Buli siber boleh disiasat sebagai kes jenayah
Only social or community posts, or a single source.
What happened
SHAH ALAM – Buli siber tidak lagi boleh dianggap sekadar pertelingkahan di media sosial sekiranya wujud unsur ugutan, penyamaran identiti, penyebaran maklumat peribadi atau gangguan berulang sehingga menimbulkan ketakutan terhadap mangsa.Pakar kriminologi bebas, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim berkata, sesuatu perbuatan dengan niat mengugut, memalukan atau menyebabkan kemudaratan emosi kepada mangsa adalah perlakuan yang mempunyai implikasi undang-undang.Menurutnya, ugutan terhadap keselamatan seseorang jauh lebih serius berbanding pertengkaran yang berlaku sekali sahaja."Mangsa tidak seharusnya (Sinar Harian, 09:35)
Read the reporting
1 reportBuli siber boleh disiasat sebagai kes jenayah
SHAH ALAM – Buli siber tidak lagi boleh dianggap sekadar pertelingkahan di media sosial sekiranya wujud unsur ugutan, penyamaran identiti, penyebaran maklumat peribadi atau gangguan berulang sehingga menimbulkan ketakutan terhadap mangsa.Pakar kriminologi bebas, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim berkata, sesuatu perbuatan dengan niat mengugut, memalukan atau menyebabkan kemudaratan emosi kepada mangsa adalah perlakuan yang mempunyai implikasi undang-undang.Menurutnya, ugutan terhadap keselamatan seseorang jauh lebih serius berbanding pertengkaran yang berlaku sekali sahaja."Mangsa tidak seharusnya menunggu sehingga berlaku serangan fizikal sebelum mendapatkan bantuan."Laporan boleh dibuat apabila sudah terdapat ugutan, gangguan berulang, penyamaran, pemerasan, penyebaran kandungan sensitif atau keadaan yang menyebabkan seseorang berasa keselamatannya terancam."Laporan awal membolehkan pihak berkuasa mempunyai rekod rasmi dan menilai sama ada terdapat unsur kesalahan serta menentukan tindakan bersesuaian," katanya kepada Sinar Harian.Beliau menasihatkan mangsa supaya tidak terus memadam kandungan yang mengganggu atau menyakitkan hati kerana bahan itu mungkin menjadi bukti penting.Antara yang perlu disimpan ialah tangkap layar kandungan, nama akaun, nama pengguna, tarikh dan masa kejadian selain pautan hantaran, mesej, rakaman suara, gambar serta video."Jika gangguan berlaku berulang kali, buat kronologi tentang bila ia bermula, bagaimana berlaku dan berapa kali dilakukan."Akaun boleh dipadam, nama pengguna boleh ditukar dan hantaran boleh diturunkan pada bila-bila masa," katanya.Menurut Shahul Hamid, antara cabaran utama penguatkuasaan ialah penggunaan akaun palsu serta kesukaran menjejaki pelaku terutama apabila platform atau individu berada di luar negara.Justeru, beliau memaklumkan, kerjasama pantas antara Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), penyedia platform serta agensi berkaitan penting dalam mengesan pelaku dan memelihara bukti.Sementara itu, Pakar Kriminologi Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Zalmizy Hussin berkata, buli siber yang dilakukan berulang kali bukan sekadar ledakan emosi, sebaliknya boleh membentuk satu corak tingkah laku.Menurutnya, sifat anonimiti dalam dunia digital menyebabkan sesetengah pelaku merasakan identiti mereka terlindung dan risiko dikesan lebih rendah."Apabila seseorang tidak melihat reaksi sedih mangsa secara bersemuka, dia mungkin merasakan apa yang ditulisnya tidak memberi kesan."Keadaan itu boleh melemahkan kawalan moral dan rasa empati, sekali gus mendorong seseorang melakukan perkara yang mungkin tidak dibuat dalam kehidupan nyata," ujarnya.Beliau berkata, pengaruh rakan sebaya juga boleh menggalakkan perbuatan tersebut apabila pelaku mahu diterima dalam kelompok mereka.
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Sinar Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsSinar Harian09:35
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Sinar Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.