
Budaya 'toksik' gegar kem berbasikal Britain
Only social or community posts, or a single source.
What happened
London: British Cycling mengumumkan pelaksanaan "pelan tindakan" susulan satu tinjauan yang mendapati sebahagian responden dilaporkan menyifatkan Program Kelas Dunia badan berbasikal Britain itu sebagai "toksik". (Harian Metro, 10:56)
Read the reporting
1 report
Budaya 'toksik' gegar kem berbasikal Britain
London: British Cycling mengumumkan pelaksanaan "pelan tindakan" susulan satu tinjauan yang mendapati sebahagian responden dilaporkan menyifatkan Program Kelas Dunia badan berbasikal Britain itu sebagai "toksik".
Tinjauan sulit berkenaan dibiayai UK Sport dan dilaksanakan sebuah syarikat bebas awal tahun ini.
Menurut laporan The Times, hasil tinjauan itu menunjukkan kemerosotan semangat dalam kalangan pelumba dan kakitangan prestasi, manakala perkataan "toksik" muncul sebagai jawapan kedua paling kerap diberikan bersama satu lagi istilah apabila responden diminta menggambarkan program berkenaan.
"Kesejahteraan kakitangan dan pelumba adalah asas kepada segala yang kami lakukan di British Cycling.
"Tinjauan Maklum Balas yang menjadi perhatian dalam laporan baru-baru ini dikendalikan secara bebas bagi menyediakan alat yang berguna untuk membantu kami belajar dan melakukan penambahbaikan.
"Majoriti anggota pasukan berkata mereka menyukai pekerjaan masing-masing, manakala tahap penilaian positif secara keseluruhan meningkat dan berada pada tahap 'sangat baik' dalam kajian terkini.
"Bagaimanapun, kami perlu mengakui ada pihak yang mahukan penambahbaikan. Kami komited untuk mendengar pandangan mereka dan mengambil tindakan sewajarnya.
"Susulan itu, Pasukan Berbasikal Great Britain membangunkan pelan tindakan yang kini dilaksanakan seiring usaha lebih menyeluruh di seluruh British Cycling, dengan tumpuan kepada kepimpinan, pembangunan, maklum balas dan kesejahteraan."
Laporan mengenai tinjauan itu muncul selepas Matt Richardson digugurkan daripada skuad Great Britain bagi Kejohanan Berbasikal Trek Dunia minggu ini di Shanghai, susulan laporan bahawa dia sedang disiasat atas dakwaan salah laku.
Richardson berkata dia akan memberikan kerjasama dalam siasatan British Cycling dan berjanji berbuat demikian dengan "rasa kesal terhadap perasaan sesiapa sahaja yang terbabit".
"Amat penting bagi kami memastikan sukan yang menerima pelaburan kami mempunyai budaya yang selamat, sihat dan berprestasi tinggi, dengan suara atlet turut diambil kira dalam proses membuat keputusan.
"Atas sebab itu, badan sukan yang bekerjasama dengan kami menjalankan tinjauan bebas secara berkala terhadap atlet dan kakitangan dalam program prestasi masing-masing. Tinjauan itu menjadi sebahagian daripada penilaian budaya dalam persekitaran berkenaan," kata jurucakap UK Sport.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro10:56
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.