Malaysian Attention Engine
Live wire
45Politics : Mahmud Epah Named New Sarawak PKR Chairman45PRN Melaka: Bekas ketua menteri buat ‘come back’, cuba nasib DUN Sungai Udang45NCID officer seriously injured in machete attack during drug raid in Tanah Merah, says Kelantan police chief41Go away, I don’t want to see you, Tuanku Muhriz rebukes Negeri Sembilan MB37Nafuzi mahu benteng kebal, buru keputusan positif37Politics : BN Candidates List For Melaka: State Election To Be Announced On Oct 28 - Ab Rauf37Pendaki wanita tidak sedarkan diri di Air Terjun Langsir36Slain border agency officer’s remains to be buried in Tumpat tonight, says home minister36Kanak-kanak lelaki maut terjatuh dari tingkat 1135Gabungan dipimpin Saudi tembak jatuh 4 dron di Riyadh, wilayah timur dan selatan Arab Saudi35General : Fire Destroys 26 Workers' 'Kongsi' Houses In Labuan35PSG fight back to beat Strasbourg after Dembele penalty miss
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Cabaran pulihara kelah merah asli

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 18 Oct, 07:40 MYTLatest activity 18 Oct, 07:40BMconfidence 60%

What happened

HULU TERENGGANU: Sisiknya yang berkilau dengan warna merah memikat menjadikan ikan kelah merah Terengganu antara ikan air tawar bernilai tinggi atau bertaraf ‘kayangan’, malah harganya boleh mencecah RM1,000 sekilogram bagi ikan yang mempunyai warna menarik. (Utusan Malaysia, 07:40)

Read the reporting

1 report
Photo: Utusan Malaysia
Utusan Malaysia·News·BM·4 min read

Cabaran pulihara kelah merah asli

By ERMA YUSNIDA JUSOH · 18 Oct, 07:40 MYT

HULU TERENGGANU: Sisiknya yang berkilau dengan warna merah memikat menjadikan ikan kelah merah Terengganu antara ikan air tawar bernilai tinggi atau bertaraf ‘kayangan’, malah harganya boleh mencecah RM1,000 sekilogram bagi ikan yang mempunyai warna menarik.

Di sebalik keistimewaan ikan yang sering digelar ‘ikan kayangan’ itu, usaha menghasilkan benih berkualiti bukanlah sesuatu yang mudah kerana memerlukan pengetahuan, penjagaan rapi serta persekitaran air yang sesuai untuk pembiakan.

Bagi pengusaha benih ikan kelah, Mohd. Azerri Mohd Radzali, 46, dari Kampung Lubok Periuk di sini, penglibatannya dalam perusahaan itu bermula pada awal 2013 selepas mengambil alih tanggungjawab menguruskan ikan berkenaan daripada bapanya yang mengalami masalah kesihatan.

“Sebelum ini, saya hanya tahu ikan kelah kerana tinggal di kampung tetapi dari segi penjagaan, pembiakan dan pemasaran, semuanya perkara baharu bagi saya. Namun, melalui bimbingan Institut Penyelidikan Perikanan di Jelebu, Negeri Sembilan selama tiga tahun, saya mula belajar teknik menghasilkan benih menggunakan induk yang sesuai sebelum memperoleh kira-kira 1,000 ekor benih pada peringkat awal,” katanya kepada Mingguan Malaysia .

INDUK BERKUALITI PENENTU KEJAYAAN

Cabaran terbesar dalam perusahaan ikan kelah bukan sekadar membesarkan ikan, sebaliknya mendapatkan induk berkualiti yang mampu menghasilkan telur untuk pembiakan.

Menurut Mohd. Azerri, proses pembiakan memerlukan penelitian terhadap beberapa faktor termasuk pemakanan, keadaan persekitaran dan tahap tekanan ikan bagi memastikan induk berada dalam keadaan sesuai untuk menghasilkan telur.

“Kadangkala kita cuba pasangkan 30 hingga 40 pasang induk dalam satu-satu percubaan tetapi tidak memperoleh telur. Kita perlu mengenal pasti puncanya kerana ia mungkin berkaitan pemakanan, keadaan persekitaran atau ikan mengalami tekanan,” katanya.

SIMPAN 600 INDUK, ADA MENCECAH 11 KILOGRAM, USIA 30 TAHUN

Mohd. Azerri kini mempunyai kira-kira 600 ekor ikan kelah yang dipelihara sebagai induk dengan berat antara dua hingga 11 kilogram seekor.

Ikan bersaiz besar memerlukan tempoh penjagaan yang panjang sebelum mencapai saiz berkenaan, sekali gus menjadikannya aset penting dalam perusahaan tersebut.

“Induk besar mempunyai nilai tinggi tetapi saya tidak menjualnya kerana sukar mendapatkan ikan sebesar itu semula. Pernah ada ikan seberat kira-kira 10 kilogram iaitu berusia 30 tahun yang ditawarkan pada harga sekitar RM9,000, tetapi bagi saya induk seperti itu lebih penting untuk dikekalkan,” katanya.

Harga ikan kelah merah bergantung pada beberapa faktor termasuk warna, saiz dan berat, dengan ikan tertentu boleh mencecah RM500 hingga RM1,000 sekilogram.

PEMAKANAN BERKUALITI, KOS PENJAGAAN RM600 SEBULAN

Mengulas aspek penjagaan, Mohd Azerri berkata, ikan kelah yang dipeliharanya diberikan makanan pelet sepenuhnya bagi memastikan pengambilan nutrisi lebih konsisten dan memudahkan kawalan kualiti air.

Walaupun ikan kelah tidak memerlukan makanan dalam kuantiti sebanyak sesetengah spesies lain, kos makanan berkualiti bagi induk yang dipeliharanya boleh mencecah kira-kira RM600 sebulan.

“Pemakanan dan kualiti air sangat penting. Kita mahu ikan sentiasa sihat supaya apabila tiba masa pembiakan, induk berada dalam keadaan yang sesuai untuk menghasilkan telur,” katanya.

ANAK ikan kelah merah yang dibiak dan dibesarkan di Pusat Pembiakan Kelah dan Ikan Air Tawar Kampung Lubuk Periuk, Hulu Terengganu.– MINGGUAN/PUQTRA HAIRRY

AIR BUKIT SEMAKIN BERKURANGAN, PEMBIAKAN TERJEJAS

Bagaimanapun, perusahaan yang dibangunkannya sejak lebih sedekad lalu kini berdepan cabaran apabila sumber air bukit semakin berkurangan manakala kualitinya turut mengalami perubahan.

Masalah itu mula dirasai selepas kejadian banjir besar pada 2022 dengan keadaan semakin ketara sejak 2025 hingga kini. kekurangan sumber air dan perubahan kualiti air menyukarkan usaha menghasilkan benih dalam jumlah yang diperlukan.

“Kuantiti air bukit semakin berkurangan manakala kualiti air juga menurun. Kita sudah menjalankan ujian bersama Jabatan Perikanan dan mendapati terdapat perubahan pada tahap keasidan air.

“Kita sedang mencari penyelesaian termasuk menggunakan beberapa jenis penapis tetapi kapasiti sistem sedia ada masih terhad untuk menampung keperluan air dalam jumlah besar,” katanya.

Jika masalah itu berlarutan, perusahaan berkenaan berisiko menghadapi kesukaran untuk menghasilkan benih dalam jumlah yang mampu memenuhi permintaan pasaran.

BEKAL BENIH UNTUK PEMULIHARAAN KELAH TERENGGANU

Selain pasaran komersial, Mohd. Azerri turut memberi tumpuan kepada pembekalan benih ikan kelah merah kepada Jabatan Perikanan bagi menyokong usaha mengekalkan spesies ikan asli Terengganu di habitat semula jadi.

Katanya, pembekalan dibuat melalui program kerajaan, kerjasama pemuliharaan dan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) termasuk program pelepasan ikan di lokasi yang ditetapkan.

Menurutnya, kerjasama turut dijalinkan dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan komuniti setempat bagi menyokong usaha pemuliharaan di kawasan berkenaan.

“Antara matlamat utama saya adalah memastikan ikan kelah merah Terengganu terus kekal di negeri ini, khususnya melalui usaha pembiakan dan pelepasan semula ke habitat yang sesuai.

Saya bukan sekadar melihat ikan ini sebagai sumber pendapatan, tetapi mahu perusahaan yang dijalankan turut menyumbang kepada usaha mengekalkan ikan asli Terengganu,” katanya.

Dia berharap sokongan berterusan daripada Jabatan Perikanan termasuk bantuan input dan kemudahan pembiakan dapat membantu pengusaha meningkatkan pengeluaran serta menangani cabaran yang dihadapi.

Baginya, usaha memelihara ikan kelah merah bukan sekadar tentang menghasilkan ikan bernilai tinggi tetapi memastikan khazanah sungai yang menjadi kebanggaan Terengganu itu terus diwarisi generasi akan datang. – UTUSAN

The post Cabaran pulihara kelah merah asli appeared first on Utusan Malaysia .

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 32NEWnow08:00
Latest 08:09 MYT
31New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Utusan Malaysia) source

Where it started

Utusan Malaysia (News)
18 Oct, 07:40 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Utusan Malaysia
    07:40

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Utusan Malaysia

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Cabaran pulihara kelah merah asli
Utusan MalaysiaNewsmainstreamBM

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.