
Budak nakal, karate dan impian Olimpik
Only social or community posts, or a single source.
What happened
BERMULA dengan usaha ibunya, K.Manggaiyakarasi bagi mengawal kenakalan ketika kecil, karate akhirnya membuka laluan buat K. Thevendran membina karier sebagai atlet negara, sekali gus memasang impian besar yang mahu dicapainya di pentas Olimpik. (Utusan Malaysia, 14:00)
Read the reporting
1 report
Budak nakal, karate dan impian Olimpik
BERMULA dengan usaha ibunya, K.Manggaiyakarasi bagi mengawal kenakalan ketika kecil, karate akhirnya membuka laluan buat K. Thevendran membina karier sebagai atlet negara, sekali gus memasang impian besar yang mahu dicapainya di pentas Olimpik.
Segalanya bermula ketika dia baru berusia empat tahun apabila ibunya menghantar Thevendran mengikuti kelas karate kerana tidak tahan dengan kenakalannya di rumah.
Dua tahun kemudian, sukan yang pada awalnya menjadi cara untuk mengawal tingkah laku itu mula membawa Thevendran mengenal cita-cita yang jauh lebih besar iaitu menjejakkan kaki ke pentas Sukan Olimpik dan memburu pingat emas buat Malaysia.
“Ketika berusia empat tahun, ibu menghantar saya ke kelas karate kerana saya sangat nakal. Setiap kali ibu membuat kerja rumah, saya pasti akan mengganggunya.
“Sejak itulah bermulanya perjalanan saya dalam dunia karate. Ketika berusia enam tahun, saya sudah menyimpan impian untuk beraksi di pentas Olimpik dan mahu memenangi pingat emas sekiranya berpeluang mewakili Malaysia dalam sukan itu,” katanya kepada Mingguan Malaysia.
Selain karate, Thevendran turut meminati bola sepak ketika di bangku sekolah sehingga pernah mewakili sekolah dalam saingan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM).
Bagaimanapun, dia akhirnya terpaksa mengetepikan sukan itu sebagai aktiviti kompetitif demi memberikan tumpuan kepada karate.
“Saya memang suka bermain bola sepak sejak sekolah rendah dan sekolah menengah. Saya juga pernah mewakili sekolah dalam MSSM.
“Tetapi saya berhenti kerana minat saya lebih kepada sukan karate dan sekarang saya bermain bola sekadar hobi,” ujarnya.
Meskipun masih bermain bola sepak untuk mengisi masa lapang, Thevendran mengakui perlu lebih berhati-hati bagi mengelakkan kecederaan yang boleh mengganggu persiapannya sebagai atlet karate.
Baginya, setiap kejohanan yang disertai bukan sekadar medan memburu kemenangan, malah peluang menilai perkembangan diri dan mengenal pasti kelemahan yang perlu diperbaiki, terutama ketika berdepan pencabar dari luar negara.
Perkara itu semakin jelas selepas dia meraih pingat gangsa pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
K. Thevendran bersama ibunya, K.Manggaiyakarasi ketika memenangi pingat gangsa Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.
Pencapaian tersebut memberinya gambaran tentang aspek yang masih perlu diperhalusi sekiranya mahu bersaing untuk meraih kejayaan lebih besar pada kejohanan akan datang.
“Saya nampak prestasi saya sendiri dari dahulu sehingga sekarang dan saya semakin yakin untuk bertarung dengan lawan dari luar negara.
“Dalam Sukan Asia baru-baru ini, saya merasakan hanya kesilapan kecil yang perlu diperbaiki dan jika saya dapat mengatasinya, saya percaya peluang untuk memenangi pingat emas juga lebih tinggi,” katanya.
Namun begitu, Thevendran sedar cabaran yang menanti bukan hanya bergantung pada peningkatan prestasinya sendiri apabila negara lain turut menunjukkan kemajuan, termasuk Kemboja dan Vietnam yang semakin memberi saingan sengit dalam karate di rantau Asia Tenggara.
Pemenang pingat emas Sukan SEA 2025 dalam acara kumite bawah 55 kilogram itu berkata, Malaysia sebelum ini sering mendominasi persaingan di peringkat serantau, tetapi keadaan tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk atlet negara berasa selesa dengan pencapaian terdahulu.
“Dahulu, negara seperti Kemboja dan Vietnam juga boleh disaingi tetapi sekarang mereka semakin bagus dan persaingan menjadi semakin sengit.
“Kami juga perlu terus meningkatkan prestasi kerana negara lain semakin kuat dan kami tidak boleh hanya bergantung pada kejayaan yang pernah dicapai sebelum ini,” jelasnya.
Selepas menamatkan saingan Sukan Asia, Thevendran kembali menjalani latihan secara berperingkat selepas berehat selama dua minggu sebelum meningkatkan intensiti latihan sebagai persediaan menghadapi kejohanan seterusnya.
Di sebalik tumpuan untuk terus mengembangkan karier sebagai atlet, dia turut menyimpan hasrat untuk berkongsi pengalaman dengan generasi pelapis menerusi bidang kejurulatihan apabila tiba masanya nanti.
“Saya ada juga minat untuk menjadi jurulatih, tetapi buat masa sekarang saya mahu fokus kepada diri sendiri dan mencapai semua sasaran yang masih belum saya capai.
“Mungkin apabila saya berusia sekitar 28 atau 29 tahun nanti, saya boleh mencuba menjadi jurulatih kepada atlet junior dan berkongsi pengalaman dengan mereka,” katanya.-UTUSAN
The post Budak nakal, karate dan impian Olimpik appeared first on Utusan Malaysia .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Utusan Malaysia) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsUtusan Malaysia14:00
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.