
CTOS dijangka berdepan peningkatan kos susulan serangan siber - Penganalisis
Only social or community posts, or a single source.
What happened
KUALA LUMPUR: Agensi pelaporan kredit, CTOS Digital Bhd (CTOS) dijangka menanggung perbelanjaan modal tambahan dan operasi di bawah program pasca insidennya selama 12 bulan, susulan serangan siber ke atas persekitaran awannya. (Berita Harian, 14:04)
Read the reporting
1 report
CTOS dijangka berdepan peningkatan kos susulan serangan siber - Penganalisis
KUALA LUMPUR: Agensi pelaporan kredit, CTOS Digital Bhd (CTOS) dijangka menanggung perbelanjaan modal tambahan dan operasi di bawah program pasca insidennya selama 12 bulan, susulan serangan siber ke atas persekitaran awannya.
Menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) dalam satu nota hari ini, pelan mitigasi itu turut merangkumi langkah menaik taraf infrastruktur teknologi maklumat (IT), mencapai tahap kematangan dan pematuhan terhadap Pengurusan Risiko dalam Teknologi (RMiT) menjelang 2027, serta memperkukuh kerangka kerja tasik data, keselamatan data, kualiti data dan tadbir urus.
"Anggaran perbelanjaan masih dalam peringkat penyediaan dan dijangka didedahkan pada taklimat keputusan suku tahunan yang akan datang.
"Belanjawan CTOS bagi tahun kewangan 2027 (TK2027), bakal dimuktamadkan menjelang akhir 2026, yang turut mengambil kira faktor peningkatan kos dan sebarang kehilangan pelanggan," menurut Kenanga IB.
Bagaimanapun, Kenanga IB secara amnya kekal neutral terhadap tinjauan jangka pendek CTOS.
Menurut Kenanga IB lagi, sasaran pihak pengurusan untuk memulihkan akses ke atas Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) menjelang minggu hadapan, secara tidak langsung menunjukkan gangguan akan mengambil masa antara empat hingga lima minggu.
"Ini adalah selaras dengan unjuran impak sebanyak RM12 juta terhadap keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) bagi tahun kewangan 2026, dan tempoh tersebut lebih singkat berbanding andaian kami bahawa perkhidmatan akan kekal tidak beroperasi sehingga akhir Disember 2026," kata Kenanga IB.
Secara keseluruhan, bank pelaburan itu mengekalkan unjurannya terhadap CTOS, memandangkan wujudnya risiko kelewatan lanjut sekiranya terdapat keperluan tambahan, potensi tekanan margin akibat tuntutan pampasan dan pengekalan pelanggan, selain perbelanjaan keselamatan siber bagi tahun kewangan 2027 yang nilainya masih belum dapat ditentukan.
"Walaupun setakat ini, tiada laporan mengenai kehilangan pelanggan, risikonya akan menjadi lebih jelas hanya selepas perkhidmatan kembali pulih," menurut Kenanga IB.
Oleh itu, Kenanga IB mengekalkan saranan penilaian neutral saham ke atas CTOS, dengan harga sasaran 48 sen. - BERNAMA
© New Straits Times Press (M) Bhd
Why it is new
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
- DetectedFirst detected (Berita Harian) source
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsBerita Harian14:04
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 1 established outlet(s): Berita Harian
What we don’t know
- Independent confirmation is missing; treat specifics as unverified
- Only one source so far
All sources (1)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.