Malaysian Attention Engine
Live wire
51Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi47RUU hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri antara agenda Mesyuarat Majlis Raja-Raja44Business : MBSB And HDC Collaborate To Connect Malaysian Halal SMEs To Global Buyers44Court of Appeal upholds 30‑year jail, 12 strokes for trader who hid step‑brother’s body in cement drum44Jerebu: Tiada keperluan hantar nota diplomatik kepada Indonesia42Business : CelcomDigi, Maxis Accept MCMC Spectrum Awards40PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang40Kilang fiber terbakar, api marak sejak malam tadi39Akmal set to give up Merlimau to PAS, eyeing other safe seats39Puluhan khemah diterbangkan angin kencang di Gunung Sumbing36Sport : Jefri, Arrifin Swap NSC, Sports Commissioner Posts - KBS36Sekolah, institusi pendidikan di kawasan IPU lebih 180 tutup esok
NewConfirmedupdated 1 h ago

Bunuh abang tiri: Bekas peniaga kekal hukuman 30 tahun, 12 sebatan - Mahkamah Rayuan

Reported by two or more established outlets, or an official source.

Attention
47
no previous hour
Momentum
48
2 vs 0 mentions/h
Sources
4
2 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 18:13 MYTLatest activity 15 Oct, 18:40BMconfidence 89%

What happened

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan rotan terhadap seorang bekas peniaga, atas kesalahan membunuh abang tirinya sebelum menyembunyikan mayat di dalam tong berisi simen. (Berita Harian, 18:13)

Read the reporting

2 reports
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Bunuh abang tiri: Bekas peniaga kekal hukuman 30 tahun, 12 sebatan - Mahkamah Rayuan

By BERNAMA · 15 Oct, 18:13 MYT

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara 30 tahun dan 12 sebatan rotan terhadap seorang bekas peniaga, atas kesalahan membunuh abang tirinya sebelum menyembunyikan mayat di dalam tong berisi simen.

Panel tiga hakim, iaitu Hakim Datuk Noorin Badaruddin, Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid dan Datuk Seri Latifah Mohd Tahar dalam keputusan sebulat suara, menolak rayuan Mohamad Zamhuri Azami terhadap sabitan dan hukuman.

Panel itu juga menolak rayuan pihak pendakwaan untuk mengenakan hukuman mati terhadap Mohamad Zamhuri, 31.

Dalam keputusan sebulat suara, Hakim Noorin, berkata hukuman dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi ke atas Mohamad Zamhuri itu, hukuman yang memadai dan tidak memerlukan campur tangan Mahkamah Rayuan.

"Kami juga tidak mendapati asas yang mencukupi untuk menggantikan hukuman tersebut dengan hukuman mati ataupun 40 tahun penjara, sebagaimana yang dimohon oleh pihak pendakwa raya," katanya.

Hakim Noorin berkata kewujudan kemungkinan berlaku pertengkaran atau pergaduhan antara perayu dengan si mati, tidak secara automatik membuktikan perbuatan yang menyebabkan kematian si mati dilakukan secara sah di bawah pembelaan hak pertahanan persendirian.

Hakim Noorin juga berkata pihak pendakwaan telah membuktikan niat berdasarkan keterangan yang dikemukakan dan oleh itu, tiada justifikasi untuk menggantikan sabitan tersebut dengan sabitan di bawah Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan.

Pada 13 Mei tahun lalu, Mahkamah Tinggi Alor Setar telah mendapati Mohamad Zamhuri bersalah membunuh Mohd Hasnul Nizar Khairul Anuar, 34, dan menjatuhkan hukuman 30 tahun dan 12 sebatan.

Kesalahan itu dilakukan di rumah mereka di Kampung Padang Hassan, Bukit Pinang, Alor Setar, Kedah, pada pukul 7.15 malam 6 Mac 2020.

Mengikut fakta kes, perayu telah membawa pegawai polis ke tempat di mana si mati disimpan di dalam sebuah tong plastik berwarna biru berisi simen di luar rumah dan pihak polis juga merampas sebilah pisau pemotong daging.

Pada prosiding hari ini, peguam Ai Cha Ran berhujah bahawa anak guamnya tidak berniat untuk membunuh abang tirinya, sebaliknya mendakwa si mati menyerangnya ketika berlaku pergaduhan sebelum anak guamnya bertindak atas dasar membela diri.

Beliau berkata keterangan yang ada hanyalah menjurus kepada kesalahan menyebabkan kematian di bawah Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan iaitu menyebabkan kematian yang tidak terjumlah kepada kesalahan membunuh.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aqilah Syaza Ariffin berkata berdasarkan keterangan ahli patologi, kecederaan pada si mati iaitu luka hirisan yang panjang dan sangat mendalam pada bahagian leher, tidak konsisten dengan senario pergaduhan atau pergelutan yang dicadangkan oleh pihak pembelaan.

TAG: Bunuh, Abang Tiri, Tong, Mahkamah Rayuan, Penjara, Mohamad Zamhuri Azami

© New Straits Times Press (M) Bhd

As published in Berita Harian’s feed.Read at Berita Harian

1 / 2 · arrow keys switch reports

Why it is new

  • 2 mentions in the last hour after none the hour before
  • 4 independent sources, 4 new in the last hour
  • Driven by news coverage (4 mainstream mentions in 6h) with little social discussion so far
  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 2 mentions/hpeak 47NEWnow
Latest 18:49 MYT
47New
Mentions / h2Velocity0.03/minSources4Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Berita Harian) source
  2. News
    First news outlet reports it (Harian Metro) source

Where it started

Berita Harian (News)
15 Oct, 18:13 MYT
Origin confidence 60% · 0 min ahead of the next source
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Berita Harian
    18:13

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 4 established outlet(s): Astro Awani (BM), Berita Harian, Harian Metro, Sinar Harian

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (4)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.