
China cipta robot untuk teroka khazanah laut dalam
Only social or community posts, or a single source.
What happened
CHINA memperlihatkan kemajuan teknologi negara itu dengan meneroka persekitaran dasar laut yang ekstrem menerusi pelancaran robot laut dalam. (Kosmo!, 12:02)
Read the reporting
1 report
China cipta robot untuk teroka khazanah laut dalam
CHINA memperlihatkan kemajuan teknologi negara itu dengan meneroka persekitaran dasar laut yang ekstrem menerusi pelancaran robot laut dalam.
Pelancaran robot kelas 4,500 meter itu bertujuan menjalankan ekspedisi saintifik di Laut China Selatan.
Robot berkenaan berlepas dari Pelabuhan Weihai, wilayah Shandong pada 28 September lalu untuk menyertai ekspedisi bersama cawangan Weihai, Harbin Institute of Technology (HIT).
Menurut ketua penyelidikan dan pembangunan projek, Tao Zewen, misi berkenaan bukan sekadar menguji keupayaan robot di laut sebenar, malah bertujuan membawa teknologi yang sebelum ini dibangunkan di makmal ke peringkat penggunaan industri.
“Dengan kemampuan beroperasi sehingga kedalaman 4,500 meter, robot itu direka untuk berdepan keadaan yang jauh berbeza daripada persekitaran permukaan.
“Semakin dalam robot menyelam, semakin tinggi tekanan air yang perlu ditanggung, selain suhu rendah, arus laut dan cabaran komunikasi,” katanya dalam temu bual bersama agensi berita, CCTV.
Tambahnya, bagi mengatasi masalah tersebut, pasukan pembangunan menyelesaikan lebih 30 cabaran teknologi utama, termasuk sistem pengedap tahan tekanan laut dalam, sistem pendorongan berkuasa tinggi, komunikasi jarak jauh di bawah air serta navigasi autonomi pelbagai mod.
Antara komponen paling penting adalah manipulator hidraulik pelbagai fungsi yang dibangunkan sendiri oleh China.
Lengan robotik itu membolehkan mesin melakukan kerja yang memerlukan ketepatan di dasar laut, termasuk mengambil sampel saintifik dan membantu operasi berkaitan infrastruktur di bawah air.
Keupayaan sedemikian penting kerana manusia tidak boleh bekerja secara langsung dalam persekitaran berkedalaman ribuan meter untuk tempoh lama, manakala robot boleh dikawal daripada kapal penyelidikan bagi menjalankan tugas berisiko tinggi.
Ujar Zewen, robot itu mempunyai tahap kawalan domestik yang tinggi dari segi perkakasan dan perisian.
“Perkakasan dan perisian teras robot laut dalam ini dikawal sepenuhnya oleh domestik.
“Pada masa akan datang, kami akan terus mengurangkan kos penggunaan peralatan laut dalam domestik,” ujarnya.
Lengan robotik membolehkan mesin melakukan kerja yang memerlukan ketepatan di dasar laut dalam.
Katanya lagi, hal itu menggambarkan sasaran lebih besar pasukan berkenaan untuk menjadikan teknologi eksplorasi laut dalam lebih mudah digunakan untuk pelbagai operasi.
Dalam ekspedisi tersebut, robot berkenaan boleh digunakan bagi beberapa tugasan seperti pemeriksaan saluran paip dasar laut, penerokaan sumber mineral, persampelan saintifik, pembangunan minyak dan gas laut dalam serta operasi menyelamat kecemasan.
Data yang dikumpulkan pula berpotensi membantu saintis memahami keadaan geologi dan persekitaran dasar laut dengan lebih terperinci.
Pada masa sama, maklumat daripada kajian dasar laut boleh digunakan untuk mengenal pasti kawasan yang mempunyai sumber mineral tertentu dan memahami struktur geologi di bawah lautan.
Perkembangan itu hadir ketika China meningkatkan keupayaan teknologi untuk menjalankan penyelidikan di kawasan laut dalam.
Sebelum ini, negara republik itu turut membangunkan robot lain bagi penyelidikan dasar laut, termasuk sistem yang mampu melakukan pemantauan, pengesanan dan persampelan pada kedalaman ekstrem.
Pada Januari lalu, China turut menguji robot penggerudian dan pemantauan laut dalam yang mampu melakukan pengukuran terus di lapisan bawah dasar laut.
Namun, teknologi robot laut dalam bukan hanya melibatkan penyelidikan saintifik.
Keupayaan memetakan dasar laut, mengesan struktur geologi dan mengumpul data persekitaran turut mempunyai kepentingan strategik.
Agensi berita Reuters sebelum ini melaporkan bahawa pemetaan dasar laut oleh China semakin meluas dan data sedemikian mempunyai kegunaan berganda, termasuk bagi penyelidikan marin dan operasi bawah laut.
Bagi ekspedisi terkini, tumpuan rasmi diberikan kepada pengujian sistem secara menyeluruh dalam keadaan sebenar.
Ujian di Laut China Selatan akan membantu pasukan menilai kebolehpercayaan robot selepas berdepan tekanan, arus, komunikasi dan navigasi di laut dalam.
Sekiranya berjaya, pengalaman tersebut boleh digunakan untuk memperbaiki reka bentuk serta meningkatkan keupayaan generasi robot seterusnya.
The post China cipta robot untuk teroka khazanah laut dalam appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Kosmo!) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsKosmo!12:02
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Kosmo!
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.