
Bolehkah perempuan menindik hidung?
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Bolehkah perempuan menindik hidung? (Kosmo!, 11:03)
Read the reporting
1 report
Bolehkah perempuan menindik hidung?
Apakah hukum menindik hidung bagi seorang perempuan?
JAWAPAN: HUKUM menindik hidung adalah haram menurut mazhab Syafi’i. Hal ini kerana perbuatan meletakkan barang kemas pada hidung bukan bentuk perhiasan yang menjadi kebiasaan masyarakat setempat.
Selain itu, pengharaman menindik hidung kerana unsur penyerupaan (tasyabbuh) tradisi agama lain yang berkait rapat dengan ritual keagamaan.
Budaya menindik hidung yang dilakukan bagi kecantikan atau simbolik sebenarnya berasal lebih dari 4,000 tahun lalu di Asia Barat dan India.
Ia juga dilakukan oleh masyarakat asli Amerika dan Australia. Wanita Afrika Utara secara tradisinya menindik hidung atas pelbagai sebab seperti menunjukkan status perkahwinan seseorang, menghormati dewi dan menunjukkan kekayaan.
Hukum menindik hidung adalah haram sama ada lelaki mahupun perempuan. Begitu juga haram ke atas kanak-kanak menurut fuqaha mazhab Syafi’i.
Imam Ibn Hajar menyatakan bahawa menebuk lubang pada hidung bagi memasukkan cincin emas mahupun perak adalah haram.
Hal ini kerana menindik hidung untuk meletakkan barang kemas bukan satu bentuk perhiasan yang menjadi kebiasaan masyarakat setempat.
Seterusnya, perbuatan menindik hidung juga merupakan adat tradisi golongan bukan Islam yang mempunyai unsur keagamaan.
Celaan yang dahsyat terhadap penyerupaan agama lain bersandarkan hadis daripada Ibn Umar RA, Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah daripada kalangan mereka.”
Kesimpulannya, hukum menindik (piercing) mana-mana bahagian hidung untuk memakai cincin emas, perak atau menindik hidung dengan batu berlian adalah haram sama ada lelaki dan wanita dewasa, mahupun untuk kanak-kanak.
The post Bolehkah perempuan menindik hidung? appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!11:03
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.