditipu).

“Kalau ikutkan, saya boleh tuntut ganti rugi. Tapi saya tak sampai ke tahap itu. Biarlah orang aniaya kita, jangan kita aniaya orang sebab dia masih ada anak dan isteri,” terangnya.- UTUSAN

The post Black Hanfiah buat laporan polis, ditipu keli kedua appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow10:00
Latest 10:50 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
17 Oct, 09:17 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    09:17

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.

Black Hanfiah buat laporan polis, ditipu keli kedua · Malaysian Attention Engine