Malaysian Attention Engine
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Bzu Bzu perkukuh pasaran di lebih 20 negara

Only social or community posts, or a single source.

Attention
18
−100% / 60 min
Momentum
19
0 vs 1 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 15 Oct, 21:48 MYTLatest activity 15 Oct, 21:48BMconfidence 60%

What happened

KUALA LUMPUR: Bzu Bzu akan memberi tumpuan kepada pengukuhan kedudukan di lebih 20 negara pasaran sedia ada, termasuk Malaysia, Singapura, Vietnam, Thailand dan Taiwan, menerusi pembangunan produk baharu serta peluasan capaian kepada pengguna. (Utusan Malaysia, 21:48)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·2 min read

Bzu Bzu perkukuh pasaran di lebih 20 negara

By SABRINA ZULKIFLI · 15 Oct, 21:48 MYT

KUALA LUMPUR: Bzu Bzu akan memberi tumpuan kepada pengukuhan kedudukan di lebih 20 negara pasaran sedia ada, termasuk Malaysia, Singapura, Vietnam, Thailand dan Taiwan, menerusi pembangunan produk baharu serta peluasan capaian kepada pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama Elite Beauty Asia, Raphael Jiang berkata, syarikat itu akan terus memperkenalkan rangkaian produk baharu dalam beberapa bulan akan datang bagi memenuhi keperluan pengguna di pasaran yang disertainya.

Beliau berkata, selain pasaran utama di Asia, Bzu Bzu turut mempunyai kehadiran di tujuh negara Asia Barat, termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait dan Qatar, selain memasuki pasaran India baru-baru ini.

“Kami mahu terus memperkukuh kehadiran di setiap pasaran sedia ada dan memperkenalkan produk baharu untuk memenuhi keperluan pengguna. Kami juga akan mempertimbangkan peluang untuk berkembang ke pasaran lain sekiranya terdapat potensi,” katanya semasa majlis kempen A Million Acts of Care di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Puteri Sultan Selangor, Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga merupakan Pengerusi Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM).

Mengulas strategi kebajikan syarikat, Raphael berkata, Bzu Bzu meneruskan kerjasama dengan organisasi amal bagi membantu keluarga yang memerlukan, khususnya menerusi penyediaan barangan keperluan harian.

Ujarnya, lampin bayi dipilih bagi kempen terbaharu kerana barangan itu merupakan antara perbelanjaan berulang bagi keluarga yang mempunyai anak kecil.

“Menerusi kempen A Million Acts of Care, Bzu Bzu menyumbangkan 30,000 pek lampin bayi bersamaan 1.57 juta keping kepada tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO), iaitu YFBM, Malaysian Relief Agency (MRA) dan Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (Pertiwi).

“Sumbangan itu akan diagihkan kepada keluarga yang memerlukan, termasuk komuniti berpendapatan rendah, keluarga yang terjejas akibat banjir, pelarian serta penduduk Program Perumahan Rakyat (PPR),” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif YFBM, Johan Halid berkata, keperluan asas seperti lampin bayi mampu membantu meringankan beban kewangan harian keluarga yang berdepan kesukaran.

“Bantuan berkenaan turut membantu memastikan bayi mendapat keselesaan dan kebersihan yang sewajarnya,” katanya.

Sumbangan itu merupakan sebahagian daripada usaha kebajikan Bzu Bzu selepas syarikat berkenaan menyalurkan lebih 100,000 pelitup muka gred perubatan kepada pelajar kurang berkemampuan pada 2020 menerusi kerjasama dengan Kementerian Pendidikan.

Dalam perkembangan berkaitan, Bzu Bzu menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records bagi kategori sumbangan lampin bayi terbanyak dalam kempen amal susulan sumbangan tersebut. – UTUSAN

The post Bzu Bzu perkukuh pasaran di lebih 20 negara appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow22:00
Latest 22:59 MYT
18New
Mentions / h0Velocity0.00/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
15 Oct, 21:48 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    21:48

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Bzu Bzu perkukuh pasaran di lebih 20 negara
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.