
Culik warga Palestin, buruh binaan dipenjara tiga tahun
Reported by two or more established outlets, or an official source.
What happened
Culik warga Palestin, buruh binaan dipenjara tiga tahun (Harian Metro, 15:46)
Read the reporting
2 reports
Buruh binaan dijel 3 tahun kurung lelaki Palestin secara rahsia
KUALA LUMPUR – Seorang buruh binaan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas pertuduhan melarikan dan mengurung lelaki warga Palestin di sebuah chalet dalam kejadian empat tahun lalu.
Hakim Datuk Mohd. Arief Emran Arifin menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Edy Ko’im Said, 46, selepas lelaki itu mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan melarikan dan mengurung lelaki warga Palestin itu.
Sebelum ini lelaki tersebut didakwa atas pertuduhan menculik. Mahkamah memerintahkan lelaki itu menjalani hukuman penjara bermula hari ini.
Mengikut pertuduhan pindaan itu, Edy Ko’im didakwa melarikan secara paksa seorang lelaki warga Palestin berusia 31 tahun dengan niat supaya individu itu dikurung secara rahsia dan salah di Jalan Mayang, Dang Wangi, di sini pukul 10.40 malam pada 28 September 2022.
Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Mahadhir Mohd. Khairudin memaklumkan kepada mahkamah bahawa sebelum ini tertuduh didakwa atas pertuduhan menculik, namun representasinya telah diterima dan pertuduhan pilihan ditawarkan terhadapnya.
“Pihak kami mohon supaya tertuduh dikenakan hukuman penjara yang sewajarnya dengan mengambil kira kesalahan dilakukan adalah serius,” katanya.
Bagaimanapun peguam Kelvinder Singh Sidhu yang mewakili Edy Ko’im memohon hukuman penjara minimum kerana anak guamnya perlu menyara isteri serta tiga anak.
Sementara itu, bagi tujuh lagi yang berdepan dengan kes culik mangsa sama iaitu Tengku Arif Bongsu Tengku Hamid, 45, Mohamad Naziree Mustapha, 45, Faizull Hardey Mohd Isa, 46, Muhammad Iqmal Abdul Rahis, 31, Mohd Zaidi Mohd Zain, 60, Nidarahayu Zainal, 40, Raibafie Amdan, 45 diteruskan dengan perbicaraan pada hari ini.
Mengikut pertuduhan, kesemua tertuduh dengan niat bersama telah menahan mangsa di lokasi dan waktu yang sama untuk mendapatkan ganjaran, iaitu rahsia maklumat membuat dan menyahaktifkan perisian komputer yang digunakan bagi menggodam telefon bimbit.
Kelapan-lapan individu berkenaan didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Tengku Arif Bongsu dan pasangan suami isteri, iaitu Nidarahayu serta Raibafie turut berdepan 19 lagi pertuduhan membabitkan jumlah lebih RM250,000, mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.
Pada 10 Julai 2025, enam lelaki iaitu Mohamad Norakmal Hassan, 46, Mohd Azwan Jamaludin, 42, Dody Junaidi, 47, Mohamad Sufian Saly, 28, Tengku Hazarul Ismail Tengku Hamid, 54 dan Muhammad Al Hatim Mohd Fauzi, 28, dipenjara lima tahun selepas mengaku salah atas pertuduhan pilihan kerana melarikan dan mengurung mangsa yang sama. – KOSMO! ONLINE
The post Buruh binaan dijel 3 tahun kurung lelaki Palestin secara rahsia appeared first on Kosmo Online .
Why it is new
- 2 mentions in the last hour after none the hour before
- 2 independent sources, 2 new in the last hour
- No engagement data available from these sources; score uses mention signals only
Attention graph
Timeline
Where it started
How it spread
- Step 1News outletsHarian Metro15:46
Internet reaction
No social or community posts about this yet from the platforms we ingest.
What we know
- Covered by 3 established outlet(s): Harian Metro, Kosmo!, Sinar Harian
What we don’t know
- No open questions flagged by the rules.
All sources (3)
Attention is measured from these mentions only. Platforms shown: News. We never invent signals for platforms we do not ingest.
Follow for your feed
Follow the topic or the people and places in this story and they shape your For you page. Kept in this browser only.