Malaysian Attention Engine
Live wire
50General : China Agrees In Principle With Malaysia's Proposal For World TVET Council - Ahmad Zahid43Mayat pemancing ditemui terapung di Tasik Bukit Raja43General : Helicopter Crash: Sarawak Contributes RM00,000 To Victims' Families43Kelahiran bayi di Malaysia turun 4.5 peratus, kadar kesuburan 1.5 anak pada 202543General : School Bus Owners, Operators Urged To Update Drivers' Details For RM1,000 Aid - APAD40Pupils refusing to sit with classmates of other faiths, says MP39Dr Wee schools DAP MP on supplementary allocations39Jerebu: 36 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban dan Segamat tertinggi39Bumbung sekolah runtuh di Peshawar, 21 maut38BYD lantik Inokom sebagai rakan pemasangan EV di Malaysia37Guna gelaran tidak diiktiraf, Ustaz Husam diperintah bela diri36General : Haze: Implementation Of UASA Next Week Postponed -- MOE
NewUnconfirmedupdated 2 h ago

Che Adam terima pengiktirafan MBOR selepas derma darah di 15 lokasi sejak 2023

Only social or community posts, or a single source.

Attention
33
no previous hour
Momentum
32
1 vs 0 mentions/h
Sources
1
1 mentions
Platforms
1
News
First detected 16 Oct, 12:42 MYTLatest activity 16 Oct, 12:42BMconfidence 60%

What happened

Che Adam terima pengiktirafan MBOR selepas derma darah di 15 lokasi sejak 2023 (Harian Metro, 12:42)

Read the reporting

1 report
Photo: Harian Metro
Harian Metro·News·BM·2 min read

Che Adam terima pengiktirafan MBOR selepas derma darah di 15 lokasi sejak 2023

By Suharmin Yusuf dan Khairul Danish Azma · 16 Oct, 12:42 MYT

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Menjelajah 15 lokasi di seluruh negara sejak 2023 demi menjayakan misi menderma darah, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang, Kolonel (PA) Che Adam A Rahman, melengkapkan usaha itu hari ini di Pusat Darah Negara (PDN), di sini.

Misi menerusi projek Derma Darah Tanpa Sempadan: My Blood Donation Trans City bertemakan Infaq Darah Demi Ummah itu melayakkan beliau diiktiraf The Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi pencapaian First To Complete Blood Donation In All Capital City .

Berkongsi perjalanannya, Che Adam yang sudah menderma darah lebih 100 kali berkata, inisiatif berkenaan bertujuan membudayakan amalan menderma darah, khususnya dalam kalangan belia dan penderma baharu.

"Misi ini saya bermula di Kuantan, Pahang, pada 2023 dan berakhir hari ini di Kuala Lumpur, selepas saya melengkapkan pendermaan darah di 15 lokasi seluruh negara.

"Jadi tujuan utama ataupun signifikan kita buat program ini adalah untuk membentuk ataupun membudayakan derma darah dalam kalangan belia-belia, terutamanya penderma darah baharu.

"Seperti dimaklumkan Pengarah PDN, jumlah penderma darah di Malaysia masih rendah, iaitu hanya lebih dua peratus," katanya kepada pemberita selepas majlis penghargaan 'Kami Penderma Darah Malaysia' di Pusat Darah Negara di Jalan Tun Razak, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pesuruhjaya APM, Mohammad Abiddin Abd Rahman dan wakil MBOR.

Mengulas lanjut, Che Adam berkata, bekalan darah amat diperlukan ketika musim perayaan dan cuti panjang, terutama bagi kes kemalangan jalan raya, pembedahan besar serta pesakit yang menghidap penyakit darah.

"Harapan saya menerusi projek ini, supaya semua belia dan masyarakat dapat menjadikan derma darah sebagai amalan berterusan bagi memastikan bekalan darah sentiasa mencukupi," katanya.

Menerusi program itu, beliau turut mengajak sekurang-kurangnya 20 anggota APM di setiap lokasi untuk menderma darah, dengan keseluruhan hampir 200 anggota menyertai aktiviti berkenaan di 15 lokasi.

Katanya, usaha itu turut berjaya memperkenalkan amalan menderma darah kepada penderma baharu di beberapa negeri, termasuk Pulau Pinang, Perak, Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, beliau berkata, pendermaan darah juga boleh dianggap sebagai sumbangan kemanusiaan kepada mereka yang memerlukan.

Sementara itu, Pengarah PDN, Dr Nor Nazahah Mahmud berkata, majlis berkenaan diadakan bagi meraikan pencapaian Che Adam yang diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records.

"PDN mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas atas pencapaian Che Adam yang diiktiraf sebagai First To Complete Blood Donation In All Capital City .

"Kami menghargai semangat kental, komitmen serta pengorbanan jiwa murni yang ditunjukkan oleh beliau sepanjang misinya dijalankan," katanya.

Katanya, program seumpama itu turut membantu meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan menderma darah dan memupuk amalan berkenaan sejak usia muda.

"Selain itu, kita juga ingin membudayakan pendermaan darah dalam kalangan masyarakat serta menjadikan amalan menderma darah sebagai teladan yang perlu dipupuk sejak muda lagi," katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Why it is new

  • No engagement data available from these sources; score uses mention signals only

Attention graph

Attention
0255075100bars: up to 1 mentions/hpeak 34NEWnow13:00
Latest 13:14 MYT
33New
Mentions / h1Velocity0.02/minSources1Platforms1

Timeline

  1. Detected
    First detected (Harian Metro) source

Where it started

Harian Metro (News)
16 Oct, 12:42 MYT
Origin confidence 90%
Open the first mention ↗

How it spread

  1. Step 1
    News outlets
    Harian Metro
    12:42

Internet reaction

No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.

What we know

  • Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro

What we don’t know

  • Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
  • Only one source so far

All sources (1)

Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.

Follow for your feed

Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.