
Chwalinska bangkit cipta kejutan di Wuhan
Only social or community posts, or a single source.
What happened
Wuhan: Maja Chwalinska mempamerkan kebangkitan luar biasa untuk menewaskan pemain Britain, Sonay Kartal 2-6, 6-4, 6-2 untuk merangkul gelaran pertama peringkat Jelajah WTA dalam kariernya pada final Terbuka Wuhan, hari ini. (Harian Metro, 22:20)
Read the reporting
1 report
Chwalinska bangkit cipta kejutan di Wuhan
Wuhan: Maja Chwalinska mempamerkan kebangkitan luar biasa untuk menewaskan pemain Britain, Sonay Kartal 2-6, 6-4, 6-2 untuk merangkul gelaran pertama peringkat Jelajah WTA dalam kariernya pada final Terbuka Wuhan, hari ini.
Pemain Poland yang juga pilihan ke-16 itu pada awalnya ketinggalan satu set dan satu servis sebelum mengubah rentak permainan untuk melakar kemenangan bersejarah di kejohanan berstatus WTA 1000 itu.
Kejayaan berkenaan menyaksikan Maja menjadi pemain keempat yang memenangi gelaran pertama peringkat Jelajah WTA menerusi kejohanan WTA 1000, menyertai Naomi Osaka di Indian Wells pada 2018, Bianca Andreescu pada 2019 dan Victoria Mboko di Montreal pada 2025.
Pemain kidal berusia 25 tahun itu memulakan musim dengan menduduki ranking ke-146 dunia sebelum mencuri perhatian apabila mara ke final Terbuka Perancis pada Jun lalu sebagai pemain kelayakan.
Kejayaan di Wuhan turut melonjakkan Maja ke ranking tertinggi dalam kariernya, iaitu nombor 11 dunia, sekali gus membolehkannya membuat penampilan sulung dalam kelompok 20 pemain terbaik dunia apabila ranking baharu dikeluarkan esok.
Bagaimanapun, Sonay memulakan perlawanan akhir dengan cukup meyakinkan apabila menguasai set pertama menerusi pukulan kencang dari garis belakang gelanggang, sekali gus memaksa Chwalinska bertungkus-lumus bertahan.
Tiga kali mematahkan servis lawan dalam tempoh 45 minit membolehkan pemain Britain itu menang 6-2 untuk menghampiri gelaran terbesar dalam kariernya.
Namun, Maja mula menemui rentak pada set kedua apabila memanjangkan rali, mengejar setiap bola dan mempelbagaikan pukulan bagi memberi tekanan kepada servis Sonay.
Walaupun Kartal menyelamatkan 10 daripada 13 mata pecah servis dan mendahului 2-0 pada awal set berkenaan, Maja tetap tenang sebelum mengikat kedudukan menerusi kemenangan 6-4 selepas pertarungan selama 71 minit.
Sonay yang baru kembali beraksi selepas berehat enam bulan akibat kecederaan tekanan pada tulang belakang mula kehabisan tenaga pada set penentuan.
Maja mengambil kesempatan itu untuk mematahkan servis lawan sebanyak dua kali sebelum menamatkan perlawanan menerusi mata kejuaraan ketiganya selepas pertarungan sengit selama dua jam 43 minit.
Walaupun tewas, Sonay tetap mencatat pencapaian terbaik apabila mara ke final WTA 1000 pertama dalam kariernya. Pemain yang memasuki kejohanan itu di ranking ke-170 dunia berkenaan dijangka kembali ke kelompok 50 terbaik dunia.
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Harian Metro) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro22:20
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Harian Metro
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (2)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.