Malaysian Attention Engine
Live wire
52General : Malaysia Airlines To Resume Flights To Jeddah, Madinah Tomorrow51General : Govt To Amend Laws To Impose Heavier Penalties On Cable Thieves46190 foreigners held in Pudu entertainment centre raid early today45Arteta yakin Gyokeres mampu tamatkan kemarau gol44General : Malaysia, China Step Up Cooperation Against Cyber Scams - Ahmad Zahid44Rakyat P. Pinang nikmati bas elektrik Rapid Penang hari ini43MOT rangka pindaan undang-undang kes curi kabel rel42‘Suami arwah hubungi adik, dia sudah bunuh isteri’425 sekolah di Nilai terima bungkusan misteri41Singapura keluar notis amaran kepada 7 syarikat Indonesia dikenal pasti jadi punca jerebu36Wakil lima negara Asean, kumpulan super cars meriahkan Grand Final ABGC 202636World : Singapore To Issue Preventive Measure Notices To Seven Indonesian Firms Linked To Haze
NewUnconfirmedupdated 1 h ago

Celine Dion diabadikan sebagai anak patung Barbie

Only social or community posts, or a single source.

Attention
31
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 17 Oct, 12:05 MYTLatest activity 17 Oct, 12:05BMconfidence 60%

What happened

Details are being gathered from the sources below.

Read the reporting

1 report
Photo: Berita Harian
Berita Harian·News·BM·2 min read

Celine Dion diabadikan sebagai anak patung Barbie

By Susunan Tahir Alhamzah · 17 Oct, 12:05 MYT

LONDON: Penyanyi terkenal Kanada, Celine Dion menerima penghormatan istimewa apabila diabadikan sebagai anak patung Barbie, diinspirasikan daripada penampilan ikoniknya ketika menyampaikan lagu My Heart Will Go On, lagu tema filem pecah panggung, Titanic, pada majlis Anugerah Akademi (Oscar) 1998.

Anak patung koleksi Barbie Signature itu menampilkan semula gaya Dion ketika membuat persembahan berkenaan, lengkap dengan gaun biru laut berlengan panjang, berkolar tinggi dan berekor labuh.

Penampilan itu turut dilengkapi rantai leher yang diinspirasikan daripada berlian biru rekaan, Heart of the Ocean, yang menjadi antara elemen ikonik filem Titanic terbitan 1997.

Dion menyifatkan penghormatan itu sebagai pengiktirafan bermakna terhadap perjalanan kerjayanya dalam industri muzik.

"Adalah satu penghormatan besar apabila saya menjadi sebahagian daripada legasi Barbie menerusi anak patung yang diinspirasikan daripada salah satu detik paling bermakna dalam kerjaya saya.

"Saya berharap anak patung ini dapat memberi inspirasi kepada semua untuk mengekspresikan diri dengan penuh keyakinan, mengejar impian dan mempercayai kekuatan suara sendiri," katanya.

Dion menyertai senarai panjang penghibur terkenal yang diabadikan sebagai anak patung Barbie, termasuk Mariah Carey dan Tina Turner. Pelakon Margot Robbie yang membintangi filem Barbie pada 2023 turut diabadikan menerusi anak patung berkenaan.

Dengan penjualan hampir 260 juta album di seluruh dunia, Dion kekal antara penyanyi muzik pop paling laris dan menerima pelbagai pengiktirafan dalam sejarah industri muzik.

Antara lagu popular yang melonjakkan namanya termasuk My Heart Will Go On dan Because You Loved Me.

Pelancaran anak patung itu hadir ketika Dion meneruskan usaha kembali ke pentas persembahan selepas disahkan menghidap sindrom orang kaku (stiff-person syndrome), iaitu gangguan neurologi jarang berlaku yang didedahkannya pada 2022.

Keadaan kesihatan itu memaksanya berehat daripada persembahan pentas dan membatalkan jelajah dunia Courage.

Bulan lalu, penyanyi itu kembali membuat persembahan di Paris menerusi konsert pertama daripada 16 persembahan yang dijadualkan, sekali gus menandakan detik penting dalam usaha kebangkitannya selepas bertahun-tahun berdepan cabaran kesihatan.

Penghormatan menerusi Barbie itu meraikan detik penting dalam kerjaya Dion, ketika beliau kembali mendekati peminat selepas sekian lama menyepi daripada pentas persembahan.

Anak patung Barbie Signature Celine Dion boleh didapati menerusi kedai dalam talian rasmi Mattel pada harga AS$60 (kira-kira RM250). Setiap pembelian disertakan dengan tapak anak patung dan sijil ketulenan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

Not enough measurements yet to explain the score. Explanations are generated only from stored data.

Attention graph

Attention

Not enough history in this window yet. The engine measures every five minutes.

Timeline

No timeline yet.

Where it started

Unknown.

How it spread

Not enough data to show how this spread.

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Nothing independently established yet.

What we don’t know

  • No open questions flagged by the rules.

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.